"Kau tanyalah apa-apa soalan" ujar Jimin.

"Siapa pencipta mentol pertama yang diiktiraf?" soal Sooyoung dengan soalan subjek sejarah.

"Thomas Edison!" balas Jimin.

Satu senyuman kecil mula terbit dari bibir Sooyoung.

"⅛ liter air bersamaan dengan berapa mililiter?" soal Sooyoung lagi bersama soalan subjek matematik.

"125 ml !" balas Jimin lagi.

"Kalau beban di depan, daya ditengah dan fulkrum dihujung. Kategori kelas tuas yang keberapa?" soal Sooyoung bersama soalan subjek sains.

"Kelas ketiga!" balas Jimin dengan gembira.

"23 mac, di kawasan hemisfera utara sedang mengalami musim apa?" soal Sooyoung dengan soalan geografi.

"Ekuinoks musim bunga!" jawab Jimin.

Makin melebar senyuman milik Sooyoung.

"Siapa yang menyebut 'tidak kiralah anda siapa, jadilah yang terbaik'" soal Sooyoung dengan soalan dari subjek sastera.

Jimin berfikir seketika. Kang Sooyoung benar-benar mengharapakan jawapan yang betul.

"Oh! aku dah ingat! Abraham Lincoln! presiden amerika yang ke-16!" jawab Jimin.

Hampir sahaja menitis air mata milik Sooyoung.

Betullah orang kata, kalau kita mencuba hasilnya pasti ada cuma masanya sahaja tidak tahu bila.

Jungkook yang baru sahaja tiba di situ sedang memandang pelik kearah Jimin dan Sooyoung yang sedang berdiri ditengah jalan itu.

Tujuan mengapa Jungkook keluar dari kelas adalah untuk mencari Jimin dan Sooyoung kerana mereka keluar dari kelas dalam jangka masa yang agak lama. Jadi, Jungkook sebagai ketua kelas bertanggungjawab untuk mencari mereka berdua.

"Oi, pergi masuk kelas lah!" terjah Jungkook kepada Jimin dan Sooyoung.

"Jeon Jungkook!" tiba-tiba sahaja Sooyoung menjerit nama lelaki itu.

Terkejut Jungkook dibuatnya. Tapi lagi terkejut apabila Kang Sooyoung sedang berlari kearahnya.

Tambah lagi terkejut bila Sooyoung tiba-tiba sahaja mencubit pipi milik Jungkook.

"Akhirnya! Park Jimin berjaya hafal semua! benda yang basic" ujar Sooyoung sambil tersenyum.

Jungkook dapat melihat butir-butir jernih pada pipi milik Sooyoung. Ya, pasti gadis itu terharu.

Lantas Jungkook menepis tangan Sooyoung daripada terus mencubit pipinya.

"Apahal pipi aku pulak yang kena cubit?" kata Jungkook lalu dia menyapu air mata milik Sooyoung menggunakan hujung ibu jarinya.

"Ehehe, nak balas dendam" kata Sooyoung. Dia membiarkan sahaja Jungkook mengelap air matanya.

Park Jimin sudah berlari menuju ke kelas memandangkan waktu balik tinggal lagi 3 minit.

Tentang balas dendam yang Sooyoung maksudkan, boleh rujuk chapter 21》

☆☆☆☆

Nam Jaehee POV💚

Jaehee dan Yeondo sedang duduk di meja belajar di rumah milik Jaehee. Sudah tentu mereka sedang belajar. Atas alasan, study partner tu.

"Cuba kau fikir baik-baik, kalau Sooyoung terus ada. Kau tak akan pernah dapat nombor satu pun" kata Yeondo.

"Boleh berhenti bercakap tak? aku serabutlah dengar suara kau" balas Jaehee tanpa memandang wajah gadis itu.

"Hei, aku nak tolong kau singkirkan Sooyoung. Atau lebih tepat, aku nak tolong kau daripada kena pukul lagi dengan mak kau" ujar Yeondo.

Dengan itu, Jaehee mengangkat wajahnya dan memandang kearah Yeondo.

"Yang pertama sekali, kau kena disqualified kan Sooyoung daripada jawab exam" kata Yeondo sambil tersenyum.

Akhirnya, dia berjaya mencucuk jarum kepada Jaehee.

TBC

Maaflah, aku tak buat double update. Tapi! aku gantikan dengan update kali ni agak panjang.

Cerita ni makin bosan ke? Jujur weh please 😭

❤❤

Oh ya, kalau ada yang keliru, Kim Yeondo ni sebenarnya crushkan si Jungkook. Tu yang dia tak suka Sooyoung. Tapi Jungkook tak perasan pulak yang Yeondo tu suka kan dia😂 maklumlah bak kata orang 'crush tak notice'.

Ok last, takut aku lupa.

Peperiksaan awal tahun tu, Nombor satu Sooyoung, dua Jungkook, tiga Jaehee. Tempat terakhir Jimin, kedua terakhir, Haesoo dan ketiga terakhir, Yeondo.

Sebab tu mereka dipasangkan macam tu.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now