35: Crush

4.6K 767 456
                                    

202 votes + 100 comments

Jungkook berjalan kearah meja kantin dimana tempat Sooyoung, Haesoo dan Jaehee sedang menjamah makanan mereka.

Tujuannya, hanya satu. Dia tidak mahu mengaku kalah.

"Jungkook-ah, duduklah" Haesoo yang duduk bersebelahan dengan Sooyoung itu sedang mengajak Jungkook untuk rehat bersama.

Sooyoung hanya mengunyah nasi bersama sup ayam sambil memandang kearah Jungkook. Manakala Jaehee yang duduk berhadapan dengan Sooyoung itu sedang membaca buku nota fizik, memandangkan lepas rehat mereka ada peperiksaan subjek Fizik.

"Tak apalah, aku datang sini sebab nak cakap sesuatu dekat Sooyoung" balas Jungkook sambil memberikan pandangan tajam kepada Sooyoung.

Jaehee dan Haesoo semakin berminat untuk mendengar. Jungkook datang sini nak confess pada Sooyoung ke?

"Cakaplah, kau nak tunggu aku bagi microphone dulu ke, baru nak cakap" balas Sooyoung sebaik sahaja dia selesai mengunyah.

Seperti biasa, mulut Kang Sooyoung tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang buat sedap telinga mendengar. Selalu sahaja ayatnya buat orang macam nak baling Tupperware ke mukanya.

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. Manakala, Sooyoung menyuapkan lagi sesudu nasi yang digaul dengan sup ayam kedalam mulutnya.

"Aku pun ada crush!" suara Jungkook meninggi sehingga membuatkan hampir semua pelajar dikantin itu memandang kearahnya.

Tiba-tiba makanan yang ada dalam mulut Sooyoung itu tersembur dan kena tepat pada wajah Jaehee yang sedang duduk dihadapannya.

Nam Jaehee hanya mampu menutup matanya apabila setiap sisa makanan dari mulut Sooyoung bersama titisan air liur sahabatnya itu menyentuh wajahnya.

"W-weh, m-maaf, aku betul-betul tak sengaja" kata Sooyoung sambil mencapai tisu untuk mengelap wajah Jaehee.

Haesoo turut membantu membersihkan wajah Jaehee itu. Manakala Jungkook mengerutkan dahinya tanda geli dengan keadaan itu.

Kalau air yang tersembur tak apa lagi, ni makanan. Makanan yang sudah dikunyah pekej dengan air liur sekali. Euww.

"Siapa gadis malang yang jadi crush kau tu?" soal Sooyoung dengan nada mendatar setelah selesai bersihkan wajah Jaehee.

"Kau tak nak bagitahu nama lelaki hodoh yang kau suka tu. Jadi, aku pun tak akan bagitahu dekat kau juga yang aku suka siapa" balas Jungkook lalu dia berpeluk tubuh bersama keningnya dikerutkan tanda protes.

Haesoo dan Jaehee memandang kearah Sooyoung. Laju sahaja tangan kanan Song Haesoo menampar lengan milik Sooyoung.

"Kau... ada crush tak bagitahu kitorang berdua pun" kata Haesoo dan mendapat anggukan persetujuan daripada Jaehee.

"Suka hati kau lah, kisah apa, aku" balas Sooyoung tanpa memandang kearah Jungkook.

Jungkook hanya mengembungkan pipinya tanda tidak berpuas hati. Dia inginkan Sooyoung cemburu. Bukannya dapat balasan 'suka hati kau lah'.

Park Jimin baru sahaja tiba di situ bersama dulang berisi makanan ditangannya.

Dia memandang kearah Sooyoung yang wajahnya kelihatan kecewa lalu Jimin berpaling kearah Jungkook pula yang sedang berdiri di tepi meja sambil mengembungkan pipi sambil berpeluk tubuh.

"Apa yang dah berlaku?" soal Jimin kerana tidak memahami kenapa reaksi mereka begitu.

☆☆☆☆

Sooyoung sedang duduk di kerusi perpustakaan bersebelahan dengan Jimin. Dia sedang memerhatikan Jimin membuat latihan matematik.

"Eh, bukan macam tu" kata Sooyoung lalu mencapai pemadam lalu memadam jalan kerja yang Park Jimin buat tadi.

"Alaaa, dah tu macam mana?" suara comel Jimin mula meleret akibat malas mahu betulkan jalan kerjanya.

Matematik ni, kalau sikit salah, semua salah! habis jawapan akhir jadi kelaut.

"Kau kena kira guna punca kuasa dua,  bukannya 4² + 3² tiba-tiba jadi 7²!" Sooyoung mula tertekan dengan kesilapan Jimin itu.

"Ehehe, maaflah, aku tersilap tadi" kata Jimin lalu mencapai pensel untuk membetulkan jalan kerjanya.

Sooyoung melihat sekeliling, Jungkook, Haesoo dan Jaehee masih belum sampai. Mungkin mereka pergi makan dulu baru datang ke perpustakaan.

"Weh, Jimin, aku nak tanya ni" kata Sooyoung yang membuatkan wajah polos Jimin itu berpaling ke arah gadis itu.

"Apa?" balasnya.

"Kalau crush kau, suka orang lain. Macam mana kau akan selesaikan masalah ni?" soal Sooyoung sambil menongkat dagu.

"Maksud kau, cinta tiga segi?" soal Jimin untuk dapatkan kepastian.

Sooyoung mengangguk sekali.

Jimin tersenyum apabila teringat yang Jeon Jungkook turut bertanya soal yang sama semasa di tandas pada waktu rehat tadi. Ini kes suka sesama sendiri tapi tak nak mengaku, ya?

"Oh, senang je, kau selesaikan lah guna--" belum sempat Jimin menyebut theorem pythagoras. Sooyoung terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Kalau kau kata guna Theorem pythagoras.  Aku tumbuk muka kau" kata Sooyoung dengan nada mendatar.

"Ehehe, kau ni, tahu-tahu je" kata Jimin sambil tersengih sehingga otot matanya mula merapat.

Sooyoung menayangkan wajah menyampahnya kepada Jimin.

"Kalau aku lempar kau dari bangunan ni, esok kau tak akan dapat jawab ujian subjek matematik" kata Sooyoung seakan-akan mengugut Jimin supaya berhenti membuat lawak yang langsung tak lawak tu.

"Ehehehe janganlah marah" balas Jimin sambil tersenyum sumbing.

"Oh ya, semalam, Jungkook pun tanya soalan yang sama macam kau tanya"  kata Jimin.

"Wait, what?" mata Sooyoung mula membulat akibat terkejut.

TBC

Eh, aku tak tahulah, cerita ni bukannya best sangat. Kenapa ada orang baca senanya? Apa yang best dekat cerita ni pun aku tak tahu.

Cuba bagitahu aku, apa yang korang suka sangat dekat cerita ni? Stress aku memikirkannya

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now