45 | truth

44.7K 3.4K 300
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Aku lihat jarak diantara kereta yang aku naiki dengan rumah Elice semakin lama semakin menjauh. Kenderaan empat roda ini laju membahagi jalan raya. Dalam hati aku tidak putus-putus berdoa agar Rafael dan yang lain tunjukkan diri dan selamatkan aku.

Aku takut.

Suasana di dalam kereta ini yang memuatkan aku, si penculik tadi dan seorang driver pada ketika ini sangat sunyi. Tiada siapa yang membuka mulut. Aku juga sangat gentar untuk memulakan bicara. Takut-takut pisau yang berada di tepi pinggang aku ini akan beralih arah. Lagi pula, aku tak bodoh untuk tidak nampak yang lelaki-lelaki bersut hitam tadi lengkap bersenjata api. Jadi, tidak mustahil untuk lelaki di sebelah aku ini mempunyainya juga.

dalam kesunyian malam. Ruang diisi dengan bunyi deringan telefon si penculik. Sebelum dia mengangkat telefon, kedudukan dia dengan aku mulai dirapatkan. Takut-takut aku membuat percubaan untuk melarikan diri apabila dia sedang bercakap dengan seseorang di talian.

Mana mungkin aku boleh lari ! Di belakang kami masih ada dua kereta lagi yang membontoti. Masih ramai konco-konco si penculik ini yang akan memerhati setiap gerak-geri aku.

" khuncāy, ćhan samarth lakpha taw peahmay dí ( tuan, saya dah dapat culik target kita ) "

Terus keras kejung badan aku apabila mendengar si penculik ini bertutur dalam bahasa Thailand. Jangan cakap yang aku kena culik untuk dikerat-kerat atau diculik untuk menjadi pengemis buat mereka ?! Kerana orang di sana sering kali datang ke Malaysia untuk menculik budak-budak atau remaja untuk menjadi si pencari rezeki buat mereka yang malas bekerja ! Dasar binatang !

Air mata yang sudah kering tadi kembali mengalir. Sumpah aku takut. Saat ini muka mama terpancar di dalam benak fikiran ku. Aku rindukan dia !

" why did you cry ? " si penculik menyentuh muka aku, aku terus menepis laju. Jijik dengan sentuhan tangannya.

Kelakuan aku tadi membuatkan dia ketawa besar.

" save your tears darling, the game havent started yet. " dia tersenyum sinis.

Aku perhatikan dia dengan perasaan yang penuh benci. Entah siapa lelaki ini, tiba-tiba sahaja datang dan menculik aku.

" kau nak apa ?! " badan lelaki tadi aku tolak dengan kasar sehingga belakang badannya berlanggaran dengan pintu kereta dengan sangat kuat memandangkan tadi dia berada dekat dengan muka aku membuatkan aku tidak selesa.

" you will know soon little girl. I will let your question to be answer by your lover. But now, you need to sleep. " belum sempat aku memikirkan kata-katanya yang penuh dengan maksud tersirat itu, dia mula bertindak ganas dengan menekup mulut aku dengan sehelai kain putih.

Aku meronta-ronta supaya dia melepaskan aku. Tetapi apabila hidung aku terbau sesuatu yang melekat di kain tuala kecil itu, tenaga aku semakin lama semakin menghilang. Rontaan aku menjadi lemah.

Mata aku mulai tertutup.

tak- jangan cakap yang hidup aku akan berakhir dekat sini !

sebelum dunia aku gelap, si penculik nampak tersenyum puas.

** 🌙 **

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

" I told you to keep your eyes on her ! " mata aku mencerlung tajam ke arag dua orang lelaki yang berada di hadapan aku. Dua-dua tak boleh diharap langsung ! Sia-sia sahaja bagi gaji banyak ! Kerja senang pon tak boleh nak handle !

Belum sempat penumbuk aku sampai dekat muka mereka, Keith cepat-cepat menahan.

" don't make a scene shit head, kita dekat party orang ! " dia mengetap gigi tanda geram dengan tindakan aku yang melulu. Aku mula mengundurkan tangan . Aku tak suka ikut apa yang orang kata tapi disebabkan apa yang Keith cakap itu benda betul, terus aku berhentikan apa yang aku ingin buat.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now