BUKU CINTA BARU

7 0 0
                                    

Kisah kita bermula semula

Setelah buku cinta lama lenyap selamanya

Akan aku tulis lagi

Kisah yang bakal kita hadapi

Pada masa kini hingga akhirnya.


Dahulunya kau datang kepadaku

Hanya sebagai teman

Namun bila ku kehilangannya

Kau datang kepadaku

Bukan lagi sebagai teman

Namun kau sebagai pengganti dirinya.


Dia kata kau milikku

Setelah dia pergi selamanya

Dia kata kau akan lindungiku

Setelah dia pergi selamanya.


Apakah kau sanggup terima diri ini seadanya?

Apakah kau mahu tunaikan permintaan terakhirnya?

Aku sedia mendengar segala keputusanmu

Tidak akan aku paksa jika kau katakan TIDAK.


Akan aku buka buku baru

Buku yang penuh dengan kisah kita

Sejak dari mula hingga akhirnya

Tentang segala suka dan duka kita bersama.


Aku menantikan jawapanmu

Apakah kau terima aku seadanya?

Atau kau katakan TIDAK

Akan aku terima juga.



Lirikku Cipta, Lagu Kau NyanyikanWhere stories live. Discover now