32: Overprotective

Mulai dari awal
                                    

"Belum, tengah tunggu kau lah" balas Jungkook sambil mengambil dua helai kertas soalan dan berikan sehelai kepada Sooyoung.

Kang Sooyoung menyambut pemberian Jungkook itu lalu dia mula menjawab soalan matematik.

Tiba-tiba Yeondo baru sampai dan letakkan begnya bersebelahan dengan tempat duduk Jungkook.

"Maaflah terlambat, tadi aku cari perpustakaan, tak jumpa" kata Yeondo lalu duduk dikerusi bersebelahan dengan Jungkook.

Jungkook hanya diam dan fokus membuat soalan matematik itu.

"Nampak sangat menipu, padahal tadi dia pergi lepak dekat shopping mall" kata Sooyoung perlahan. Bukannya Sooyoung tidak tahu yang Yeondo keluar sekolah selepas habis waktu persekolahan.

Perangai Yeondo tu sangat mudah diramal.

"Sibuklah kau ni" balas Yeondo lalu dia kembali memandang kearah Jungkook.

"Erm, Jungkook, nak kertas soalan macam tu jugak, boleh?" tanya Yeondo dengan sopan.

Cepat-cepat Sooyoung memberikan kertas soalan kepada Yeondo.

"Jangan kacau Jungkook lah, dia tengah sibuk belajar tu" kata Sooyoung.

Yeondo berdecit perlahan dan Jeon Jungkook sedang menahan senyumannya.

Bahagia nampaknya.

"Jungkook, ni nak kena bahagi dulu kan?" soal Haesoo kepada Jungkook selaku pasangannya.

Jungkook memandang seketika soalan yang Haesoo tunjukkan kepadanya.

"Eh tak, kau kena darab dulu baru bahagi" balas Jungkook.

Yeondo pula mengambil hal itu sebagai kesempatan.

"Jungkook, ermm ni nak buat macam mana?" soal Yeondo sambil menongkat dagu.

Jungkook mengalihkan pandangannya kearah Yeondo.

Kang Sooyoung yang asalnya sedang menjawab soalan tapi dia terus memandang kearah Yeondo apabila dia memanggil nama Jungkook.

"Oh yang ni senang je, kau kena buat darab silang lepas tu--" belum sempat Jungkook habiskan ayatnya Kang Sooyoung terlebih dahulu menarik kertas soalan itu daripada tangan Yeondo.

"Biar aku ajar" kata Sooyoung.

"Kau ni sibuklah, aku nak Jungkook ajar" balas Yeondo.

"Kau tu buta ya? tak nampak? Jungkook tengah ajar Haesoo kan, kenapa kau nak kacau" kata Sooyoung.

"Eih, kau ni, biarlah, partner kau tu Jimin, kenapa nak sibuk" balas Yeondo.

"Kau tu yang penyibuk" balas Sooyoung.

Baru sahaja Yeondo ingin membalas kata-kata Sooyoung itu, Jungkook terlebih dahulu menyampuk.

"Yah, Kang Sooyoung" Jungkook memanggil.

"Apa?" balas Sooyoung.

"Kau.." Jungkook teragak-agak untuk mengatakannya, tapi bibirnya sedang menahan senyum kerana sifat Sooyoung yang overprotective itu nampak comel.

" Jungkook teragak-agak untuk mengatakannya, tapi bibirnya sedang menahan senyum kerana sifat Sooyoung yang overprotective itu nampak comel

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Aku apa?" soal Sooyoung.

"Kau cemburu, ya?" soal Jungkook.

Keadaan jadi senyap sunyi buat seketika. Manakala Jaehee dan Haesoo pula sudah menahan gelak. Mereka berdua menekup muka menggunakan kertas soalan matematik itu. Sungguh comel dan kelakar!

Jungkook masih lagi memandang kearah Sooyoung untuk mendengar apa yang akan gadis itu katakan.

Jimin yang baru sahaja tiba di situ memandang kearah mereka semua dengan pandangan pelik. Kenapa semua diam ni?"

"Weh, apa yang berlaku?" soal Jimin dengan wajah tidak tahu apa-apa ditayangkan.

TBC

Baiklah, aku nak tahu. Apa komen kau kepada Jungkook? Sooyoung? Jimin?

Maaflah, lambat sikit update, sibuk cari gif yang sesuai AHAHAHA

✔ Tom And Jerry Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang