PERJALANAN

6 0 0
                                    

Akanku pergi seketika dari duniamu
Akanku muncul tatkala malam menjelma
Biarkan cahaya menerangi hidupmu
Biarkan kegelapan meninggalkan dirimu.

Perjalananmu masih jauh
Nun jauh di sana tanpa pernah diduga
Namun segalanya bukan mudah tanpa cabaran
Itulah perjalanan hidup di atas dunia ini.

Silap langkah kau akan tenggelam dalam kegelapan
Yang tiada penghujungnya
Silap bicara kau merana
Tiada jalan untuk kau ke mana-mana
Silap cara kau terseksa
Terseksa jiwa dan jasad untuk selamanya.

Pilihlah jalan yang benar
Jalan yang membawa kebahagiaan
Tanpa rasa kesal
Tanpa rasa ragu
Tanpa ada yang menghasuti dirimu.

Jika kau bijak memikirkan masa depan
Pilihlah jalan yang sentiasa di landasan cahaya
Jika kau rasa mahu senang
Pilihlah cara yang benar
Jangan kau cari jalan pintasnya
Kerana kau akan terperangkap dalam kegelapan
Walau seketika atau selamanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lirikku Cipta, Lagu Kau NyanyikanWhere stories live. Discover now