34: Segi Tiga

Magsimula sa umpisa
                                    

Jungkook dan Sooyoung sedang duduk di atas rumput yang terletak di halaman rumah Sooyoung sambil kakinya mereka di lunjurkan kehadapan supaya lebih selesa.

Hari semakin gelap, Kang Sooyoung sedang menunggu ibunya pulang dari tempat kerja, mungkin dalam 10 minit nanti, sampailah tu. Manakala Jungkook menemani Sooyoung sementara menunggu ibunya menyiapkan makan malam.

"Kau dah baca nota ringkas untuk subjek geografi?" Jungkook menyoal tanpa memandang kearah Sooyoung.

"Belum, nanti sebelum tidur, aku baca" balas Sooyoung lalu mendapat anggukan tanda faham dari Jungkook.

Esok merupakan hari pertama peperiksaan akhir tahun dan tinggal lagi tiga minggu untuk ujian besar iaitu CSAT.

"Weh, Jungkook" Sooyoung memanggil lelaki itu.

Jungkook mengalihkan pandangannya kearah Sooyoung.

"Aku ada crush" kata Sooyoung.

"O-oh" balas Jungkook. Matanya berkedip-kedip untuk memproses maklumat.

"aku bagitahu kau sorang je, sebab kau kan kawan baik aku" kata Sooyoung sambil tersenyum.

"Kawan baik?" Jungkook mengulanginya.

Sooyoung mengangguk laju.

"Jadi, selama ni, aku sorang jelah yang anggap kau lebih daripada kawan baik?" bisik hati Jungkook.

☆☆☆☆

Setelah tamat peperiksaan subjek Geografi, murid-murid dibenarkan keluar memandangkan sekarang waktu rehat.

Jungkook berjalan memasuki tandas lelaki. Seperti biasa, ketika waktu peperiksaan tandas mesti jadi penuh disebabkan ramai pelajar yang meniru.

Mereka letakkan nota-nota di tandas dan nanti bila waktu peperiksaan bermula, mereka akan pergi ke tandas untuk melihat jawapan.

Padahal pelajar yang meniru tu, bukannya lulus pun dalam peperiksaan. Jungkook mengesyaki mereka menulis nota yang tidak masuk dalam peperiksaan. Kesiannya.

Jungkook beratur untuk menunggu gilirannya. Tiba-tiba seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

Lantas Jungkook berpaling untuk melihat itu siapa. Oh, rupanya Jimin.

"Dah lama ke kau beratur?" Jimin menyoal.

"Tak, baru je" balas Jungkook dengan jujur.

Jimin hanya mengangguk tanda faham.

Tiba-tiba sahaja Jungkook ingin bertanya kepada Jimin.

"Jimin-shi, apa yang kau akan buat kalau kau suka dekat sorang perempuan ni tapi perempuan tu suka dekat lelaki lain?" soal Jungkook.

Jimin mengerutkan dahinya. Jeon Jungkook, kenapa kau tanya soalan yang pelik semacam ni?

"Maksudnya, cinta tiga segilah?" soal Jimin kembali.

Jungkook berfikir sejenak lalu dia mengangguk tanda mengiyakan kata Jimin.

"Oh, kau selesaikanlah guna theorem pythagoras" kata Jimin dengan nada bergurau.

Laju sahaja jari telunjuk kanan milik Jeon Jungkook menunjal dahi milik Park Jimin.

"Aku sumbat kepala kau dalam lubang jamban, karang" ujar Jungkook dengan nada menyampah.

TBC

ui, nak tanya ni, korang nak happy ending ke sad ending?

❤Promote❤

_yoonsung_

_yoonsung_

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

fattttt-

fattttt-

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
✔ Tom And Jerry Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon