"Kenapa kau tak bagitahu hal sebenar! Sooyoung-ah, kenapa?" suara Haesoo mula mengendur.

Makin erat dia memeluk kepala Sooyoung.

Kang Sooyoung kekal diam dan tidak membalas apa-apa.

"H-Haesoo, lepaskan Sooyoung, dia nak mati tak cukup oksigen dah tu" Jungkook menegur Song Haesoo.

Lantas Haesoo meleraikan pelukan itu.

"Ehehe, maaf Sooyoung, aku tak sengaja" kata Haesoo.

Sooyoung mencari nafas supaya oksihemoglobinnya bertambah.

"Duduklah" kata Sooyoung sambil menarik-narik jari telunjuk Haesoo supaya duduk bersebelahan dengannya.

Tanpa segan silu, Haesoo duduk bersebelahan dengan Sooyoung.

Ibu Sooyoung yang baru sahaja tiba dengan 2 cawan ditangan itu berasa terkejut dengan kehadiran Haesoo.

Dia meletakkan air tersebut diatas meja rendah yang berhadapan dengan sofa itu lalu pergi semula ke dapur untuk membuat satu lagi air untuk Haesoo yang baru tiba itu.

"Terima kasih" kata Jungkook dan Haesoo kepada ibu Sooyoung.

Ibu Sooyoung hanya tersenyum kecil sebelum melangkah semula kedapur.

Setelah kelibat Puan Kang sudah pergi, Haesoo cepat-cepat memeluk Sooyoung.

"Weh, kau dah tak boleh jawab exam untuk ujian pertengahan tahun ni" kata Haesoo dengan nada yang sedih.

"Hey, releks lah, ada lagi dua ujian, ujian akhir tahun dan ujian CSAT" balas Sooyoung dengan bersahaja.

"Aku betul-betul tak sangka yang Jaehee sanggup buat macam tu" kata Haesoo lalu menyandarkan kepalanya pada bahu Sooyoung.

Jungkook kekal memandang kearah dua orang sahabat itu.

"Kau kena faham, Jaehee tak akan buat macam tu kalau tak dapat desakkan dari mak dia" kata Sooyoung sambil mengusap rambut Haesoo.

"Tapi selama ni, dia tak pernah buat macam tu pun!" Haesoo masih tidak berpuas hati.

"Kejap, Jaehee tu study partner dia Yeondo kan?" soal Jungkook.

Haesoo dan Sooyoung mengangguk laju.

Bukannya Jungkook tidak tahu yang Yeondo sangat benci pada Sooyoung. Cuma, Jungkook tidak pasti sebab Yeondo benci pada Sooyoung.

"Kau tak rasa ke.. yang Yeondo hasut Jaehee untuk khianat kau?" Jungkook mengeluarkan spekulasi daripada otak bijaknya itu.

Lantas Haesoo berdiri, menyebabkan kepalanya tergeser dengan pipi Sooyoung.

"Aduh!" Sooyoung mengaduh kesakitan.

"Bet*na sial! berani dia mencemari hati suci Jaehee" kata Haesoo.

"Woo, bawak bertendang Song Haesoo" kata Jungkook dengan nada bergurau.

"Itulah, aku pun pelik jugak tiba-tiba je Jaehee bertindak macam tu. Tu yang aku tak bagitahu pengetua pasal Jaehee" kata Sooyoung.

"Jaehee bertuah gila sebab dapat kawan yang bijak macam kau, sentiasa berfikir jauh. Kalau aku lah dah lama aku cucuk-cucuk dia" kata Haesoo sambil melakukan lagat membunuh.

"Yah, Jaehee tu masih kawan kita, jangan cakap macam tu" Sooyoung menegur perbuatan Haesoo itu.

"Ehehe, maaflah, aku ni cepat melenting" kata Haesoo sambil mengusap belakang tengukuknya.

"Oh ya, kau datang sini dengan siapa?" soal Sooyoung.

"Dengan driver aku, dia ada kat luar, dalam kereta" kata Haesoo.

Sooyoung hanya mengangguk.

Keadaan kembali senyap apabila ibu Sooyoung datang ke ruang tamu sambil membawa secawan lagi air.

☆☆☆☆

Sooyoung pergi kesekolah seperti biasa. Cuma dia tidak dibenarkan untuk mengambil ujian. Jadi, dia perlu duduk di perpustakaan.

Sooyoung meneruskan berjalan menuju ke perpustakaan.

"Alahai, malang betul pagi aku ni" kata Sooyoung apabila melihat Yeondo sedang berjalan mendekatinya.

Sooyoung mempercepatkan langkahnya lalu Yeondo berlari mengejar langkah Sooyoung.

"Yah, Kang Sooyoung!" teriak Yeondo memanggil nama Sooyoung.

Sooyoung berhenti berjalan lalu menoleh kebelakang memandang Yeondo.

"Oh, kau cari aku ke pagi-pagi buta ni?" sengaja Sooyoung berbuat bodoh tidak tahu.

"Jadi, kau seronok tak dapat ambil ujian?" sengaja Yeondo mengeluarkan kata-kata pedas.

"Seronok jugaklah, sebab selama ni aku asyik dapat nombor 1 atau 2. Jadi, bila dapat jadi nombor terakhir tu, adalah pengalaman baru" balas Sooyoung. Wajah tidak bersalah ditayangkan.

Yeondo berdecit.

"Oh ya, selalunya kau dapat tempat terendah dalam kelas kan? sekali-sekala nak jugak aku tahu macam mana rasanya" pedas sahaja Sooyoung membalas.

Yeondo hanya diam dan tidak membalas apa-apa. Sooyoung tersenyum sinis.

Lalu Sooyoung berjalan menjauhi Yeondo.

"Jadi, apa perasaan kau bila dikhianati dengan kawan baik sendiri?" soal Yeondo yang membuatkan Sooyoung berhenti berjalan.

"Kau tahu, kau sama macam bunga rafflesia" balas Sooyoung tanpa berpaling memandang kearah Yeondo.

"Iya, aku tahu yang aku ni cantik" ujar Yeondo sambil memintal rambutnya.

"Tak, kau dengan Rafflesia, sama je, parasit" kata Sooyoung lalu berjalan meninggalkan Yeondo dibelakang.

TBC

Entahlah kali berapa, aku nak minta maaf sebab cerita ni macam dah lari tajuk. Huehue.

Scenes Jungkook dengan Sooyoung pun makin berkurang huehue maaf wehh.

Aku janji, nanti aku cover balikan dengan cute moments Jungkook dengan Sooyoung.




✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now