10

2.1K 220 90
                                    

*・゚✧

sampai chapter 10 dah?waaaah

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

sampai chapter 10 dah?
waaaah

.

.

"Kau tetap adaaa walaupun diriku tak sempurnaaaaa bidadarikuuuuu ohhh" (Bidadari - Ismail Izzani)

Mak cik Leha dikenali sebagai orang gaji yang sudah berkhidmat lama di rumah Tuan dan Puan Jeon. Umur lingkungan 50-an tapi berjiwa muda.

"BBOO!"

"Allahu Akbar!". Beginilah. Mak cik Leha akan melatah hampir setiap hari. Habis tempias air ke bajunya sedikit– dia sedang menyiram pokok bunga.

"Rose! Habis basah baju mak cik!". Mak cik Leha mencebik sambil mengibas pakaiannya yang basah.

"Alamak sorry mak cik! Rose sengaja buat mak cik melatah tadi tapi tak sangka boleh jadi macam ni. Rose minta maaf!". Gelabah Rose jadinya.

Dia turut membantu mengeringkan baju mak cik Leha dengan meniup guna karbon dioksida hasil dari mulut. Pikir cepat kering ke?

"Takpe biar je. Nanti keringlah. Ishhh saja je kan buat mak cik melatah..". Rose tersenyum nakal manakala mak cik Leha menggeleng. Sudah biasa dengan kenakalan Rose.

"Rose nak minta tolong mak cik.. boleh?"

"Minta tolong apa tu?". Berkerut dahi mak cik Leha. Skrin Ip X milik Rose ditunjukkan kepada mak cik Leha. Terpapar resipi masakan.

"Ajar Rose masak?". Pinta Rose sebelum menyengih kerang busuk. Mak cik Leha mengukir senyuman.

"Mestilah boleh..". Kedua belah pipi gebu Rose dicubit manja mak cik Leha. Rose dianggap anaknya sendiri kerana perbezaan jarak umur yang jauh.

".. tapi tunggu mak cik habis siram pokok bunga dulu lepastu kita masuk dapur ok?". Pesan mak cik Leha.

"OK!". Rose mengambil tempat duduk di kerusi yang terdapat di taman kecil halaman kediamannya. Nak menunggu mak cik Leha.

Terasa nak ketawa lagi apabila lihat orang gaji itu menari dan menyanyi semasa jalankan kerja dia. Seronoknya orang tua itu.

Mati senyuman Rose ketika memandang ke luar pagar. Kereta sederhana mewah warna hitam diparkir di seberang jalan bertentangan rumahnya diamati.

Mata Rose kecilkan apabila tingkap automatik bahagian pemandu diturunkan. Inginkan kepastian– mana tahu ada orang jahat nak merompak atau apa.

Semakin gelisah Rose. Pemandu tersebut mencampakkan pandangan ke arah rumahnya. Berdesup Rose berlari lari anak ke dinding sebelah pagar untuk mengintai lebih dekat.

Lama juga pemandu jejaka itu merenung rumahnya. Naik risau Rose. Apa yang diperhatinya. Apa hajat dia sebenarnya? Namun muka pemandu itu masih diamati penuh fokus.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkookحيث تعيش القصص. اكتشف الآن