30 | dating

59.3K 3.9K 300
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" Bella ? Kau okay ke tak ? " Dennis melambai-lambai tangannya di hadapan muka aku. Tertanya-tanya mungkin kenapa aku terkaku.

Aku kelip mata tiga kali. Sakit pula bila mata terbuka luas selama tiga minit ni. Masuk habuk woi. Aku geyeh mata aku dan berdehem. Aku tersengih dan mula meraih sebuah pelukan dengan mama Rafael. Macam biasa lah kan, kita laga-lagakan pipi, kiss sana kiss sini.

" masuk lah " mama Rafael atau Aunty Mel menjemput aku dan Dennis masuk. Dia membuka luas pintu tersebut untuk memberi ruang kepada kami.

" Chloe ! Look who's here ! " Aunty Mel tiba-tiba sahaja menjerit. Lalu, seorang budak perempuan yang memakai tshirt lengan pendek berjalur merah jambu dan putih beserta skirt, turun dari tangga.

Okay aku blur.

Aku siku Dennis yang berada di tepi aku. Dia sudah pun makan tanpa perlu dipelawa. Dah hampir separuh pinggan kau tahu tak ?! Pelahap betul !

Dia tersedak disebabkan tindakan aku dan cepat-cepat rembat kotak air susu yang berada di atas meja lalu meneguknya dengan rakus. Padan muka !

" apsal siku aku tiba-tiba ? Tadi aku hampir kene serangan jantung sebab kau terkejutkan aku. Sekarang kau siku aku sampai aku tersedak. Kau nak aku mati awal ke Bell ? " Dennis membebel. Sekarang tak tahu nak rasa bersalah ke nak gelak hehe.

" Budak perempuan tu siapa ? " aku berbisik sambil jari telunjuk terarah kepada budak perempuan tersebut.

" tu adik tiri Rafael la. Aunty Mel tu pula mak tiri Rafael. Sekarang dah terjawab semua persoalan kau ? " Dennis menjelaskan dengan cepat lalu kembali menyuap meatball ke dalam mulutnya.

Jadi selama ni Rafael memang tak tipu aku. Haritu memang aku dan dia pergi melawat kubur mama dia dan haritu dia memang tengah video call dengan mama dia. Bezanya satu mak kandung dan satu mak tiri. Okay sekarang aku dah faham.

" Dennis big guy ! I miss you ! " Chloe lari turun dari tangga setelah nampak muka Dennis. Dengan senyuman yang lebar dia berlari-lari dan selepas itu memeluk kaki Dennis.

" I miss you too kid. You good ? " Dennis peluk dia balik. Lalu mereka membuat shake hand dan bertepuk bertampar dengan gayanya. Aku tersengih. Aku tak tahu pula Dennis boleh masuk air dengan budak. Nampak macam rapat sahaja.

" not so good because you're not there with me. " lahai budak. Comel je. Geram nak cubit pipi tu. Sama cantik macam mak dia.

" alololo sian dia. Here ! I bring a friend with me. Your soon kakak ipar to be. " Dennis menyakat. Dia menyuruh Chloe datang dan memeluk aku juga. Dennis ni memang nak kena dengan aku ! Dia tak nampak ke Aunty Mel tengah perhati drama tak berbayar ni ? Nanti apa pula yang dia fikir !

" really ?! Im going to have a big sister ?! She can play barbie doll with me everyday! I dont need to drag Rafael anymore." Chloe datang dan peluk kaki aku pula dengan gembiranya. Aku usap rambutnya yang lembut itu sambil tersengih. Serious aku suka budak ni.

" pehal bising-bising ni ? " Rafael turun dari tangga dengan memakai baju tanpa lengan dan seluar pendek. Rambutnya yang serabut dan mukanya yang agak sembam jelas mengatakan bahawa dia baru sahaja bangun daripada tidur. Dah siang baru kau bangun ? Dia ni kene gantung sekolah relax je.

" Abang ! Kakak ipar is here ! " Chloe melompat-lompat gembira. Dia menarik tangan aku supaya pergi dekat dengan Rafael. Aku dah garu kepala. Tak tahu nak buat apa. Taguna Dennis!  boleh pula dia sambung makan. Dia tak tahu ke yang aku tengah malu tahap gaban ni ?!

Tetapi sekarang, aku terfokus pada Badan Rafael yang lebam dan ada luka itu. Ini kesan dia gaduh dengan Keith lah ni ! Teruk jugak ! Macam biasa, Rafael memang tak pernah nak rawat luka sendiri dan lebih suka membiarkannya. Darah beku pon ada lagi. Aku geram je nak ceramah dekat dia ni sekarang.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now