56 | Quit

33.9K 2.2K 293
                                    

JACKSON [ POV ]

Aku tiba-tiba sahaja tersedar dari tidur yang lena sebab rasa nak kencing. Perlahan-lahan aku geliat dan menggeyeh mata. Rasa macam sakit belakang pula sebab dah tertidur dekat atas sofa.

Aku tengok Dennis yang masih tidur di sofa sebelah aku. Nyenyak betul dia tidur, aku malas nak kacau. Aku segera bangun dan ingin melangkah menuju ke tandas.

Sebelum itu aku capai alat kawalan jauh untuk Menutup TV. Aku tertidur dan langsung tak sempat tutup TV semalam. Sepatutnya aku tengok UFC sampai habis.

Wait..

SHIT UFC SEMALAM AKU TAK TENGOK SAMPAI HABIS.

" Bodoh la dah lah perlawanan epik aku terlepas " aku merengus dan kemudian mencari di mana terletaknya telefon aku.

Aku nak tahu siapa menang. Sebab perlawanan kali ini sengit gila. Aku tahu Rafael kuat dan mampu kalahkan lawan dia tapi Hudson Mcgregor ni bukan calang-calang orang untuk dia kalahkan.

Password tak pelu di tekan hanya tayang muka kau yang handsome ini dan Boom ! Screen unlock.

Aku tekan news untuk harini dan tak perlu susah-susah scroll ke bawah sebab berita pasal Rafael sudah berada di carta teratas.

Undefeated Champion Rafael Adrean Sullivan wins against Hudson Mcgregor in Abu Dhabi

Hudson's night of shame

Rafael remained undefeated

Aku senyum. Aku tak patut ragu-ragu dengan lelaki ini. Dia tahu macam mana nak handle pihak lawan. Aku segera letak phone di atas meja dan berlari ke tandas.

Nak kencing.

Selepas 5 minit, dah siap.

Aku terus pergi dekat ruang tamu. Si Dennis masih tidur mati. Hari ini aku tak kerja jadi boleh bermalas-malasan di rumah sambil tengok TV dan workout.

Alat kawalan jauh dicapai kembali dan butang ON di tekan. Buka-buka sahaja TV, muka Rafael dah terpampang disitu. Okay nice, jodoh aku dengan dia tersangat kuat.

So, sekarang aku tengah tengok rancangan sesi temu bual Rafael. Biasalah bila menang memang ramai orang Nak interview. Dah masuk TV dah kawan aku ni, bangga betul.

Tapi dalam masa yang sama aku rasa pelik. Mamat ni tak pernah terima tawaran nak masuk TV dalam program macam ni. Dia selalu cakap yang benda ni leceh dan useless. Buang masa saja katanya. Dia dah reject banyak stesen TV dan juga rancangan yang ingin menemu bualnya.

Kenapa kali ini muncul pula muka dia di kaca TV ? Siaran langsung dari Abu Dhabi pula itu.

Ah Jackson, berhenti dengan overthinking kau.

Aku kembali focus pada siaran di TV. Ramai orang yang datang semata-mata nak tengok Rafael. Perempuan dan lelaki sama ramai. Aku tahu yang lelaki pasti jadikan Rafael idola tapi yang perempuan sebaliknya.

What ? Rafael handsome dan berbakat ? Siapa yang tak nak ? Lagi pula, dia tak pernah umum dekat media yang dia dah berpunya ke apa ke.

Tapi aku tahu dia dah simpan hati dia untuk seseorang.

Kalini ada sesi question and answer. Pengacara rancangan tu tanya pada audience siapa nak jadi volunteer untuk tanya soalan pada Rafael dan ternyata hampir kesemua orang disitu angkat tangan.

Is He a celebrity or an athlete hah ?

Rafael nampak hanya diam dan tenang. Nampak cold seperti biasa tapi sedikit friendly. Sikit sahaja. Maksud aku, Muka dia nampak tak adalah tegang sangat seperti selalu namun Senyuman langsung tak menghiasi wajahnya.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now