▪︎Epilogue▪︎

Start from the beginning
                                    

Kang Sooyoung memandang kearah wajah jejaka itu. Siapa ni?

Seorang jejaka yang memakai tuxedo berwarna kelabu serta digayakan dengan kaca mata hitam yang berjenama Ray-ban.

"Who are you?" Sooyoung menyoal.

Lelaki itu tertawa kecil sebelum dia membuka kaca mata hitam legapnya.

"I'm your stupid boy, Park Jimin" kata lelaki itu.

Hampir sahaja Sooyoung jatuh tergolek disitu akibat terkejut dengan penampilan Jimin yang amat segak itu.

Oh ya, barulah Sooyoung ingat yang Park Jimin memegang jawatan CEO di syarikat kereta milik ayahnya.

"Ahahaha, Jimin-shi. Lainnya kau" kata Sooyoung.

Jimin tersenyum kecil lalu dia menolong menarik beg bagasi sahabatnya itu.

"Kau pun apa kurangnnya, rambut panjang, pandai make-up pula tu" balas Jimin.

"Dah 8 tahun berlalu, Jimin. Mestilah banyak perubahan" ujar Sooyoung sambil mengikut langkah Jimin yang sedang berjalan menuju ke pintu keluar dari lapangan terbang itu.

"Oh ya, eomma kau yang minta aku ambilkan anak dia ni. Eomma kau tadi memang dah nak datang sini. Tapi, tiba-tiba dapat breaking news tu yang dia terus bergegas pergi ke pejabat" panjang lebar Jimin menerangkan.

Ibu Sooyoung seorang wartawan, ingat lagi?

Kang Sooyoung hanya mengangguk lalu dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat berita terkini yang dimaksudkan Jimin tadi.

"Oh ya, flight Jungkook, landing pukul berapa?" soal Jimin.

"Dalam dua jam lagi sampai lah" balas Sooyoung.

Jimin hanya mengangguk sambil kakinya terus berjalan bersama-sama Sooyoung.

Tiba-tiba Jimin berpaling kebelakang apabila dia mendapati yang Sooyoung berhenti berjalan.

"Kenapa, weh?" Jimin menyoal sambil memandang kearah wajah sahabatnya itu.

"A-ada flight terhempas" kata Sooyoung.

"Flight berlepas dari negara mana?" Jimin menyoal dengan tenang. Walaupun dia sedang berdebar, takut kalau itu flight yang Jeon Jungkook naik.

"Dari Cambridge, United kingdom" jawab Sooyoung dengan nada mendatar.

Kini, giliran Park Jimin pula yang berdiri kaku disitu.

☆☆☆☆

"Sooyoung, cuba bawa bertenang dulu" pujuk Haesoo.

Kang Sooyoung meraup rambutnya kebelakang. Song Haesoo yang berpakaian rasmi peguam itu ditenungnya.

Setelah mendengar berita tentang Jungkook, Haesoo dan Jaehee terus bergegas datang ke kafe milik ayah Jungkook.

"Iya, betul tu. Mungkin itu bukan flight yang  Jungkook naik" kata Jaehee untuk menenangkan Sooyoung.

Jaehee sepatutnya ada rehearsal fashion show yang akan memperagakan semua hasil rekaannya sebagai pereka fesyen. Tetapi dia membatalkannya sebaik sahaja mendapat berita tentang Jungkook.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now