58 | chase

24.3K 2.2K 347
                                    



KEITH ANDERSON LAU [ POV ]

" Luke, aku dah settle kerja aku. Kau pergi mall dekat mana ? " Aku call Luke. Entah kenapa dia lambat sikit nak pick up phone padahal dia seorang yang cepat je angkat. Lagi pelik bila dia lambat-lambat balas pertanyaan aku.

" err, dekat Horizon Mall " dengan mendengar suaranya, aku dapat agak sangat mesti ada benda yang berlaku.

" korang buat kerja gila apa pula ni ? " aku bertanya sambil mengeluh. Semestinya keputusan aku membiarkan mereka bertiga bawa Bella pergi mall adalah keputusan yang aku patut menyesal.

" tadehal la semua berjalan dengan lancar. " Luke jawab sambil ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Aku kenal dia lebih 10 tahun kot. Bau kentut dia pun aku dah cam, memang tak ada chance langsung dia nak temberang aku.

" you better tell me the truth, Luke. Or I will cut your balls. " aku mengugut.

" Bella hilang Keith! Aku tak tahu mana dia pergi ! aku tengah tengok baju-baju kat sini nak suruh dia try tapi bila aku tengok sekeliling dia dah hilang ! aku tak tahu nak buat apa ! aku kene call bomba ke apa ni ? aduh panic " Luke cakap dengan laju. Nampak sangat dia panic. Aku dah agak dah mesti ada je masalah jadi.

" kau tiga orang tak boleh jaga sorang ke aduh. Tunggu aku kat situ, aku dah on the way dah pun. Jangan nak call bomba ke police ke pilot ke tak payah. Tunggu aku je. " aku end call dan tekan pedal minyak lalu kereta bergerak makin laju.

**🌙**

Dari jauh aku dah nampak tiga orang lelaki yang nampak gelabah macam hilang bini. Aku segera parking kereta dekat tempat parking OKU which is Orang Kuat Usaha. Lantak la nak saman ke apa aku tengah urgent sangat ni.

Segera turun dan mendekati mereka. Belum sempat ketiga-tiga lelaki itu berkata-kata kaki aku dah selamat mendarat dekat tempat dimana terletaknya burung mereka.

" macam mana boleh hilang sial kau tiga orang kira dah mampu sangat kalau nak jaga dia sorang itu pun susah ke aduh. " aku dah naik angin. Lantak la orang sekeliling nak cakap apa. Don't mess with the angry Keith !

" ampun Keith ampun. Babi kau sepak dekat aset bernilai aku. Kau nak aku jadi mandul ke apa sial. " Dennis mengaduh. Jackson dah berguling. Luke tiba-tiba jadi bisu.

" dah jom cari dia " aku mendahului perjalanan ke pintu masuk diikuti mereka.

" kita orang dah cari satu mall dah wei tapi tak jumpa. " kata-kata Jackson memberhentikan langkah aku. Aku dah mula risau dan penyakit panic Luke berjangkit dekat aku. Should I call police ?

Tapi tak sempat aku nak call police, satu nombor yang selalu call aku dari zaman sekolah lagi mula muncul di screen telephone. Aku tekan butang hijau dengan segera dan menjawab panggilan.

" Tandas perempuan, tingkat 2, tepi butik Calvin Klein. Sebelum tu, jumpa aku dulu. " suara garau itu menyapa dan selepas menghabiskan ayatnya, panggilan di matikan.

Dan aku segera berlari. Tiga orang lelaki di belakang dah mula bingung dan ikut sama berlari. Orang sekeliling dah mula angkat phone ambik video kitaorang sebab ingat yang aku dan yang lain tengah shooting program running man. Lantak kau la makcik bawang.

" Keith kau nak pergi mana ni.  ? " Luke di belakang bertanya dengan tercungap-cungap cuba mengejar langkah aku. Jackson dah hilang dari radar dan aku nampak Dennis berhenti dekat Tealive beli bang bang milk tea.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now