Sendirian aku menatap langit biru
Bersama perasaan rinduku kepadamu
Tiada pula kau kembali lagi setelah kau pergi
Aku sentiasa menantikanmu
Biarpun tiada berita tentangmu.
Kau buatkan hatiku merana kerinduan
Adakah kau telah melupaiku sejak kau pergi jauh?
Apakah itu kehendakmu?
Malamku mimpikanmu kau pergi dariku
Malamku mengharapkanmu kembali kepadaku
Malam yang sunyi aku sendirian di sini
Menatap ribuan bintang di langit malam.
Kau pergi jauh tidak kembali
Kau pergi selama-lamanya dari dunia ini
Mengapakah kau tidak katakan kepadaku
Segalanya tentang dirimu.
Pergimu meninggalkan aku
Dengan sekeping lakaran indah
Tentang harapanmu untuk bersamaku
Selamanya.
YOU ARE READING
Lirikku Cipta, Lagu Kau Nyanyikan
RandomLagu dicipta tatkala jiwa menyusun kata dengan teliti. Dari sinilah bermulanya sebuah coretan lirik yang kuilhamkan. Lirik sebenar ciptaanku tanpa meniru ciptaan lagu-lagu yang lain. Sila komen ☺