20

1.9K 173 36
                                    

*

sampai chapter 20 dahyayyy (ノ•ヮ•)ノ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sampai chapter 20 dah
yayyy (ノ•ヮ•)ノ

-

-

Telekung berjenama mewah digantung Dania rapi di dalam almari setelah selesai solat Isya'. Lain sungguh rasanya apabila dapat menyarung telekung mahal. Sangat selesa!

Fakta. Pakaian atau benda yang tinggi harganya secara tak langsung boleh menimbulkan rasa riya' dalam diri seseorang yang memakainya. Lagi lagi pakaian solat.

Tipulah kalau tak pernah rasa riya' walaupun sekali dalam seumur hidup. Kan?

Riya' sangat bahaya. Rasa riya' sebesar zarah pun boleh heret kita ke neraka kalau tak sempat bertaubat. Na'uzubillah.

Doa supaya kita semua dijauhkan dari sifat riya'.
Aamin!

tok tok

Ketukan pintu mengalih perhatian Dania yang sedang membetulkan tudung sarung di kepalanya. Dia menyarung sepasang stokin sebelum membuka pintu bilik.

...

Berkerut dahi Dania sebaik sahaja membuka pintu. Tiada sesiapa. Tiba-tiba rasa gerun menyelubungi dirinya. Cuba memberanikan diri melangkah keluar dari bilik.

...

Juga tiada sesiapa.

"Siapa yang ketuk tadi?". Bisik Dania di dalam hati setelah memerhati sekitar luar bilik. Sekali lagi rasa seram muncul. Kini Dania merasakan ada orang sedang memerhatinya.

"Kau?"

"OH MAK KAU!".
Latah Dania tak sengaja.

Gadis itu terus menekup mulut guna kedua belah tapak tangannya. Mukanya sudah bertukar merah dek malu dengan latahnya sendiri.

Dania dapat rasa jantungnya bagai nak melompat keluar. Tambah pula yang menegurnya berambut panjang.

"Kau.. buat apa kat sini?". Terkedu Rose dengan keberadaan Dania di dalam rumahnya.

Sejak Dania sampai di rumah keluarga Puan Jeon, tak nampak langsung batang hidung Rose. Keluar dari siang mungkin. Ini baru pulang.

"Jap. Jadi engkaulah tetamu yang omma kata tu? What the heck". Tambah Rose sebelum berdecit. Dania cuma berdiam diri.

Sedang Rose dan Dania bersua muka— muncul Jungkook yang lengkap berpakaian jubah dan kopiah putih. Baru balik dari masjid agaknya.

"Bincang apa kat sini? Omma suruh turun bawah makan sama sama". Jungkook melulu menyampaikan pesanan Puan Jeon.

Kopiah putih di atas kepalanya dia tanggalkan sebelum bergerak ingin menuju ke biliknya.

"Abang.. kenapa dia ada kat sini?". Rose menahan Jungkook yang baru sahaja ingin memulakan langkah.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now