16 : Udang

4.9K 842 105
                                    

100 votes + 40 comments

Kang Sooyoung mengangkat kepalanya dari meja apabila namanya dipanggil.

"kau nak apa?" balas Sooyoung sambil memandang wajah Jungkook.

"kau kan yang bagi coklat ni?" soal Jungkook sambil menunjukkan coklat itu kepada Sooyoung.

Sooyoung memandang lama kearah Jungkook dengan pandangan kosong walaupun pandangan yang diberikannya itu merupakan sebuah lakonan.

Dalam hatinya berdebar dan jantungnya boleh terkeluar serta berlari 100 meter atas padang sekolahnya.

"Tak, bukan aku" balas Sooyoung dengan nada mendatar.

"Kau jangan nak menipu, ni coklat yang aku picit semalam tu, kau ambil yang tu kan?" Jungkook tidak mahu mengaku kalah.

"Oh tolonglah, bagaimana kau sungguh yakin yang itu coklat yang kau picit semalam?" balas Sooyoung, sengaja dia gunakan bahasa formal supaya Jungkook lebih marah.

"Habis tu, tak akanlah orang lain nak bagi coklat yang sudah dipicit?" balas Jungkook pula.

Sooyoung menghembus nafas lembut.

"Jeon Jungkook, tidak semestinya yang bahagian yang rosak itu sebab dipicit, mungkin sebab coklat itu terjatuh dan rupa bentuknya berubah" jawab Sooyoung.

Sebenarnya itu satu jawapan yang logik.

"Aku pasti, kau yang bagi coklat ni" kata Jungkook sambil memberikan pandangan yang tajam ke arah Sooyoung.

"Buktikan lah, kalau kau mampu" balas Sooyoung. Masih sahaja dia kekal menipu.

Jungkook merapatkan wajahnya dengan wajah Sooyoung. Jungkook sengaja menghembuskan nafas kasarnya kepada Sooyoung.

"Yah, Jeon Jungkook" balas Sooyoung.

Jungkook kekal memandang gadis itu dengan padangan maut.

"nafas kau busuk" kata Sooyoung.

Jungkook menjentik dahi milik Sooyoung itu dengan penuh geram, orang tengah serious boleh pula dia ajak main.

Sooyoung mengaduh kesakitan. Mahu sahaja dia menyepak punggung Jeon Jungkook itu.

Tapi memikirkan tentang dia akan dikenakan tindakkan disiplin disebabkan bergaduh dengan lelaki itu.

☆☆☆☆

Sooyoung memandang kearah pinggan yang berisi makanan itu.

"kau tenung makanan tu, bukannya dia berjalan masuk dalam esofagus kau pun" kata Jaehee sambil memandang kearah Sooyoung lalu dia kembali memandang kearah buku nota fizik miliknya.

"Makanlah weh, nanti kau kurus, nampak aku gemuk pulak nanti" kata Haesoo.

Itulah perbezaan diantara dua orang rakannya itu, Nam Jaehee lebih suka menegur dengan cara yang bijak dan Song Haesoo lebih cenderung untuk menegur dengan cara bergurau.

"Korang ni tak membantu, siot betul" balas Sooyoung dengan nada mendatar.

Jaehee yang sedang membaca buku nota fizik itu terdiam, dia memandang kearah Sooyoung. Jaehee tahu sesuatu yang tak kena.

Buku nota itu dia tutup lalu Jaehee memeriksa dalam nasi goreng itu. Akibat dia makan sambil membaca, jadi dia tidak perasan apa yang dikunyahnya itu.

Sementara Haesoo meraup kepalanya untuk mengingati sesuatu. Seperti sesuatu yang penting dia terlupa.

Keadaan kantin itu sangat riuh-rendah dengan semua murid-murid yang bising itu.

Nam Jaehee menjumpai undang dalam nasi goreng itu. Song Haesoo akhirnya teringat sesuatu.

Kang Sooyoung allergic dengan udang!

Serentak Jaehee dan Haesoo memandang kearah Sooyoung.

"Nasib baik kau perasan, kalau kau makan tadi, habislah!" Haesoo kaget.

Jaehee memandang kearah Sooyoung dengan padangan sayu.

"Maaflah, sebab aku kurang prihatin" kata Jaehee dengan suara sayu. Memang dia rasa bersalah, sepatutnya sebagai seorang kawan, dia mesti lebih teliti tentang kelemahan rakannya itu.

Sooyoung tergelak kecil sebelum menampar perlahan lengan Jaehee.

"Bertenanglah, kau tak payah nak bersedih sangat" balas Sooyoung.

PAP!

Tiba-tiba meja itu ditepuk kuat oleh seseorang.

"Nah, ambil ni" kata Jungkook sambil menghulurkan roti kepada Sooyoung.

Semua sahabatnya tahu tentang Sooyoung itu ada alahan pada udang. Kalau dia makan, mungkin dia boleh mati sebab tindak balas badannya.

"Makan tau, bye" kata Jungkook kepada Sooyoung lalu dia berjalan menuju keluar dari kantin.

Haesoo dan Jaehee memandang kearah Sooyoung dengan sengihan mengusik.

"Eh, dia caring lah dekat kau" usik Haesoo.

"Kau tahu, menurut kajian sains, orang yang jatuh cinta, hormon dia akan sampai tahap maksima" kata Jaehee pula.

"Yah, apa korang mengarut ni" balas Sooyoung lalu membuka plastik roti tersebut untuk memakannya.

TBC

Lama ai tak update, rindu tak??

Oh ya, aku baru perasan cerita ni, akan menunjukkan tentang persahabatan. Sebab aku tahu ramai yang fed up dengan bff korang yang talam dua muka ni. Iye tak?








✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now