" I wanna know know..." ayatnya tergantung disitu kerana dirinya tersedar dia telah mengungkap lirik lagu tersebut. Dalam otaknya sekarang lagu What is love yang masih diputar..

" Okay, Class! I repeat what i said.... Kan nota yang awak semua salin tu, saya nak awak semua buat dalam bentuk peta minda... Tapi bukan dalam buku ke apa.. Saya nak awak buat dalam bentuk slide powerpoint. Formula algoritma yang dalam nota saya bagi tu jadikan dia ringkas tapi padat.. Kemudian saya nak awak semua buat satu coding yang berkenaan apa yang kita belajar hari ni.... Kalau boleh kalau dah siap cuba test and then baiki ralat tu. Siapkan tugasan ni pada minggu hadapan faham? "

Semua pelajar mengangguk. Hazwini yang berdiri dari tadi hanya mengangguk perlahan. Alahaiii... dah lah semua tugasan untuk final exam baru buat sikit. Lepas tu tambah lagi tugasan bina kod arahan. Haih Rasa nak sembelih je mamat ni.

Itulah.. Kau.. Wini... Gatal sangat dengar lagu sampai dia cakap kat depan langsung kat buat bodoh. Memang patut kau kena marah... tapi ada aku kesah?

" Hazwini awak faham tak saya terangkan tadi? Nak saya ulang balik semua dalam bahasa dalam dunia ni ke baru nak faham?" sindirnya.

" Faham..." jawab Hazwini mendatar.

" Habis aje kelas ni, jumpa saya dekat bilik saya..." arahnya selamba. Lalu dia pergi ke tempat duduknya sambil menghadap laptop yang sudah lama dihidupkan.

Hazwini hanya mencebikkan bibirnya. Kemudian dia kembali ke duduk seperti biasa.

Bersiap sedia... Hazwini Raihana Zamarul Hafshah kau bakal di tengking oleh mamat tu.

Haih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SELEPAS SAHAJA di 'ceramah' oleh lelaki itu dia melangkah keluar dari bilik itu dengan penuh kegeraman. Baginya nak aje hempuk lelaki itu dengan buku rujukan tebal dekat perpustakaan. Sabar.. Sabar Wini... Dugaan.

Sesuka hati aje dia suruh aku jadi personal assistant dia? Kalau nak di ringkaskan lagi ialah PA! Nak tahu untuk apa?

" Jadi PA aku sementara waktu... Kali ni aku terpaksa handle Marathon Chocolate Walk USM 20XX pada minggu depan sebelum cuti sem. So, aku nak kau tolong aku handle program ni..." serius sahaja suara Airil Adryan menutur bicaranya. Matanya redup sahaja memandang mata Hazwini yang sudah membulat.

"Eh... Jap. Tapi, kenapa aku pula? Punyalah banyak hamba Allah dalam 'kampus ni... Kenapalah aku pula yang kena? Kenapa? Aku jarang sangat masuk aktiviti. Kalau ada pun pertandingan perbahasan je... Itu peringkat negeri. Biasalah... Budak bakal mencapai gred 4 Flat macam aku ni harus tumpukan pelajaran aje... Apa pun aku minta maaf banyak-banyak. Sebab aku tak nak dan malas."

Kedengaran Airil Adryan mendengus nafasnya dengan kasar. Daripada duduk terus dia bangun lalu menghampiri Hazwini yang berdiri tegak di hadapan meja.

"Kau nak bayar duit makanan duit makanan hari tu ke?" Dia ungkit balik lah pasal makanan tu...

" Ya, aku nak bayar... Lantak lah riba' sekali pun! Yang penting aku tak nak jadi PA kau yang tak bergaji dan tak bertauliah."

"Okey, fine! Give me one thousand ringgit... Harga asal RM 400! Aku naikkan lagi RM 600 ringgit.... Boleh bayar sekarang!"

Whut... what? Makanan apa sampai RM 400 tu?

Seribu ringgit.

Gila.

Memang nak mati dah mamat depan aku ni. Ya Allah, sabarkan hati aku ni. Huwarghhh!

Sekarang ini dia amat buntu. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia melakukam supaya lelaki itu tidak lagi memaksa dan mengugutnya!

Entah lah. Terima jelah. Tak baik sebab dia tu pensyarah kau. Kang dia tak halal ilmu dia bagi tu, sia-sia kau datang kelas lepas tu buat assignment sekali markah periksa kosong! Lagipun, heheh alang-alang seluk tangan dalam poket boleh balas dendam kat dia tu. HAHAHA merosakkan peribahasa melayu memang tak sah kalau bukan aku, Hazwini Raihana. Hahahah

"Okay fine! I'll be your PA! But sementara je sampai program tu habis. Now tell me, what should I do?"

Jelas kelihatan senyuman jahat yang di terukir oleh Airil Adryan. Didalam fikirannya mula memikirkan sesuatu.

Pap! Hilang terus bayangan lelaki itu dalam lamunannya.

Kemudian dia memandang ke sekelilingnya. Rupanya dia masih di dalam Restoran makanan Jepun lagi... Cis! Mati-mati aku ingat dalam bilik mamat tu. Parah!

" Oi! Boleh pula kau termenung? Dah dekat lima kali aku ulang soalan yang sama... Kenapa pula Dr. Airil pilih kau untuk bantu dia? Dia tak tahu ke, kau ni cepat boleh migrain dan stres? Geram pulak aku!!" kata Fify tak puas hati apa yang dikatakan oleh Hazwini. Sememangnya Fify merupakan anti kepada Airil Adryan semenjak lelaki itu memberi tugasan yang banyak.

" Erghh.. Entahlah.. Ah, ikut jelah... Sepatutnya itu bukan kerja aku pun... Itu kerja Dr. Sofia. Tapi dia tak ada kat sini confrence dekat Cambridge dalam dua minggu. Itu kata dia lah... Sekarang ni aku pula jadi mangsa keadaan dia... Kalau aku tak ikut mampus, aku kena bayar balik hutang-hutang dia yang sudah naik pokok... Gamaknya dah keluar buah lah kut. Buah apa tak tahu lah aku. Kalah buah kepala dia, memang aku campak dalam laut tak pun bagi anjing makan."

" Hah! Aku tahu buah apa... Buah durian... Hehehe... Musim durian sekarang ni," seloroh Adriana tiba-tiba.

Mereka berlima semua pandang ke arah Adriana dengan muka tidak kisah mereka.

"Hmmm... Aku rasa baik kau tak payah ikut je dia tu" sampuk Aisyatul.

" Gila ke apa kau Sya? Kau nak suruh aku bayar hutang tu ke? No way! Dah lah 'cekik darah'! Duit makanan pun tak sampai RM 400... Boleh pula dia tambah jadi RM 1000? Tak logik siak. Makanan apa yang mahal nak mati tu?"

" Aku tolong kau bayar..." lupa pulak nak bagi tahu! Aisyatul Farah ni memang anak orang kaya... Anak Dato' katakan... Pasal duit memang dia tak kedekut sangat.. tapi dalam kalangan mereka enam orang ni Hazwini seorang sahaja yang kedekut nak mampus. Hahaha! Kedekut pastu nak mampus... haih..

"Alah... Tak payah lah Sya.. Nanti mesti aku kena ganti balik.. Terima kasih je lah..." tolak Hazwini dengan lembut. Dia malas hendak meminjam duit. Nanti tak fasal-fasal kena ganti balik. Sudahlah hutangnya yang satu lagi tu belum selesai lagi.

"Lah.. Kau ni Wini... Orang nak tolong, boleh kau tolak? Kalau aku jadi kau dah lama aku setuju... Orang kata rezeki jangan ditolak..." Liana pula sudah bermadah. Aduh...

Mereka yang lain hanya mengangguk. Setuju apa yang dikatakan oleh Liana.

" Kami semua tak nak tengok kau sakit tau. Kalau kau dah sakit, memang ke hospital jawabnya. Lagi-lagi sakit mental kau tu," jawab Aleya risau. Kemudian dia menyisip minumannya. PTSD. Walaupun tragedi hitam itu lama berlalu, masih ada sisa-sisa yang dialami oleh Hazwini hingga sekarang. Tak semudah hal itu untuk melupakan. Tapi pemikiran manusia sekarang asal orang tu sakit mental pasti kata gila. Padahal orang tu tengah sakit. Perlu memberi sokongan yang sebaiknya kepada pesakit tu. Ni tak, selamba kau kata dia gila. Macam mana lah dia nak sembuh kalau macam tu.

" Tak apa... Aku okey... Cuma, aku minta doa baik -baik je untuk aku okey?"

Liana, Aisyatul, Fify Adriana dan Aleya hanya senyum dan mengangguk perlahan.

Pada tengah hari itu, mereka berenam hanya menikmati makanan dan berbual sebelum pulang ke kampus untuk menunaikan solat zuhur. Seterusnya pada jam 2 petang mereka akan ada sesi kuliah bersama Prof. Maria.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now