Calitan Harapan

45 4 1
                                    

Kau berikan kuharapan biarpun kau dan aku tidak pernah bertemu
Kau jagaiku dengan sepenuh hatimu biarpun kau tahu aku bukan milikmu
Mengapakah kau begitu
Buatkan aku ragu-ragu untuk menerimamu.

Aku dalam dilema kewas-wasan untuk kupercayai kamu
Kerana aku takut mungkin baikmu ada maknanya.

Jelingan dinginmu sering buatku membeku tatkala mataku tertaut kepadamu
Tidak sekalipun kau menatap wajahku hanya jelinganmu sahaja
Tidak sekalipun kau memujiku hanya makianmu sahaja

Mengapakah kau melayaniku sedemikian setelah kau membawaku bersamamu?
Mengapakah kau tidak tinggalkan aku  sendirian di sini sahaja?
Mengapakah kau sering berikan kuharapan sedangkan kau membenciku?
Mengapakah? Mengapakah kau lakukan semua ni?

Kau berikan kuharapan dan kau hancurkannya
Apa gunanya aku bersamamu jika kau mahu permainkan hatiku?

Apakah salahku?
Apakah dendammu kepadaku?
Dosa apaku kepadamu?
Mengapakah kau tidak bunuh saja diri ini berbanding kau sakiti hati ini?

Hatiku sakit
Sakit kerana aku mula menyayangi kamu
Jiwaku kosong tika kau pergi tanpa kuketahui
Kau hancurkan segala harapan yang kau berikan kepadamu.

Segalanya harapan palsu.

Lirikku Cipta, Lagu Kau NyanyikanWhere stories live. Discover now