"Nyah, aku tahu lah. Tapi ni kan first sem tahun ketiga ni. Takkan sampai final sem dia nak tidur lagi? Mujur otak dia pandai."

"Alah, kau ni semak lah Nes! Kalau nak membebel pergi jauh-jauh."

Nes atau Nazran Huzair muncung apabila Nini memarahinya. Jiwa perempuannya mudah terasa dengan segala hal walaupun dia seorang lelaki sejati. Tetapi tidak bermakna dia pondan. Hanya berjiwa perempuan sahaja.

Syasya disebelah Nini sama mengikuti Hazwini yang sedang lena diulit mimpi.

"Lek ah, aku cakap je. Dah lah bye!" Nes terus melangkah ke arah kerusinya untuk duduk.

"Tak yah lah kau nak merajuk. Habis kelas aku belanja kau pekena mi goreng mamak Subaidah. Nak?"

"Tak nak."

"Dia tak nak tu, Nini. Belanja aku lah," Liana mencelah sedari hanya mendengar bicara antara Nini dengan Nes.

"No problem. Huish, bapak ah! Wini mendengkur kuat gila!"

Pada waktu itu, satu suara didepan menggunakan pembesar suara membuat Liana untuk membalas kata Nini terhenti. Suasana di dalam dewan kuliah yang riuh kini, senyap sepi ibarat dijengah malaikat maut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Profeser Fauzy Bin Al-Azhar. Di sini saya ingin memaklumkan pertukaran pensyarah dalam subjek Fundamentals of Algorithm development. Ada seseorang yang akan mengajar..." Tidak menyempat Prof. Fauzy menerus bicaranya, kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dewan. Kemudian berjalan segak ke arah Prof. Fauzy.

"Assalaimualaikum.... sorry, I'm late." Lelaki yang bersuit hitam itu memberi salam. Dia memegang satu fail berwarna hitam sambil berjabat tangan dengan Prof. Azhar.

" Waalaikumussalam, It's okay Dr. Airil."

Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.

Waktu itu Liana dan Nini kalut mengejutkan Hazwini serta Syasya untuk bangun dari tidur.

Hazwini dan Syasya akhirnya bangun dari tidur setelah bersusah payah Liana dan Nini menggunakan cara yang senyap agar tidak terkantoi dengan kedua-dua pensyarah yang berada di hadapan.

"Lecturer dah datang ke?" Hazwini bertanya dengan mata yang kuyu. Cermin mata berbingkai nipis dan bulat yang berada di atas buku dicapainya lalu dipakai.

"Dah. Kau tengok lah tu."

Hazwini memandang ke arah dua susuk tubuh di hadapan yang sedang berbual itu. Tetapi satu susuk yang tinggi lampai itu menyedarkan dia akan sesuatu.

Berkelip-kelip matanya memandang teliti ke arah ke arah lelaki tinggi lampai itu. Dia harap matanya salah lihat tapi benar.

Dia!

Mamat rambut bulu jagung! Detik hatinya.

"Class, it is my pleasure to introduce you guys... This is Dr. Airil Adryan, new lecturer and will teach you Fundamentals of Algorithm development subcjects. Now, Dr. Airil can take this class. Okay... bye class. Assalamualaikum... " Itulah ucapan terakhir dari Prof Fauzy sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah ini.

Selepas Prof. Fauzy keluar dari dewan, Dr. Airil terus memperkenalkan dirinya lebih lanjut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera..." Suaranya yang besar yang penuh garau itu dapat menarikkan perhatian pelajar perempuan. Huihh! Siapa yang gay tu mungkin boleh juga terpikat aura lelaki itu! Deep voice siak!

Tambahan dengan senyuman kecilnya itu, dapat memikat seluruh hati warga pelajar perempuan di dalam dewan ini apabila dia menayangkan senyuman membunuhnya. Jangan ada yang pengsan sudahlah. Tak pun mati. Hohoho kejam pula ayat.

My Adore, Dr. Annoying Where stories live. Discover now