37: Manis

5K 818 284
                                    

232 votes + 120 comments

Jungkook melangkah keluar dari tandas dengan badannya sudah siap tersarung baju.

Dia memandang kearah jam yang tergantung pada dinding. Baru pukul 8.30 pagi.

Jejaka itu menyangkut tualanya pada kepala kerusi belajarnya. Setelah itu, Jungkook mencapai minyak wangi yang beraroma maskulin berjenama Burberry lalu dia menyembur sedikit pada badannya.

"Awal lagi ni, si Sooyoung tu nak pergi mana pagi-pagi buta ni" kata Jungkook pada diri sendiri.

Tiba-tiba sahaja pintu biliknya dibuka dengan kasar.

"Jungkook, cepatlah!" suara Sooyoung bergema sebaik sahaja pintu bilik Jungkook dibuka.

Terkejut Jungkook dibuatnya disebabkan tindakkan Sooyoung yang melulu itu.

"Kau ni! kalau ya pun, ketuklah pintu dulu! kalau aku tak pakai baju tadi macam mana?" balas Jungkook. Geram betul dengan sikap Sooyoung itu.

"Ehehe, maaflah" kata Sooyoung sambil tersengih lalu dia keluar semula dan menutup pintu itu.

Jungkook memandang pelik kearah pintu itu.

ttok... ttok..

Bunyi ketukan dari luar pintu biliknya lalu pintu itu dibuka semula.

"Ok, aku dah ketuk" kata Sooyoung lalu dia melangkah masuk kedalam.

Jungkook memberikan jelingan menyampah kepada Sooyoung. Mahu sahaja dia menendang gadis itu keluar dari biliknya.

"Kau nak ajak aku pergi mana ni?" Jungkook menyoal tanpa memandang wajah Sooyoung, tangan jejaka itu sibuk menyikat rambutnya supaya kemas.

Kang Sooyoung sudah melabuhkan punggungnya pada katil milik Jungkook.

"Aku pun tak tahu" balas Sooyoung.

Laju sahaja tangan Jungkook membaling sikat ditangannya itu ke arah Sooyoung.

Nasib baik Sooyoung sempat menangkap balingan padu oleh Jungkook itu.

"Ehehe, janganlah marah" ujar Sooyoung lalu dia menghulurkan kembali sikat kepada Jungkook.

"Aku lempar Tupperware baru tahu" balas Jungkook.

Sooyoung tergelak kecil lalu dia berjalan kearah almari milik Jungkook. Dia membuka almari itu.

"Kau nak buat apa tu?" Jungkook menyoal gadis itu.

Dan, barulah Jungkook sedar yang gadis itu sedang memakai baju yang dia belikan semasa mereka pergi menonton wayang hari tu.

Adakah, anda masih mengingati tentang baju buy 1 free 1 itu?

Sooyoung mengeluarkan baju putih dari almari Jungkook, yang design nya sama dengan baju gadis itu pakai.

"Pakai baju ni tau" kata Sooyoung lalu dia meletakkan baju itu diatas katil milik Jungkook.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now