THIRTY ONE: Suprise dinner?

1.3K 142 16
                                    




Qisya Inara's POV

Ketukkan dipintu terdengar jelas membuatkan perbualan antara aku dan Vivy mati. Aku memandang dipintu bertemu dengan wajah seorang pelajar perempuan memakai kaca mata bulat.

"Assalamualaikum." sapa pelajar perempuan tersebut membuatkan satu kelas diam membisu.

"Ketua kelas dan penolong kelas ada tak?" soalnya.

"Mestilah ada wahai adik kaca mata bulat oi, ingat kelas kitorang second hand macam adik ke?" Hazwan membalas bersahaja. Lelaki tu tak pernah sopan bila menjawab. Acah badboy. Geng-gengnya yang lain sudah ketawa.

Aku memandang Hazwan tajam. "Kau kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam! Buat tambah dosa je." balas aku geram.

"Kau pun diam kalau asyik nak ceramah je. Malas aku nak dengar, harap muka je lawa. Tapi mulut bisa kalah singa betina, tak sesuai dengan muka kau yang manis tu." Hazwan membalas kembali dan tersenyum sinis juga memandangku.

"Lebih baik aku ceramah dari buat dosa kering macam kau. Aku cuma nak pesan, biar mukakau tu hitam berkilat macam minyak tuti takpe tapi jangan hati kau pun ikut hitam. Muka buruk, hati pun buruk. Haih, gi mampos jelah." kata aku menjelingnya.

Terdengar juga gelakkan kecil dari rakan sekelasku selepas aku membalas kata-kata Hazwan. Mungkin mereka gelak sebab aku samakan dia macam minyak tuti kut. Aku ni bukanlah jahat nak mengata dekat dia, tapi bila geram memang semua keluar. Tak kesahlah kau nak terasa ke apa.

"Eyyy, kau ni perempuan. Mulut kau!" Hazwan bangun hendak mendekati aku. Tetapi, Qash dan Firash sepantas kilat menghalangnya.

"Lepaslah!" Hazwan cuba melepaskan diri dari Qash dan Firash.

"Kau jangan berani-berani nak apa-apakan adik aku. Aku tumbuk muka kau karang." mata Qash menikam figura Hazwan tajam.

"Tak cukup dengan tu, penumbuk aku pulak singgah dekat sini." Firash mendekatkan tangannya pada pipi Hazwan, bibirnya diukirkan senyuman.

"Ehem, hei dah dah. Korang jangan nak gaduhlah, aku bagitahu cikgu nanti." Husna, seorang pengawas dalam kelas ini memberi amaran. Dalam kelas, memang akan ada pelajar yang perangai macam Husna ni. Asyik-asyik nak beritahu Cikgu.

Hazwan melepaskan dirinya dari Qash dan Firash, dia terus keluar dari kelas melalui pintu belakang. Sempat juga dia menunjukkan wajah tidak puas hati kepadaku. Heh, ada aku kesah? Aku ada dua herolah kat sini. Ada abang dua minit, siap pakej dengan suami lagi tau.

"Ya, kenapa adik nak jumpa dengan ketua kelas dan penolong?" soal Firash mendekati pelajar perempuan tersebut di muka pintu.

"Umm, heheh...C-cikgu Amirah nak j-jumpa." jawab pelajar perempuan berkaca mata tersebut malu-malu.

"Amboi, budak ni! Tersengih-sengih macam kerang busuk pulak dengan Rash tu kenapa?" aku menekan pen dengan geram melihat pelajar perempuan yang sedang malu-malu kucing memandang Firash. Tahulah mamat tu good looking tapi tak payahlah nak gedik sangat. Aku ikat kau kat batang pokok kejap lagi.

"Apa kau cakap Qisya? Cakap dengan aku ke?" soal Vivy menoleh memandang aku.

"Huh? Eh, taklah. Kau salah dengar kut." aku senyum polos lalu bangun berjalan mendekati Firash dan pelajar perempuan tersebut. Aku dengan sengaja berdiri sedikit dekat dengan Firash sambil memandang pelajar perempuan berkaca mata itu dari atas ke bawah.

"Cikgu Amirah panggil kami ek?" aku tanya masih setia memandang pelajar perempuan itu.

"Iya, Kak." jawabnya. Agak-agak tingkatan berapa budak ni ek? Nampak macam tak matang pun muka, form 1 atau form 2 kut.

Ketua Kelas, Hate You!Where stories live. Discover now