AKU TERIMA

14 1 0
                                    

Kau aku terima mendampingiku
Bersama cahaya yang menyinari alam
Aku mahukan kasih setiamu
Selamanya di sisiku.

Merdu suaramu tika kau nyanyikan
Lagu cinta penuh rasa
Aku mahukan dirimu setia di sampingku.

Mentari pagi menyuluh alam
Bersama perginya dirimu
Pergi meninggalkan aku sendirian di sini.

Sepi dalam kelam kusendiri
Mengenangkan kisah silam
Tiada apa yang mampu lakukan sendiri
Tanpa dirimu di sisi kerana aku tidak sempurna tanpamu.

Akan kuterima pemergianmu
Walaupun hatiku tidak rela
Sendirian tanpa di sisiku.

Lirikku Cipta, Lagu Kau NyanyikanWhere stories live. Discover now