26: Meniru

4.2K 777 165
                                    

100 votes + 30 comments

Sooyoung memandang kearah wajah pengetua.

Sekarang Kang Sooyoung sedang duduk didalam bilik pengetua.

"Saya tak sangka yang awak meniru, Kang Sooyoung" kata pengetua dengan nada yang kesal.

Sooyoung kekal senyap. Nak kata dia diperangkap, bukannya ada bukti yang kukuh pun.

"Selama ni yang awak dapat markah cemerlang tu, sebab awak meniru?!" suara pengetua meninggi.

"Tak! Cikgu! sekali pun saya tak pernah meniru!" balas Sooyoung. Hampir sahaja dia mahu menangis.

Semua usaha dia belajar sehingga tengah malam selama ini semata-mata untuk dapat markah cemerlang. Apabila markah bagus itu dituduh meniru, memang menyakitkan hati.

"Habis tu ni apa, Sooyoung?!" balas Pengetua sambil melemparkan helaian kertas nota yang terselit dibawah kaki meja Sooyoung tadi.

Sejujurnya, pengetua amat kecewa dengan Sooyoung. Pelajar yang dia sayangi selama ini rupanya buat kerja terkutuk ini.

"Cikgu! tu bukan tulisan saya! cikgu tengoklah sendiri tulisan saya dalam buku tulis, memang langsung tak sama" Sooyoung mempertahankan dirinya.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memberitahu yang ini, Jaehee punya angkara.

Tiba-tiba pintu bilik pengetua dibuka. Wajah ibu Sooyoung menghiasi sebaik sahaja pintu dibuka.

"O-omma" Sooyoung kelu.

☆☆☆☆

"Maaf puan, tapi sekolah ni ada peraturan sendiri, pelajar yang ditangkap meniru akan disingkirkan dari menjawab seluruh kertas daripada ujian bulanan itu" terang pengetua kepada ibu Sooyoung.

Kang Sooyoung menunduk memandang lantai. Sumpah! dia tidak sanggup melihat reaksi ibunya. Satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Kalau boleh, Sooyoung tidak mahu melihat ibunya menangis.

Ibu Sooyoung hanya mengangguk tanda memahami prosedur sekolah itu. Jadi, perbincangan telah tamat. Pengetua membenarkan Puan Kang untuk membawa Sooyoung pulang.

Sooyoung dan ibunya melangkah keluar dari bilik pengetua.

Sooyoung memandang kearah ibunya yang sudah mara kehadapan.

"Eomma" Sooyoung memanggil ibunya.

'Tolonglah, jangan kecewa dengan Sooyoung'

Ibunya berpaling kebelakang memandang kearah Sooyoung.

"Iya sayang?" balas ibu Sooyoung.

"S-sooyoung tak buat semua tu. Sumpah! eomma, Sooyoung tak meniru" kata Sooyoung dengan penuh perasaan.

Ibu Sooyoung memandang tepat kearah anak mata anak gadisnya. Membuatkan ibunya teringat kembali tentang usaha anak tunggalnya.

Sejak kecil, hobinya membaca, sehingga sekarang anaknya sentiasa belajar dan membuat nota. Setiap malam, dia membuat latihan sehingga tertidur di meja belajar. Kadang-kadang anaknya minum kopi dengan banyak hanya untuk berjaga demi belajar.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now