SYUKURI TAKDIRMU

13 0 0
                                    

Bukakan matamu
Lihatlah ke hadapan
Kau telah semakin jauh dari Tuhanmu.

Apakah makna perjalanan hidup bagi dirimu?
Jika kau tiada syukur kepada-Nya
Apakah kau rasa dirimu cukup sempurna untuk mengabaikan-Nya?

Tanpa DIA kau tidak akan hidup di atas dunia ini
Kerana itu kuasanya
Dunia juga miliknya
Jadi apa yang kau miliki
Kerana segala semesta alam adalah miliknya YANG SATU.

Bersyukurlah kepada yang Maha Esa
Kerana dirimu ditakdirkan-Nya
Adakah kau masih tidak puas hati terhadap takdir yang ditentukan-Nya?
Apakah kau masih fikirkan jalan yang kau rancang lebih bermakna daripada takdir-Nya?

Bersyukurlah dirimy kepada Yang Satu
Kerana diri-Nya lebih mengenalimu
Jangan kau mengatakan TIDAK kepada takdirmu
Kerana itu yang terbaik untukmu.

Itu tandanya Tuhan masih sayangkanmu
Itu tandanya Tuhan Maha Kuasa
Apa yang kau perlu hanyalah laksanakannya
Sehingga kau miliki kejayaan tanpa kau sangka selama ini kau mampu lakukannya.

Percayalah kepada Tuhanmu
Segala yang terbaik adalah milikmu yang diberi-Nya
Itu tanda cinta-Nya kepada hamba-Nya
Itu juga satu ujian bagi mengenali dirimu sendiri.

Syukur kerana takdir ini milikimu
Syukur kerana Tuhan masih sayangimu
Syukur kerana kau diberi nikmat yang terbaik
Syukur kerana dirimu menjadi pilihannya.

Segala kejadian pasti ada hikmahnya
Segala perbuatan pasti ada balasanya
Antara baik dan buruk
Antara hati yang suci dan kegelapan hati
Yang mana satu kau pilih untuk selamanya menjalani hidupmu?

Lirikku Cipta, Lagu Kau NyanyikanWhere stories live. Discover now