THIRTY NINE: Pawagam

1.3K 146 10
                                    


"Qisya nak apa? Aku nak gi order." soal Qash Izyan lalu bangun dari bangku apabila dia perasan sudah kurang orang yang tengah beratur.

"Chicken McNuggets dengan ayam goreng dua ketul." balas Qisya Inara kepada kembarnya. "Air milo." tambahnya lagi sebelum Qash Izyan menyoal.

"Okay. Jom Firash, kau tak payah nak duduk macam aku nak tolong belikan." ajak Qash Izyan dan berlalu pergi.

"Aish, kau ni Qash. Tak membantu." dengan terpaksa Tengku Firash juga bangun dan mengikuti Qash Izyan.

Haziq Ashraff, Vivy Ariana, Dian dan Syazleen sudah siap pesan dan sedang makan. Tinggal Qisya Inara, Qash Izyan dan Tengku Firash sahaja yang belum pesan kerana mereka datang sedikit lewat dari yang lain.

"Korang, tadi kan sebelum balik sekolah. Aku pergi bilik guru, korang tau kan aku jumpa dengan Cikgu?" Dian bersuara teruja.

"Ni tak lain, nak bergossip." Haziq menggeleng kepalanya melihat gadis-gadis disekelilingnya. Dia terus makan McChicken yang telah dipesan sebentar tadi.

"Ni bukan nak gossip, tapi berita terkini." Dian berkata lalu tersenyum senget.

"Apa?" soal Syazleen.

"Ha'ah, berita terkini apa?" Vivy pula menyoal.

"Cer kau cerita." Qisya Inara bertanya dan menjongketkan keningnya.

"Hehehe, taklah interesting sangat sebab aku tak dapat kenal pasti lagi. Tapi, lepas cuti penggal ni. Kita maybe akan dapat Ustaz baru tau sebab Ustaz Hairi nak pindah. Aku dengar Cikgu dalam bilik guru tengah cakap, aku sempatlah curi-curi tengok muka Ustaz tu dalam skrin komputer dekat bilik guru tadi." cerita Dian, bibirnya terukir dengan senyuman mekar dan lebar.

"Ohhh, dari muka kau yang happy semacam ni. Aku yakin, Ustaz tu mesti muda." teka Syazleen dengan yakin lalu menghirup air pepsinya.

"Mestilah. Kalau tak muda, takdenya aku nak senyum macam ni." senyuman Dian makin lebar.

"Muda tu muda jugak. Hensem ke?" soal Vivy Ariana pula.

"Confirm hensem. Kalau tak kawan kau tak auto senyum lebar macam tu." Haziq Ashraff menyampuk lalu melihat Dian sekilas.

"Betul! Even aku nampak samar-samar je gambar dia dalam skrin tu, nampak kacak. Kita tengoklah bila naik sekolah nanti but aku kurang pasti. Aku just terdengar cerita Cikgu je." kata Dian lagi dan kembali memberi seluruh perhatian kepada makanan dihadapannya.

"Qisya macam relaks je. Tak excited pun? Kau okay tak? Diam je." soal Vivy Ariana hairan. Pelik dia melihat Qisya Inara yang hanya borak ayam-ayam je. Kurang mesra.

"Ya, okay je. Aku penat sikitlah." Qisya Inara memaparkan senyuman menenangkan.

"Ala, kesiannya my little girl." Vivy Ariana memeluk sisi Qisya Inara lembut. Qisya Inara tersenyum kecil dengan reaksi Vivy Ariana yang berlakon seakan-akan ibu kepadanya.

Selepas beberapa minit, Qash Izyan dan Tengku Firash kembali ke meja makan. Qisya Inara mengambil makanannya, dia menyedut air milonya. Tengku Firash yang berada di hadapannya dihiraukan, satu pandangan pun tidak disimpan.

"Qash, kau datanglah rumah aku cuti ni. Kita match." ajak Haziq Ashraff.

"Uhmm, aku nak janji pun tak boleh. Aku rasa Mama aku nak ajak pergi mana tah. Tengoklah, kalau aku free. Aku inform kau." Qash Izyan membalas membuatkan Qisya Inara terus memandang kembarnya.

"Mama nak pergi mana? Bercuti ke?" soal Qisya Inara dengan teruja.

"Aik, Qisya. Korang satu rumah pun takkan tahu Mama kau plan nak pergi mana?" Syazleen berkata agak hairan. Satu keluarga kan? Takkanlah tak tahu? Qisya Inara nampak betul-betul clueless.

Ketua Kelas, Hate You!Where stories live. Discover now