Langkah Sooyoung terhenti sebaik sahaja melihat kelibat Jungkook yang baru keluar dari biliknya. Sudahlah, bilik Jungkook tu bersebelahan dengan tandas.

Kang Sooyoung mengecilkan matanya, begitu juga dengan Jungkook. Mereka menghadiahkan jelingan maut kepada satu sama lain.

"Aku nak mandi dulu" kata Sooyoung.

"Ah! tak ada, aku nak mandi dulu" balas Jungkook.

"Aku ni tetamu" balas Sooyoung.

"Aku ni tuan rumah" ujar Jungkook.

Sooyoung mula mengigit lengan Jungkook akibat geram dengan kata-kata Jungkook itu dan membuatkan Jungkook terjerit kecil kerana sakit.

Terus Jungkook menghantukkan kepalanya pada kepala Sooyoung. Membuatkan gadis itu melepaskan gigitan dari tangan Jungkook.

Tiba-tiba mereka terdengar sesuatu yang datang kearah mereka.

Mata Jungkook dan Sooyoung memandang kearah bunyi tapak kaki yang datang kearah mereka. Terus terhenti tindakkan mereka.

Sudah! Ayah Jungkook sedang datang kearah mereka.

Terus Jungkook menolak badan Sooyoung  supaya menjauhi dirinya. Nasib baik sahaja Sooyoung tidak jatuh tersungkur disebabkan tindakkan Jungkook yang tiba-tiba menolaknya.

"Apa yang bising-bising ni?" soal ayah Jungkook sebaik sahaja dia tiba.

"Eh, mana ada bising" balas Jungkook.

Sooyoung menghadiahkan senyuman kekok kepada ayah Jungkook sambil mengangguk untuk meyakinkan bahawa tiada apa yang berlaku.

"Sooyoung, mandilah dulu, kau kan tetamu" kata Jungkook dengan nada yang sopan.

"Tak apalah Jungkook, kau mandilah dulu, kau kan tuan rumah" balas Sooyoung yang berunsur perlian.

"Ok, aku mandi dulu" kata Jungkook lalu segera masuk kedalam tandas.

Ayah Jungkook hanya menggeleng kepala lalu berjalan meninggalkan Sooyoung yang tercegat dihadapan tandas.

Sooyoung rasa menyesal pula, sepatutnya dia masuk sahaja ke tandas tadi.

☆☆☆☆

Pintu tandas dibuka, terserlah Jeon Jungkook yang baru selesai mandi dengan tuala yang dililit paras pinggang. Rambutnya yang basah itu membuatkan air menitik sedikit demi sedikit.

Terdapat baju kotor ditangannya, baju dipakainya semalam.

Sooyoung masih berdiri dihadapan tandas itu, dia menayangkan wajah kosong kepada Jungkook.

"Tepi, aku nak masuk" kata Sooyoung yang sedang memeluk tualanya yang berwarna oren itu.

Jungkook berjalan menuju kearah biliknya dan Sooyoung melangkah masuk kedalam tandas.

Sooyoung menyangkut tualanya di tempat penyangkut lalu dia memandang kearah cermin.

Sooyoung mengalihkan pandangannya ke sinki tandas.

Terdapat boxer merah didalam sinki itu. Tidak lain dan tidak bukan, mesti Jungkook tertinggal tadi.

Satu senyuman nakal terbit di bibirnya.

Lantas Sooyoung mengangkat boxer itu menggunakan hujung jarinya. Geli.

Lalu dia berjalan keluar dari tandas dan terus pergi kearah bilik Jungkook.

Pintu bilik lelaki itu diketuk, lalu Jungkook membuka sedikit. Kepalanya sahaja yang kelihatan. Mungkin dia tidak memakai apa-apa pakaian lagi.

"Kau nak apa?" soal Jungkook.

"Aku rasa boxer merah agak seksi untuk kau" kata Sooyoung sambil menghulurkan boxer merah itu kepada Jungkook menggunakan hujung jarinya.

Lantas Jungkook merampasnya dari Sooyoung dan terus dia menghempas pintu dengan kuat.

"Cantik boxer kau" ujar Sooyoung dari luar.

"DIAMLAH!" balas Jungkook dari dalam bilik.

TBC

Baiklah, cerita ni semakin boshan, ya ampun stress aku menulis. Bosankan, betul tak?

Weh, thanks❤
Num 1 dalam fanfiction!


‼ ATTENTION ‼

Promote!!

❤  nkhadeeja



✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now