15 : Coklat

4.8K 809 126
                                    

100 votes + 30 comments

"Kau rasa, yang mana lagi sedap?" Sooyoung menyoal Jungkook sambil menunjukkan 2 jenis coklat yang berbeza di tangannya. Iaitu hazelnut chocolate dan milk chocolate.

"Kalau aku, aku lagi suka mint chocolate" kata Jungkook sambil mengambil satu lagi jenis coklat yang lain dari rak itu.

Sooyoung melihat bungkusan yang berada ditangan Jungkook itu.

"sedap ke? tak rasa macam ubat gigi ke?" Sooyoung menyoal.

"Tak lah!" Jungkook menafikan kata-kata Sooyoung itu.

"Mint Chocolate tu bukannya ada rasa yang kuat sangat. Rasa dia memang sedap" sambung Jungkook lagi.

"sesuai ke nak bagi pada orang yang kita sayang?" soal Sooyoung lagi. Ya, memang dia inginkan coklat yang terbaik.

"kau nak bagi dekat siapa ni?" soal Jungkook.

"mana boleh bagitahu" kata Sooyoung.

"Aku ni kawan kau lah, tak akan lah kau nak berahsia dengan aku" kata Jungkook sambil memicit sedikit coklat yang dipegangnya itu.

Geram pula nak picit sebab bentuknya yang comel. Bentuk love yang disusun secara rapat-rapat.

"Hormatlah sikit privacy aku" balas Sooyoung dengan tegas lalu mengambil sebungkus hazelnut chocolate dan menuju ke arah kaunter untuk membayarnya.

Lantas Jungkook meletakkan semula mint chocolate itu dan mengejar langkah Sooyoung yang bergerak ke arah kaunter itu.

"W-weh, janganlah marah" ujar Jungkook sambil meraut lengan milik Sooyoung.

Sooyoung memandang wajah jejaka itu tanpa menayangkan apa-apa perasaan.

"Kau kena belanja aku air mineral. Aku haus" kata Sooyoung.

Jeon Jungkook memandang wajah gadis itu dengan pandangan pelik.

"Kejap lagi aku belikan" kata Jungkook.

"Kau pergi belikan sekarang, aku nak bayar coklat ni sekejap, nanti kita jumpa dekat pintu utama" balas Sooyoung.

"Tak akanlah kau beratur semata-mata nak beli satu coklat je?" Jungkook menyoal gadis itu.

"Kau nampak macam aku nak beli 2 coklat ke?" balas Sooyoung.

Jungkook menampar perlahan bahu gadis itu, tidak pernah pun menjawab pertanyaannya dengan baik. Selalu memerli sahaja.

"Pergilah beli cepat" kata Sooyoung. Disebabkan itu, Jungkook berdecit perlahan.

Jungkook melangkah keluar dari kedai itu dan menuju ke kedai lain untuk mendapatkan sebotol air mineral.

Kang Sooyoung menjengketkan kakinya untuk melihat sama ada Jungkook sudah beredar atau belum.

Apabila kelibat Jungkook sudah tidak kelihatan, Sooyoung berlari ke arah rak coklat yang tadi.

Gadis itu mencapai sebungkus mint chocolate yang Jungkook tunjukkan tadi. Kang Sooyoung mengambil coklat yang betul-betul Jungkook pegang tadi.

Lantas dia kembali ke barisan tadi untuk membayar 2 coklat itu.

☆☆☆☆

Jungkook melangkah masuk ke dalam kelas.

Seperti yang berlaku pada setiap tahun, atas meja, dalam laci meja dan atas kerusinya di penuhi dengan coklat-coklat yang di beri oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah itu.

Abang idola, memang begitulah layanan yang Jeon Jungkook dapat.

Jungkook mengeluh kecil, pasti dia akan kena diabetes pada usia yang muda. Akibat makan terlalu banyak coklat.

Kalau ikutkan, dia mahu buang sahaja. Tapi, sayanglah pula, kerana coklat yang dia dapat tu semuanya berjenama dan mahal.

Tak akanlah nak buang, sayanglah!

Jungkook mengeluarkan plastik daripada begnya.

Dia mula memasukkan coklat-coklat tersebut dalam plastik tersebut. Tangannya terhenti daripada bergerak apabila dia melihat coklat yang di pegangnya semalam.

Memang banyak coklat yang sama jenis dengannya. Tapi, apa yang menarik perhatiannya ialah, terdapat kesan dipicit pada coklat itu.

Seingatnya, memang bahagian itulah yang Jungkook picit semalam semasa mengikut Sooyoung membeli coklat semalam.

Jeon Jungkook memandang kearah tempat duduk Sooyoung. Gadis itu sedang tidur sambil tangannya dijadikan sebagai bantal supaya makin selesa tidur di meja itu.

Jungkook terfikir, tapi bukankah Sooyoung hanya membeli satu coklat? iaitu hazelnut chocolate.

Tapi Jungkook dapat rasakan gadis itu yang memberikan coklat itu. Firasatnya kuat mengatakan tentang itu.

Lantas Jungkook berjalan kearah meja Sooyoung.

"Yah, Kang Sooyoung, aku nak tanya sesuatu ni"

TBC

Hurm, apa yang anda ingin katakan pada Jungkook dan Sooyoung?

✔ Tom And Jerry Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ