21

1.6K 149 63
                                    

"High score aku lagi tinggi dari kau!"

Jerit Lisa riang. Rose tayang wajah jemu. Bukan apa— tak pernah dia dapat kalahkan rakannya itu. Asyik Lisa sahaja yang menang.

Ya. Sebaik sahaja selesai membeli barang tak lain tak bukan dua gadis itu pergi meluangkan masa lapang di tempat permainan. Mahu ceriakan hidup sendiri lah katakan.

"Bagilah aku pula yang menang. Seumur hidup aku pernah kalahkan kau sekali je tahu tak...". Rose mencebik sambil memeluk tubuh. Baru ingat nak ceriakan hidup. Akhirnya sedih juga sebab kalah. Kesian.

"Alright kita main game lain lepas tu aku kasi kau menang. Ok?". Lisa gelak kecil selepas merangkul leher Rose dengan sebelah tangannya.

"Ok! Token aku tinggal sikit. Aku pergi beli lagi. Tunggu jap tau". Pesan Rose lalu beredar ke kaunter token. Sampai sahaja di hadapan kaunter dia berhenti seketika. Mencari wang yang dikehendakinya.

"Macam kenal.."

Suara garau membikinkan Rose menoleh kepala dari terus mencari wang sakunya di dalam beg. Hampir terbuka mulutnya apabila bertentangan mata dengan jejaka yang menegurnya itu.

"Memang tak ada orang lain ke dalam dunia ni selain kau?". Keluh Rose kemudian dia kembali menyelongkar begnya. Ameer di sebelahnya hanya memeluk tubuh memerhati tingkah laku Rose yang sedikit kelam-kabut.

"Ingat aku tak jemu ke tengok kau? Tak ada perempuan lain ke yang nak muncul dalam hidup aku? Padahal ramai je yang–"

Pandangan maut yang Rose beri serta-merta mematikan kata-kata Ameer. Membebel sahaja kerjanya. Benak Rose dibuatnya.

"Cepat sikit boleh?".
Pinta Ameer menjengkelkan Rose.

"Sabar sikit boleh tak?". Balas Rose selepas berdecit. Wang saku berharga RM10 berjaya dijumpai akhirnya. Beg bukannya besar sangat tapi penuh barang. Dasar serupa poket Doraemon.

"Kau datang sini sorang ke? Mana Jungkook?". Soal Ameer melulu.

"Aku datang dengan kawan aku. Jungkook pergi Krabi". Balas Rose tanpa memandang wajah Ameer. Fokusnya hanya pada si gadis penjaga kaunter. Dengar sahaja nama Jungkook terus hilang mood nak bermain. Entah kenapa.

"Pergi Krabi? Buat apa? Dengan siapa?". Bertubi soalan Ameer ingin tahu lebih lanjut. Rose mengeluh berat sebelum meninggalkan Ameer tanpa menjawab langsung persoalan.

"Weh! Rose! Jawablah!". Jerit Ameer kepada Rose namun Rose masih juga tidak menghiraukan. Malas mahu melayan. Bikin sakit hati sahaja.

———

"Waaaa"

Teruja sungguh Dania sebaik sahaja menjejak kaki ke dalam chalet yang agak besar. Tak berkelip matanya. Chalet itu tidak terlalu mewah tetapi bagi Dania ianya lebih dari cukup.

"Cantik kan?". Tegur Puan Jeon. Dania mengangguk laju tanda setuju lalu menarik beg rodanya ke arah bilik yang diingininya. Bak kata Puan Jeon— Dania boleh sahaja pilih mana mana bilik yang dia suka. Fuh!

"Dania nak bilik ni boleh?". Tanya Dania tersengih sambil berdiri di hadapan bilik yang dipilihnya. Geli hati Puan Jeon melihat cara Dania.

"Boleh saja sayang".
Jawab wanita itu lembut.

"Sekejap lagi nak masuk waktu Asar. Omma siap siap lah ya. Kita solat jemaah sama sama". Pesan Jungkook sambil menarik beg milik Puan Jeon masuk ke dalam bilik.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now