"kalau masa tu kita sedang sibuk?" Sooyoung menyoal.

"Kita datanglah lepas kahwin" balas Jungkook dengan nada bersahaja menyebabkan tawa Sooyoung meletus.

"Kau pasti yang kita akan berkahwin?" soal Sooyoung.

"Kenapa? kau tak nak kahwin dengan aku?" soal Jungkook. Risau benar jika gadis kesayangannya itu tidak mencintainya lagi.

"Aahahah! kau ni kelakar lah" balas Sooyoung sambil tertawa. Tangannya menampar perlahan bahu milik teman lelakinya itu.

"Eish, kau ni. Aku tengah serious boleh pula kau main-main" balas Jungkook dengan nada yang tidak berpuas hati.

"weh, aku rindu nak buat sesuatu" kata Sooyoung sekaligus menukar topik perbualan.

"Rindu nak buat apa?" soal Jungkook sambil menjongketkan kening coklat kanannya.

Kang Sooyoung melepaskan tangan Jungkook lalu dia menjarakkan sedikit dirinya dari Jungkook. Tiba-tiba sahaja gadis itu menarik rambut milik Jungkook sehingga membuatkan lelaki itu hampir terjatuh.

Terus Kang Sooyoung berlari jauh meninggalkan Jungkook.

"Aku rindu nak bergaduh dengan kau!" teriak Sooyoung.

Jungkook memandang kearah Sooyoung yang sudah berlari memasuki kawasan rumahnya. Lelaki itu hanya mampu mengkirkan senyuman sambil tangan mengusap kepalanya. Rasa macam nak tercabut kulit kepalanya akibat ditarik.

"Aku pun rindu nak bergaduh dengan kau, Sooyoung" kata Jungkook perlahan.

☆☆☆☆

Hari ini merupakan hari yang paling menakutkan. Hari mengambil keputusan CSAT.

Park Jimin berlajan mendekati Haesoo dan Jaehee yang sedang berbual-bual itu.

"Eh! Jimin!" Haesoo mula menegur jejaka itu. Manakala Jaehee pula menghadiakan senyuman kepadanya.

Jimin mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Haesoo. Sempat dia berpaling kebelakang untuk melihat. Banyak lagi kerusi menunggu yang masih kosong.

"Kau datang sorang je ke?" Jaehee menyoal.

Park Jimin menggeleng lalu dia menghalakan jari telunjuknya kearah ayahnya yang sedang berdiri di belakang sana bersama ibu bapa murid lain.

"Sooyoung dan Jungkook tak datang lagi ke?" Jimin menyoal.

"Nanti sampailah tu" balas Haesoo.

Selang beberapa minit berlalu akhirnya Sooyoung tiba di dewan itu bersama ibunya.

"Mana Jungkook?" Jaehee menyoal sebaik sahaja Sooyoung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Jaehee.

"oh, dia datang lambat sikit" balas Sooyoung dan mendapat anggukan tanda faham daripada mereka semua.

Semasa majlis baru mula berlangsung, ketika itulah Jeon Jungkook masuk ke dewan bersama ibu bapanya.

Jejaka itu berjalan kearah Sooyoung dan mengambil tempat duduk bersebelahan teman wanitanya.

Sempat jejaka itu memberikan senyuman sambil mengenyitkan mata kirinya.

✔ Tom And Jerry Donde viven las historias. Descúbrelo ahora