Aku tak akan biarkan diriku terus jatuh tersungkur
Biarpun aku tahu aku tak mampu lakukannya
Namun jiwa ini mahukan kejayaan untuk masa depan.Jangan katakan "TIDAK"
Sebelum bermula
Jangan katakan "TIDAK"
Jika tiada matlamat.
Jangan katakan "TIDAK"
Jika hanya berfikir tanpa bertindak.Maju terus maju
Biarpun tersungkur berkali-kali
Tabah terus tabah
Tabahkan jiwamu
Jangan biarkan emosi kekalahan menguasai dirimu.Tiada jalan pintas untuk berjaya
Tiada kata "TIDAK" untuk berjaya
Hanya yakin kepada diri sendiri dan matlamat diri
Terus maju mencapai kejayaan.Maju terus maju
Biarpun tersungkur berkali-kali
Tabah terus tabahkan jiwamu
Jangan biarkan emosi kekalahan menguasai dirimu.Aku tak akan biarkan diriku terus jatuh tersungkur
Biarpun aku tahu aku tak mampu lakukannya
Namun jiwa ini mahukan kejayaan untuk masa depan.
![](https://img.wattpad.com/cover/76189148-288-k588478.jpg)
YOU ARE READING
Lirikku Cipta, Lagu Kau Nyanyikan
RandomLagu dicipta tatkala jiwa menyusun kata dengan teliti. Dari sinilah bermulanya sebuah coretan lirik yang kuilhamkan. Lirik sebenar ciptaanku tanpa meniru ciptaan lagu-lagu yang lain. Sila komen ☺