59 | mission

28.5K 2.2K 458
                                    


LUKE MARSHALL [ POV ]

" Luke to everyone, Luke to everyone, roger. saw the target. Everybody standby, Over. " aku cuba mengikuti mak cik cleaner itu dari arah belakang. walkie talkie masih setia aku pegang untuk berkomunikasi dengan mereka yang lain dari jarak jauh. Sebenarnya tak adalah jauh sangat. Batang hidung pon boleh nampak.

" Keith to Everyone roger. Aku still tak faham kenapa kene guna walkie talkie sedangkan phone ada, over. " dan aku dapat dengar seorang Keith mengeluh. Eh suka hati aku lah idea aku. Dia tak boleh ke ikut cara kreatif aku ni ?

" Jackson to gayboys, Jackson to gayboys roger. Keadaan dekat toilet wanita masih belum aman. Need someone untuk alihkan perhatian mereka, over. " aku senyum lepas dengar apa yang Jackson cakap, terus idea baru keluar dari otak aku yang bijak ini.

" Luke to Dennis, Roger. Kau kat mana ? Cover tempat aku, aku nak alihkan perhatian diaorang. " tapi pernyataan aku tak dibalas oleh Dennis. Ha sudah mana mamat ni pergi.

" Luke to Dennis sial, roger. berani kau ponteng misi penting macam ni ?, Over. " aku geram je nak tibai budak ni. Kalau bab ponteng memang dia lah juara dari zaman sekolah lagi. Memang kalah aku dan yang lain.

" aku tengah berak lah gila. Dennis off duty over. " dan aku dapat dengar Jackson gelak bagai esok tiada. Agaknya sampai berguling. Tak ada cara lain, aku kene bagi tugas penting ni dekat Jackson. Entah boleh harap ke tidak.

" Luke to Jackson, Roger. Alihkan perhatian diaorang, aku tak dapat nak pergi sana, over . " lalu aku mula kembali mengikuti target tersebut hingga masuk ke dalam bilik yang dipenuhi locker. Mungkin ini tempat para pekerja dekat mall ni simpan barang mereka. Tak apa lah yang penting misi kene teruskan jugak.

Show time guys !

**🌙**

Jackson tengok sekeliling. Apabila keadaan sunyi di luar tandas itu. Dia mula mendekati pintu masuk toilet wanita.

" tak pernah aku buat kerja sebodoh ini. Tak guna kau Luke ! " kaki dihentak.

Sebelum dia berbuat apa-apa. Jackson mula mengambil nafas dalam-dalam. Cuba menenangkan hati yang gundah. Dia memerlukan tenaga yang cukup atau misi ini tidak akan berjaya.

1

2

3

Dia mula melangkah masuk ke dalam toilet. Muka tenang cuba dibuat-buat.

' Senakal-nakal aku pun tak pernah terjah toilet perempuan ' katanya dalam hati.

" AHHHHHHH !!!!! PEROGOL !!!!!! " bila mata Jackson bertembung sahaja dengan seorang perempuan yang berada di dalam toilet itu, perempuan itu mula menjerit dan memukulnya dengan handbag.

Perbuatan tersebut telah mengundang perhatian perempuan yang lain dan habis semua mata wanita yang berada di dalam toilet itu mula terarah kepadanya.

Dan toilet hampir sahaja mahu runtuh dengan jeritan mereka semua. Tak cukup dengan itu, para wanita itu mula mencampakkan segala barang dari dalam handbag mereka ke arah Jackson.

Jackson mulakan misi dengan mula berlari keluar dan wanita-wanita tersebut sudah mula keluar mengejarnya.

Sambil berlari, dia mengeluarkan walkie talkie nya.

" Jackson to gayboys, roger. misi aku dah selesai. Kalau aku mati, tolong baca wasiat yang dah aku tulis bawah bantal bilik aku. Aku just nak ada orang tengok-tengokkan katak aku dalam aquarium. Tu ikan berkaki aku dulu yang entah macam mana berubah jadi katak tapi aku sayang dia. Selamat tinggal duniaaaa " belum sempat pun dia habiskan ayatnya, Kedengaran suara Jackson menjerit dan bunyi deruan angin sangat kuat tanda dia sedang berlari sekuat hati.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now