21 | soft

55.9K 3.6K 341
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" kau culik aku semata-mata nak tanya aku bunga apa yang perempuan suka ? " aku tengok mata Rafael dalam-dalam. Tak pasti dia ni serious ataupun tengah melawak. Sekarang kami berada di sebuah kedai bunga.

Heaven Of Flowers

" jawab sajalah. Lebih cepat kita selesaikan perkara ni lebih cepat kau dan aku pergi balik sekolah semula " demand punya kepala batu. Suka hati je nak arah aku tak tentu pasal !

" ha yelah yelah. Mama aku suka bunga rose yang warna putih tu. " jari telunjuk aku diarahkan pada pasu yang terletaknya bunga rose putih ditanam.

" kau suka bunga apa ? " dia menggaru pelipisnya sebelum bertanya aku kembali.

" aku tak suka bunga. I prefer chocolate instead of flowers. " ucap aku sambil tersengih. Siapa je yang tak suka chocolate?

Oh lupa, Rafael tak suka.

" kau nak bagi hadiah dekat awek ke ? " disebabkan aku tertanya-tanya sangat, terlepas soalan ini dari mulut aku.

Rafael hanya diam. Dia segera memanggil kakak pekerja yang berada disitu untuk menguruskan bunga yang ingin dibelinya. Kakak tersebut dari tadi usha Rafael dari atas sampai bawah. Muka dia macam nak terkam Rafael sahaja aku tengok. Horny semacam.

Fuh rosak anak muda sekarang.

" tadi kau cakap kita nak balik sekolah balik ? Tapi Kau cakap nak ponteng seharian ? " pertanyaan aku membuatkan Rafael tersengih sinis. Entah apa yang mamat ni fikir pun aku tak tahu.

" kau nak luangkan masa dengan aku sepanjang hari ke ? " dia mendekatkan mukanya pada muka aku. Dan waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa lajunya jantung aku berdegup. Pipi terasa berbahang seketika. Dia ni memang suka menyakat.

Aku menolak dahinya supaya jarak muka kami berjauhan menggunakan jari runcing aku. Kakak tadi dah mula berdehem. Cemburu mungkin.

Rafael gelak sebelum menjawab pertanyaan aku. " kau patut tengok muka cuak kau tadi. Serious macam ayam nak beranak ! " dia memegang perutnya. Walaupun kene bahan teruk dengan Rafael, tapi aku suka tengok dia gelak macam ni. Tak adalah muka ketat je sepanjang masa.

" tapi ayam bertelur "

" suka hati aku lah nak cakap apa pun " dia menjelirkan lidah dia sedikit kepada aku. Tak guna ! Aku kepal tangan aku menjadi penumbuk lalu halakan pada mukanya. Dia mengangkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah.

" Dennis message aku tadi, dia cakap pukul satu petang nanti ada perjumpaan rumah sukan untuk preparation Sukan Tahunan Sekolah Minggu depan. " jelasnya. Aku melihat jam yang tergantung di dinding kedai ini. Baru pukul 11:45.

Apabila bunga siap dipotong dan dibungkus menjadi bouquet, Rafael pergi membuat pembayaran di kaunter. Percaya atau tidak harga bunga tersebut ialah RM169 ringgit ?! Dude, aku rela beli makanan daripada beli benda ni ! Who's with me ?

Sebelum kami keluar dari kedai, sempat lagi kakak kedai bunga tu kenyit mata kepada Rafael namun ianya dibalas dengan jelingan maut. Bapak savage HAHA! terus kecut muka kakak tu. Itulah menggatal lagi ! Ini Rafael si ice prince la.

" So, where are we going now ? "

" meeting someone special " jawab dia ringkas namun sudah mampu untuk buat aku rasa sedikit kecewa tapi aku cepat-crpat tolak perasaan tu ke tepi.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now