"Panggil aunty je!"

Sumayyah angguk perlahan.

"Dah berapa lama doktor kenal dengan Jasmine?" Soal Puan Sri Hazimah tiba-tiba.

"Err... Panggil Su je. Jasmine? Dah lama, aunty. Kami berasal dari kampung yang sama. Dia kawan saya dari kecil lagi."

Puan Sri Hazimah angguk.

"Aunty tak tahu kenapa tapi, aunty rasa macam dekat sangat dengan Su. Su ni kawan Hazriq ke? Sebab aunty rasa Hazriq pernah sebut nama Su dengan aunty. Tak tahu la kalau Doktor Sumayyah lain." Tebak Puan Sri Hazimah.

Sekali lagi Sumayyah terpaku.

"Aunty tak silap, saya la tu. Em, kami pernah berkawan tapi, sekarang kami dah tak saling contact!"

Puan Sri Hazimah mengerutkan dahinya. Pulak dah!

"Macam mana boleh jadi macam tu? Korang gaduh?"

"Salah faham sikit, aunty."

"Maksudnya?"

Belum sempat Sumayyah menjawab, tiba-tiba iPhone di dalam poket jubah putihnya itu berbunyi.

"Maaf, aunty. Saya jawab call dulu."

Puan Sri Hazimah angguk. Sumayyah menolak butang hijau ke tepi sebelum iPhone dilekapkan ke telinga.

"Ya, Julia?"

"Doktor, ada emergency. Akan ada lebih dari lima pesakit akan sampai kerana kemalangan jalan raya. Kami kekurangan doktor di wad kecemasan jadi, Doktor Haiqal suruh call doktor. Doktor kena datang cepat!" Ujar Julia, ketua jururawat di wad kecemasan.

Berkerut-kerut dahi Sumayyah menerima berita itu. Lebih dari lima pesakit? Sepanjang dia bekerja di hospital itu, ini merupakan kali pertama dia akan mengendalikan kes di wad kecemasan. Satu cabaran besar buatnya.

"Ya, Ju. Saya datang sekarang!" Talian diputuskan lalu dia menoleh ke arah Puan Sri Hazimah.

"Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?" Soal Puan Sri Hazimah.

Sumayyah tersenyum pahit.

"Maaf, aunty. Saya kena pergi sekarang!" Ujar Sumayyah.

Dengan masih bingung, Puan Sri Hazimah mengangguk. Sumayyah berlalu dari situ dengan tergesa-gesa. Hazriq yang melihat dari jauh juga ikut pelik. Ada kecemasan la kut.

🌸🌸🌸

AIR MATA Hazrin tidak dapat ditahan sebaik saja dia melihat keadaan Jasmine yang terbaring kaku di atas katil wad ICU itu. Lututnya melemah sebelum dia jatuh melutut di sisi katil isterinya itu.

Keadaan di dalam wad ICU itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi mesin bantuan pernafasan. Tangan Jasmine diraih dan digenggam erat.

"Sayang, please bangun. Buka mata awak, saya ada dekat sini. Tolong jangan tidur lama-lama. Saya dah mula rindukan awak." Ucap Hazrin. Suaranya kedengaran serak.

"Kita baru je dapat anak. Takkan la awak nak tinggalkan saya dah? Awak takkan tinggalkan saya kan, Min? Ya, awak takkan tinggalkan saya. Tolong bangun, Jasmine. Jangan buat saya macam ni." Esak tangis Hazrin mula kedengaran selepas dia sedaya upaya menahannya.

Sungguh, dia tidak mampu menyembunyikan perasaan sedihnya. Apalagi bila melihat tubuh kaku si isteri di depan mata. Terbayang kembali saat dia melihat jasad kaku Husna dan juga Lily.

Pantas dia menggeleng laju. Jasmine takkan tinggalkan aku. Dia takkan tinggalkan aku. Tangan Jasmine di genggamannya dikucup lembut. Berharap empunya badan akan sedar. Tetapi, Jasmine terus kaku dengan mata yang masih terpejam rapat.

***

"SAYA harap Jasmine selamat, abang. Saya tak nak kehilangan menantu buat kali kedua."

Tan Sri Zaman menoleh ke arah isterinya itu.

"Awak cakap apa ni, Mah? Jasmine pasti akan selamat, kita doa banyak-banyak untuk dia."

"Tapi, saya takut abang. Macam mana kalau keadaan Jasmine masih tak stabil? Dia masih kritikal sampai sekarang, bang. Saya risau."

Tan Sri Zaman menggeleng-geleng.

"Awak tak boleh cakap macam tu, Mah. Kita kena positif. Kalau semua orang berfikiran negatif, siapa yang nak kuatkan Hazrin? Anak kita tu tengah lemah. Kita tak boleh buat dia makin lemah. Kita kena kuatkan dia, Mah!" Ujar Tan Sri Zaman.

"Betul, ma. Hazrin perlukan sokongan dari kita. Kalau mama pun fikir yang bukan-bukan, Rin apalagi. Dia tengah serabut tu, ma." Sokong Hazwan.

Ahli keluarga yang lain hanya mampu mengangguk perlahan.

"Mama bukan apa, along. Mama cuma kesiankan Hazrin. Mama tak nak dia lalui perkara yang sama sekali lagi."

Hazriq menepuk perlahan bahu mamanya itu, cuba menenangkan.

"Inshaa Allah tak, ma. Kita doa semoga Jasmine selamat ya?" Ujar Hazriq pula.

Puan Sri Hazimah memegang tangan Hazriq sambil tersenyum nipis.

"Along dah bagitahu keluarga Jasmine dan diorang tengah on the way ke sini." Ujar Hazwan.

"Diorang naik apa, along?" Soal Tan Sri Zaman.

Hazwan menoleh ke arah papanya.

"Bas tapi, along akan jemput diorang dekat stesen bas nanti."

Tan Sri Zaman angguk.

"Bagus la kalau macam tu!"

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now