TWELVE : Game & Mylo

1.5K 158 16
                                    


Qisya Inara's POV;

"Lalalalalalala~ seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja
Bahagia kita berdua

Berlari berkejaran
Lupakan segala duka
Di kota di desa
Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua."

Aku menyanyi keriangan di bawah shower dengan menggunakan berus gigi sebagai mikrofon, aku terlebih gembira sebab hari ini kerja sekolah tak ada. Wuhuu, tapi tulah ada kerja berkumpulan pula nak diselesaikan. Miss Kashika nak disiapkan dalam minggu ni, minggu depan perlu dibentangkan. Aduhai! Apa boleh buat, inilah realiti seorang pelajar.

Selepas sepuluh minit berlalu, aku menutup air shower dan mengambil tualaku, dibalut pada tubuhku erat. Aku melihat wajahku di cermin, eh eh jerawat ni sejak bila pula dia datang bertenggek ni? Tak guna betul. Tapi nasib baik kecil je, dua tiga hari hilanglah.

Aku membuka sliding door bilik mandi dan keluar hingga tubuhku berada di ruangan baju-bajuku. Walk-in closet. Bilik tidur aku disini lebih besar berbanding di New York. Selesai memakai pakaian, aku membuka satu lagi sliding door yang membawa aku ke ruang bilik tidur. Basically, kalau nak masuk bilik air, kenalah lalu ikut closet aku dulu pastu dalam closet ni ada lagi satu pintu, buka pintu tu baru nampak bilik air. (korang faham kan? Kalau tak buat-buat faham jelah.)

"Nak tidur siang ke tak ek harini?" soalku pada diri sendiri. Aku mengambil tempat duduk di meja solek, lalu mengambil sikat rambutku yang berwarna putih. Rambutku yang panjang paras perut itu aku sikat rapi.

"QISYA!" panggil satu suara dengan kuat. Kuat sungguh. Aku rasa empat puluh buah rumah kawasan taman ni boleh dengar.

"Yaa?" jawabku kembali sambil tanganku ligat mengikat rambutku dijadikan ponytail.

"Sini jap." panggil suara itu. Aku mengeluh kecil. Kacaulah. Orang baru nak berangan-angan dalam bilik jap.

Dengan hati yang tak rela, aku pun melangkah keluar dari bilik kesayangan aku. Mata aku memandang seorang lelaki yang berdiri dihadapan aku.

"Asal?" soal aku.

"Jom kita main game." ajak Qash.

"Amboi, kau. Tak pernah-pernah nak ajak aku pun sebelum ni. Kalau aku nak join mesti tak boleh." balasku. Pelik. Yelah, sebelum ni memang susah pun Qash nak ajak dia. Selalunya, aku main pun sorang-sorang je. Tak sedih kan?

"Alaa, jomla. Aku baru je beli game ni. Kena ada dua player. Please. Aku bosan ni, takkan aku nak pergi ajak si Qaisara kut. Naknya dia hempuk controller aku." pujuk Qash lagi. Hekeleh, kalau bosan baru cari aku kau ni ea?

"Game apa? Best ke?" soal aku lagi. Saja nak dengar dia merayu-rayu pujuk aku. Hehek. Bukannya selalu.

"Err, game...apatah nama dia? Lupa. Tapi tinju-tinjulah macam WWE tu. Jom ah. Jangan jual mahal sangat." beritahu Qash. Wah, aku suka game macam ni. Main belasah-belasah. Nice.

"Boleh gak, tapi satu syarat."

"Apa syaratnya?" soal Qash menjongketkan keningnya.

"Kau teman aku tengok movie malamni." pinta aku.

"Kau jangan cakap kau nak tengok citer hantu." soal Qash dengan wajahnya dah berubah. Dia memang dah masak dengan perangai aku yang suka tengok citer hantu tapi penakut. Aku tak tahu kenapa aku suka tengok, sedangkan aku ni memang penakut antarabangsa.

Ketua Kelas, Hate You!Where stories live. Discover now