36: Ketuk

4.8K 789 285
                                    

205 votes + 110 comments

"Seriously, Jungkook tanya benda yang sama?" Sooyoung menyoal untuk dapatkan kepastian.

Jimin mengangguk laju sambil menarik muncungnya.

"Kau fikir tak apa yang aku fikir?" soal Sooyoung.

Jimin tersenyum kerana akhirnya Sooyoung dapat tahu yang Jungkook sukakan dia.

"Crush Jungkook suka dekat orang lain. AHAHAH  kesian dia" kata Sooyoung sambil tertawa besar.

Lantas Jimin menepuk dahinya. Tak sangka Kang Sooyoung ini boleh tahan bengap juga kadang-kadang.

☆☆☆☆

Dua minggu sudah berlalu, ujian akhir tahun telah pun tamat pada seminggu yang lepas.

Hari ni keputusan ujian akhir tahun telah pun keluar. Kertas yang menunjukkan kedudukan murid didalam kelas sudah ditampal di papan kenyataan.

Park Jimin menjengketkan kakinya sambil kepalanya didongakkan keatas untuk mencari namanya ramai sangat murid yang lebih tinggi sedang berkumpul untuk melihat kedudukan mereka sehinggakan Park Jimin terpaksa berjengket kaki.

Pelik betul, nama Park Jimin tiada.

Jimin mengerutkan keningnya sambil matanya masih lagi melilau mencari namanya. Kepalanya masih di halakan dibahagian bawah nombor 20-30 , setelah puas mencari dia mula melihat keatas.

Matanya membulat besar apabila namanya berada ditempat kelapan. Hampir sahaja dia menjerit suka disitu.

"Sooyoung! Sooyoung!" Jimin menjerit sambil kakinya berlari kearah Sooyoung yang sedang duduk di tempat duduknya.

Kang Sooyoung memandang kearah Jimin.

"Apa?" balas Sooyoung.

"Aku dapat nombor lapan!" balas Jimin dengan penuh teruja.

Kang Sooyoung mengukirkan senyuman tanda tumpang senang dengan pencapaian Jimin.

"Weih, terima kasih banyak-banyak! aku rasa macam nak peluk kau duh" kata Jimin. Hampir sahaja dia menangis terharu.

"Eee, tak nak aku, peluk kau. Lap hingus tu, geli,sial" balas Sooyoung sambil tangannya menolak Jimin supaya menjauhinya.

Jungkook datang mendekati mereka berdua sambil berpeluk tubuh.

"Yah, Park Jimin, jangan nak terharu sangat, minggu depan ujian CSAT. Tu yang penting nak bawa kau masuk universiti" kata Jungkook.

Jimin terus berpaling kearah Jungkook sambil tersenyum suka. Dia masih lagi gembira tentang markah peperiksaan akhir tahunnya.

"Iya, aku tahu" balas Jimin.

"Oh ya, Jimin, kau anak pengarah syarikat KIA kan?" soal Sooyoung dan mendapat anggukan dari Jimin.

"Maksudnya, nanti kau pula lah yang dapat jawatan ayah kau, kan?" Sooyoung menyoal lagi.

Sekali lagi Jimin mengangguk.

✔ Tom And Jerry Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ