▪︎Epilogue▪︎

Start from the beginning
                                    

"Aku yang belikan tiket kapal terbang, Jungkook tu. Aku tahu itu memang nombor kapal terbang tu" balas Sooyoung dengan nada sayu.

Ibu bapa Jungkook hanya memandang kearah mereka dengan pandangan sayu. Sekarang ni mereka hanya mampu berfikir positif dan berdoa sahaja.

"Kau dah cuba call dia?" Jimin menyoal.

"Aku dah call banyak kali, weh! peti suara saja yang masuk" balas Sooyoung dengan nada tinggi.

Semuanya hanya mampu berdiam diri.

"Sooyoung, kau baliklah dulu, kau tu baru turun dari flight, mesti penat" Jaehee cuba memujuk sahabatnya.

Dia ingatkan yang kepulangan ini akan membawa kegembiraan kerana dapat berjumpa setelah sekian lama. Tapi tak sangka, begini pula jadinya.

☆☆☆☆

"Sooyoung, makanlah, sayang" ibu Kang Sooyoung cuba memujuk anaknya.

Kang Sooyoung hanya menggeleng. Rambut panjangnya sudah terikat sanggul tetapi tidaklah kemas mana.

"Sayang, sejak sampai pagi tadi, Sooyoung tak makan" ujar ibunya.

"Eomma, macam mana kalau Jungkook dah tak ada?" balas Sooyoung sambil memandang kearah tingkap.

"Sayang, jangan kata macam tu" balas ibunya.

Tiba-tiba sahaja Sooyoung menyembamkan wajahnya pada peha milik ibunya.

Gadis itu menangis semahu yang mungkin.

☆☆☆☆

Kang Sooyoung bangun dari tidurnya. Matanya menjadi sembab akibat dia menangis terlalu banyak pada malam tadi.

Kang Sooyoung memandang kearah telefon bimbit miliknya apabila ia berdering.

Matanya membulat besar apabila nama My annoying Tom tertera diskrin.

Terus dia mengangkatnya.

"Hello!" Sooyoung memulakan perbualan.

"Sooyoung...mana kau ni?! aku dah berjam-jam tunggu dekat sini" kata Jungkook dengan nada suara meleret akibat penat menunggu.

"B-bukan kau dah mati ke?" balas Sooyoung.

"Yah, apa kau mengarut ni, sial" balas Jungkook dengan nada marah. Dahlah lama tunggu lepastu tiba-tiba dituduh mati pula. Kekarutan apakah ini?

"S-semalam tu?" soal Sooyoung yang masih tidak percaya.

"Apa benda yang kau mengarut ni? Dah lah kau yang belikan tiket flight aku, boleh pula kau lupa tarikh aku fly" balas Jungkook.

Dan ketika itu, barulah Sooyoung ingat yang Jungkook graduate lambat sehari darinya dan dia belikan tiket kapal terbang lambat sehari.

Nombor flight yang dia tempah itu CA 253 dan nombor flight yang terhempas semalam ialah CA 235.

Kang Sooyoung menepuk dahinya sendiri. Alahai! penat sahaja dia menangis semalam.

"Oi, Jerry, nak pick up aku ke tak ni? kalau tak aku naik teksi je" kata Jungkook.

"Iya, kejap weh. Aku on the way" kata Sooyoung.

"Kepala otak kau, on the way. Kau tu baru bangun tidur. Ingat aku tak tahu ke, sial betul" kata Jungkook dengan nada menyampah.

"Ehehe, tunggulah kejap weh. Aku datang" kata Sooyoung.

☆☆☆☆

Jimin melangkah memasuki kafe milik ayah Jungkook.

Dia berjalan menuju kearah meja yang diduduki oleh Sooyoung, Jaehee, Haesoo dan satu-satunya sahabat lelakinya, Jeon Jungkook.

Park Jimin mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Jungkook.

"Iyalah weh! Park Jimin banyak berubah!" kata Jungkook sambil memandang kearah  Jimin.

"Sebelum korang nak cakap pasal aku. Aku nak cakap dulu pasal Sooyoung" ujar Jimin sekali gus menukar topik.

"Iya weh! Semalam punyalah dia beria menangis sebab ingatkan Jungkook dan mati" balas Haesoo.

"Rupanya dia yang tersalah tarikh" sambung Jaehee pula.

Semua tertawa besar kecuali Sooyoung yang sedang menahan malu. Otaknya mencari idea untuk melindungi dirinya.

"Mestilah aku sedih! aku dah 27 tahun, tak berkahwin lagi semata-mata nak kahwin dengan Jungkook. Tiba-tiba dia dah tak ada, mestilah aku sedih" balas Sooyoung.

Semua memandang kearahnya dengan pandangan tajam.

"Dah tu, kitorang ni? kitorang pun umur 27 tahun. Belum kahwin juga!" balas Haesoo.

Jaehee mengangguk setuju dan Jimin sudah memicit kepalanya akibat terasa tertekan apabila memikirkan dia semakin tua tetapi masih belum berkahwin.

Jungkook dan Sooyoung tersengih sambil bepandangan sesama sendiri.

Lalu Jungkook merapatkan bibirnya ke telinga milik Sooyoung.

"Hei, Jerry, nak jadi milik aku buat selamanya tak?" bisik Jungkook.

Sooyoung memandang kearah anak mata Jungkook lalu dia turut berbisik pada telinga jejaka kacak itu.

"Hei, Tom, aku dah lama tunggu untuk jadi milik kau buat selamanya" bisik Sooyoung sambil tersenyum.

-Tamat-

Sila tinggalkan komen anda tentang epilogue ni. Apa perasaan anda??

Ehehe, first sekali, aku nak minta maaf sebab update lambat. Iyalah, busy sikit.

Yang kedua, terima kasih sebab sudi support cerita mengarut dan bosan ni sampai ke tahap ini.

Kalau ada masa singgahlah book aku yang lain.

Oh ya aku nak tanya, tanya je tauu

Kalau aku bukukan cerita ni jadi novel. Siapa nak beli?


✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now