6: A's

6.1K 976 163
                                    

120 votes + 30 comments

Semua pelajar berkumpul dihadapan papan kenyataan itu bagi melihat kedudukan mereka dalam peperiksaan awal tahun yang berlangsung minggu lepas.

Nam Jaehee mencari namanya, seperti biasa dia berada ditempat yang ketiga.

Perlahan sahaja gadis itu mengeluh, padahal dia mendapat 10 A+, 2 A dan 1 A- iaitu subjek bahasa Jepun.

Dan seperti biasa juga, tempat pertama ialah Kang Sooyoung dan tempat kedua ialah Jeon Jungkook.

Nam Jaehee berjalan kearah tempat duduk Kang Sooyoung yang sedang tidur itu.

"weh, bangunlah" Jaehee mengejutkan rakan karibnya itu secara perlahan.

Perlahan-lahan Sooyoung mengangkat kepalanya.

"kenapa?" Sooyoung menyoal.

"aku nak tanya, exam hari tu, kau dapat berapa A?" Jaehee menyoal.

Sooyoung berfikir sejenak.

"oh, 1 A je" balas Sooyoung.

"habis tu macam mana kau boleh dapat nombor satu?" Haesoo menyampuk perbualan mereka.

"aku dapat 1 A, yang lain A+" balas Sooyoung.

Jaehee memandang sejenak kearah rakannya itu, sungguh Sooyoung sangat bijak.

"apa yang kau tak dapat A+ tu?" Haesoo menyoal.

"Bahasa Inggeris yang ujian mendengar tu, sebab masa cikgu pasang audio, aku tertidur sekejap" balas Sooyoung sambil menguap.

Oh, dunia sungguh kejam! orang yang malas pun boleh pandai sebegitu.

Jaehee berpaling menghadap Jungkook yang berada di kanannya.

"kau dapat berapa A?"Jaehee menyoal.

"2A" balas lelaki itu sambil menyelak helaian buku komik.

"yang lain semua A+?" Jaehee menyoal lagi.

Jungkook sekadar mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Jaehee itu.

"korang dua ni, kalau khawin nanti, dapat anak. Aku pasti satu dunia nak culik anak korang sebab pandai sangat" kata Haesoo.

Serentak Jungkook dan Sooyoung ketawa.

"aku dengan dia, khawin?" Sooyoung mengulang.

"aku nak pandang muka dia pun dah naik muak" balas Jungkook.

"ingat aku tak muak lah dengan muka kau?" balas Sooyoung dengan nada tinggi.

"mula dah" kata Haesoo perlahan.

"aku hensem, memang kau tak muak lah" balas Jungkook.

"muka macam kapal karat" kata Sooyoung.

"apa?!" suara Jungkook meninggi.

Suasana menjadi senyap apabila cikgu Soo Ahn memasuki kelas mereka. Lantas mereka semua mengambil tempat duduk masing-masing.

"baiklah, hari ni cikgu ada satu berita untuk semua orang" kata cikgu Soo Ahn.

Semua kekal mendengar.

"mulai esok, kamu semua akan diberi pasangan untuk belajar bersama dan jikalau markah ujian salah seorang dari pasangan kamu rendah. Ianya, akan mempengaruhi markah kamu" kata Cikgu Soo Ahn.

Semua pelajar mula mengeluh.

"berita baiknya, kamu akan mudah belajar dan berita buruknya" kata-kata cikgu tergantung.

"kamu tak boleh pilih atau tukar pasangan kamu" sambungnya.

Hampir seluruh kelas mula mengeluh.

"cikgu akan pilih pasangan berdasarkan kedudukan ujian minggu lepas" kata cikgu Soo Ahn.

"pelajar yang tempat teratas akan berpasangan dengan tempat bawah" kata cikgu Soo Ahn lagi.

"Kang Sooyoung dan Park Jimin"

"Jeon Jungkook dan Song Haesoo"

"Nam Jaehee dan Kim Yeondo"

"Cikgu! Park Jimin dah lah selalu tak datang sekolah, susahlah nanti" kata Sooyoung dengan tidak puas hati, kenapa pula dia yang dipadankan dengan budak yang mendapat tempat terakhir dalam kelas itu.

"cikgu, saya tak nak Kang Sooyoung berpasangan dengan pelajar lelaki"

TBC

Makin hambar cerita ni, readers pun dah lari sebab hambar sangat

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now