10 | punishment

72.4K 4.2K 595
                                    

KEITH ANDERSON LAU [ POV ]

Sekarang, aku dengan yang lain tengah berdiri depan meja Sir Alex. Sudah lupa kah anda bahawa kami dipanggil selepas sesi pembelajaran tamat ? Ya, dia nak start membebel, kasi ceramah motivasi sikit dan last sekali denda.

aku menguap tanda bosan. Bukan apa, dah lali dengan semua benda ni.

Jackson relax seperti biasa. Luke lek lek seperti biasa. Keith santai seperti biasa. Dennis chill seperti biasa dan Rafael pula beku seperti biasa.

Kami berlima dah boleh bagi anugerah pelajar contoh tak baik. Setiap minggu, ada je buat hal dan yang pasti, cikgu akan ambil tindakan. Lagi pula memang dah masak sangat dengan Sir Alex ni. First, dia akan report dekat papa kami semua. Second, dia akan bagi denda and third, dia akan letak nama kami dalam senarai budak bermasalah lalu tampal dekat papan kenyataan.

Nak cakap bermasalah, kami tak adalah banyak masalah. Cuma nakal sikit suka sakat-sakat orang lagi-lagi kalau cikgu. Orang cakap zaman sekolah ni lah nak enjoy buat macam-macam. Nanti dah tua ada cerita nak bagitahu cucu.

Aku tersengih sendiri. Amboi sampai ke cucu dah fikir.

" kau kenapa ? Gila ? " Rafael tengok aku pelik. Aku malas nak layan. Sengih salah, nangis salah.

bila fikir balik, memang aku akui kami berlima nakal tapi nakal kami ada batasnya. Tiadalah sampai membuli, tekap orang sana sini dengan setareka, melibatkan nyawa atau apa-apa benda yang sangat berbahaya. Tambahan pula, pencapaian kami dalam akademik sangat baik dan menjadi kebanggaan sekolah. Jadi, tidak hairan lah kami masih disini. Tenang bersekolah dengan aman kah kah

Aku menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulut Sir Alex. Apa pula denda yang dia akan bagi kali ini ? Cabut rumput ? Tanam pokok bunga ? Kutip sampah keliling sekolah ? Susun buku dekat library ? Basuh kereta dia ? Masuk detention room ? Buat latihan satu buku ?

Aku ada senarai jenis-jenis denda yang pernah kami lalui. Kena bagi pujian dekat Sir Alex sebab denda-denda dia tak pernah boring. Ada je cara dia nak kenakan kami balik. Sangat mencabar dan kami memang pantang dicabar.

Aku melihat Luke sudah menguap besar. Jackson sudah mula korek hidung lalu menjentiknya ke arah Dennis manakala Rafael tetap menjadi Rafael.

Sesungguhnya aku akan mati kebosanan di sini. Sir Alex hanya renung kami dengan mukanya yang jelas nak naik hantu.

" rase gane dapat rapah kaseh orang ? Sedak ork rapah kaseh orang ? Sedak ork ? Curi kebahagian orang. Tapi mu kene ingat natang, mu curi kebahagian orang, mu dok akan kekal lame "
Sir Alex marah dan aku terkejut beruk.

Apa dia merepek ni ?

" bangun odo " Dennis jentik telinga aku dan aku kembali sedar.

Lah mimpi rupanya. Sir alex baru je nak membebel.

" I told you so many times to behave but you guys keep on repeating the same mistake and don't even bother to follow the rules also act like they never exist. Setiap minggu ada sahaja masalah timbul. Dah memang ready nak kene buang sekolah ke ? You think I don't have the power to do so ? Just because you guys have good grades and your fathers contribute so many things to this school, doesn't give you the right to act all high and mighty. Keluhan Sir Alex jelas kedengaran. Dia sempat menjeling kami dengan sangat tajam.

" cuti sabtu dan Ahad ni jangan harap nak lepak dekat mall or main game ! Aku ada special event untuk korang. " Sir Alex mula tersenyum sumbing. Ya, dia berjaya membuat kami melepaskan satu keluhan yang berat.

Dude, siapa suka hari cuti diganggu ? Kalau nak denda sekali pun jangan libatkan hari cuti ! Aku dah cadang nak tengok porn dengan Dennis sambil makan kismis !

Gurau je sia hagaga. Aku dengan Dennis dah cadang nak pergi tengok movie sambil makan angin cuti ni. Maklum lah, single. Enjoy cuti dengan member je.

Sir ni memang kill joy betul urgh. Aku mula menunjukkan muka tak puas hati. Jackson usah kata, memang dah buat muka cemberut dia. Memang paling dia pantang kalau orang kacau hari cuti dia. Aku dan yang lain pown sama.

Tiba-tiba pintu bilik Sir Alex terbuka. Terpacak tubuh Kecil Bella membawa beberapa buku tulis. Dia nampak tengah betul-betul struggle pegang buku tu semua. Maklum lah, bukunya banyak, tangannya ketot. Aku tergelak seorang diri.

" ini buku yang Sir Alex minta tadi. " kata Bella sambil merenung muka-muka aku, Dennis, Luke, Rafael dan Jackson silih berganti. Terdapat tanda soal dimukanya.

" semua orang dah hantar buku ? " pandangan Sir Alex beralih pada Bella.

" tak cikgu, ada lima orang yang tak hantar " jawab Bella. Aku macam dapat rasakan yang lima orang tak hantar buku tu orang-orang yang aku kenal.

" siapa ? "

" Keith, Luke, Rafael, Dennis dan Jackson, Sir "

Bingo ! jejaka-jejaka kacak sekolah ni.

Sir Alex dah mula naik berang. Dia melihat kami dengan api kemarahan yang makin membuak-buak. Aku memberi isyarat kepada Dennis agar menghidupkan aircond bilik itu secepat mungkin memandangkan alat kawalan jauh berada di dinding berdekatan dengannya. Kasi sejuk sikit hehe. Api kemarahan Sir Alex dah buat bilik ni panas membahang.

" korang hari jumaat ni lepas kelas bertolak pergi balik kampung nenda terus ! Dah lama tak balik kan ? Ha, elok lah kalau semua duduk situh. Tolong basuh tangga rumah yang banyak dengan taik ayam,  jemur kain, memancing, toreh getah dan panjat pokok durian. tolong nenda ya ? Kesian nenda rindu dekat cucu-cucu kesayangan dia ni kan ? "

Tak, please jangan cakap dia serious!

Bukan tak suka balik kampung atau tak suka nenda tapi aku baru je nak santai-santai cuti ni sebab tak ada extra class dekat rumah.

Nenda ni nenek Rafael. Disebabkan kami berlima memang rapat dan bapak kami berlima memang rapat macam isi dengan kuku juga, maka keluar lah istilah mama aku, mama diaorang juga, nenek diaorang, nenek aku juga dan adik beradik diaorang, adik beradik aku juga.

Ya, kami dah jadi macam satu family. Parents aku pown tak kesah kalau aku tidur rumah Dennis or yang lain. Sebab apa ? They know each other.

Boleh nampak muka yang lain dah frust menunggeng. Muka paling frust ialah muka Luke. Jelas dia tengah ketap gigi kuat-kuat. Keningnya berkerut-kerut.

Dia tengah tahan berak ke apa ni ?

" Sir ! " Luke menjerit membuatkan semua mata di dalam bilik itu memandangnya.

" saya rasa macam nak berak " selorohnya dengan tergesa-gesa.

Heh Betul lah sangkaan aku. Tak senonoh punya budak !

Sir Alex buat muka jijik lalu mengangguk dan membenarkan Luke keluar dari bilik itu. Tanpa banyak bunyi Luke terus berlari ke arah pintu dan keluar dari bilik. Sah, dia ni mesti pergi tandas yang berdekatan.

Guna tandas cikgu ah tu. Sebab tandas cikgu je yang dekat dengan bilik ni. Kalau tandas pelajar pula ada dekat tingkat bawah sekali. Mati hidup balik pown Luke takkan guna tandas pelajar. For your information, budak ni memang suka guna tandas cikgu senyap-senyap. Sebab tandas cikgu sangat indah dan ada aircond.

" back to the topic, korang pergi sana biar aku yang hantar dan balik pula aku yang ambil. Jangan memandai nak buat keputusan sendiri. Ini denda korang. Pandai buat, pandai tanggung. " amaran keras diberi. Well, kami tak makan saman lah hehe. Kami makan pizzas. So, tak kesah.

" Bella jugak kene ikut. Jangan lupa, kamu juga dah langgar rules sekolah sampai nama kamu naik dua kali dekat senarai detention room walaupun baru je dua hari start sekolah " Sir Alex menunjukkan jarinya ke arah Bella.

Pandan muka, kau pun kena sekali ! HAAHHAHAHAHA

Aku dah gelak macam beruk sebab muka dia berubah terus! Nasib kau lah Bella. Aku dah fikir idea nak buli dia.

Dan yeah, hari cuti kami akan diiisi di kampung halaman nenda.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now