42 | melting

47.9K 3.6K 217
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Hari terasa sangat indah bila bangun sahaja dapat dengar suara mama. Yang tak indahnya bila dia terpekik dari dapur menyuruh aku bangun sebab sekarang aku dah lewat gila untuk ke sekolah.

Dengan sepantas yang boleh, aku cuba siapkan diri. Selepas itu, aku turun ke bawah untuk menjamah sarapan pagi yang mama dah sediakan. Lepas cium pipi dia, terus aku berlari ke sekolah sebab lagi sepuluh minit lagi pagar sekolah akan ditutup. Walau aku tahu kalau aku lari selaju kilat sekalipun, aku tetap akan sampai waktu pagar sekolah tutup, tapi aku tetap mencuba.

Tapi tak sampai beberapa langkah, bunyi enjin motor berkuasa tinggi menjamah telinga aku sejurus itu mematikan langkah aku. Seorang pelajar lelaki yang berpakaian seragam hitam memberhentikan motornya betul-betul di hadapan aku.

Aku masih tak puas hati daripada chapter pertama lagi yang mamat ni dengan empat ekor lagi sahabat dia boleh pakai seragam hitam. Like what ? Kalau kotor pun tak nampak ! Aku ini hari-hari balik rumah kena cuci pakaian seragam sekolah balik sebab warna putih. Kena pen terus nampak kesan. Leceh !

Rafael buka helmet hitam yang berada di kepalanya dan menghulurkan kepada aku.

" Be quick minion, pagar sekolah dah nak tutup. " arahnya.

Entah macam mana dia tahu aku bangun lewat hari ini. Tiba-tiba sahaja datang. Aku dah cakap, mamat ni pelik.

Aku terus pakai helmet yang dia bagi dan naik motor tersebut, terus dia bawa superbike dia laju menuju ke sekolah.

Sampai sahaja betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah, dua orang pengawas lelaki sudahpun tarik pagar sebab masa dah tamat. Nampak gaya macam senior sebab dia orang pakai name tag warna merah yang dikhaskan untuk pelajar tingkatan lima.

Pengawas lelaki itu tak menghiraukan kehadiran kami berdua, macam aku dan Rafael tak wujud. Tapi tak boleh salahkan mereka sebab mereka hanya jalankan tugas mereka sebagai pengawas sekolah.

Aku dah agak dah, mesti tak sempat sampai !

" kenapa tarik gate ? Tak nampak ke aku tak masuk lagi ? " Rafael tahan pagar daripada terkatup rapat. Pengawas itu merenungnya dengan tajam kerana bengang yang Rafael dah menyulitkan kerja dia di pagi hari yang indah.

" bro, kau tak pernah baca peraturan sekolah ke ? Pukul 7:30, pintu pagar utama sekolah dah kena tutup lah. " ucapnya sedikit lantang.

" you're wrong smartass. Masih ada dua minit sebelum pukul 7:30 pagi bermakna aku masih belum terlambat. " Rafael tolak pagar tersebut dengan kasar sehingga pagar tersebut terbuka luas lalu berlanggar dengan besi. Terhinjut bahu aku sebab terkejut dengan bunyi langgaran besi yang kuat, pengawas tadi pun sama-sama cuak. Mungkin tak menyangka yang Rafael akan bertindak sedemikian.

" kau yang patut baca peraturan sekolah. " jelingan tajam Rafael membuatkan dua orang pengawas itu menikus, takut.

" Sorry, kawan aku tersalah tengok jarum jam kot. Masuk lah ! " kawannya yang setia berdiri di sebelahnya tadi segera mengheret sahabatnya pergi dari situ, meninggalkan aku yang tengah terkebil-kebil dan Rafael yang tengah tersenyum sinis.

" jom la masuk kelas. " dia heret aku terus menuju ke tingkat atas di mana kelas kami terletak.

" betul ke kita tak lewat tadi ?" Tanya aku setelah soalan tadi asyik bermain-main di dalam otak.

" tak lah, kau dan aku dah lewat lima minit dah pun " selamba badak Rafael jawab membuatkan aku ternganga. Kesian betul dekat pengawas dua orang tadi dah kene tipu dengan Rafael ni !

" jangan salahkan aku, diaorang yang tak pakai jam. Main teka sahaja pukul berapa. " aku tengok Rafael atas dan bawah dengan muka takjub. Mamat ni memang tajam betul penglihatan dia ! Aku pun tak perasaan yang pengawas dua orang tadi tak pakai jam. Patutlah terus percaya bulat-bulat kata-kata Rafael tadi.

" jadi kau ambil kesempatan ? " aku angkat kening.

" bingo. " dia memetik jari, selamba.

Aku ternganga lagi, terasa bagai rahang aku dah longgar. Sesungguhnya lelaki yang bernama Rafael Adrean ini memang susah untuk dijangka.

" what ? We need to think about our own happiness. Mama aku ajar, kita kena pentingkan diri sendiri sekali sekala. "

" tapi mama aku ajar, tak baik menipu. " kata aku lalu mengundang senyuman di bibir Rafael, kali ini nampak ikhlas. Mungkin terhibur dengan ayat aku yang membidas padu kata-katanya tadi.

" banyak cakap lah kau, cepat lah jalan. Cikgu dah nak masuk kelas ni. " dia mempercepatkan langkahnya. Aku sudah terkocoh-kocoh mengikut dari belakang.

" Sejak bila kau berminat nak masuk kelas awal ni ? " sempat aku menyindir dia lagi. ialah, dia ni selalunya masuk kelas lepas rehat atau pun selepas dua masa habis di waktu pagi. Tak pernah nak tepat. Kalau masuk awal pun, mesti akan balik awal.

Sekolah ini bagai tempat permainan dia. Tapi yang buat aku sakit hati ialah macam mana dia boleh jadi bijak tahap cipanzi. Habis semua ranking nombor satu dia bolot. Entah lah, maybe dia jenis work in silence. Orang nampak dia main-main sahaja di sekolah tapi tak bermakna dia tak sentuh buku di rumah kan ?

Aku pernah dengar pepatah melayu yang mengatakan ' jangan pernah percaya kawan kau bila dia cakap dia tak study lagi '

Soalan aku tergantung sepi sehinggalah kami sampai betul-betul di hadapan pintu kelas. Dia tiba-tiba memusingkan badannya menghadap aku. Dagu aku ditarik ke atas membuatkan aku terdongak memandangnya.

" sejak kau hadir dalam hidup aku ". Lalu tangannya mencubit pipi aku. Dia gelak.

Ka—kau..

**🌙**

Tengah sibuk kemas buku dan alat tulis yang dah berselerak atas meja untuk masuk ke dalam beg, tiba-tiba Elice yang merupakan penolong kelas 4 Beta berjalan dan kemudian berdiri betul-betul di hadapan kelas lalu berdehem kuat sehingga mata kami semua tertumpu ke arahnya.

" I need your attention for a moment. Malam ini, dekat rumah aku ada buat party sebab parents aku outstation. So, semua dijemput hadir ! " dengan itu semua pelajar kelas aku bersorak bagai orang gila. Sarah juga dah melalak sambil terlompat-lompat.

" kenapa semua orang bersorak macam monyet ni ? " kata aku perlahan sambil mencebik.

" Babe, siapa tak excited ?! Semua orang tahu yang party dekat rumah Elice ialah party paling gempak di dunia ni ! " Ucap Sarah dengan bersungguh-sungguh. Aku gelakkan diri sendiri. Tak, aku tak pernah pergi ke mana-mana party. Patutlah aku tak rasa teruja macam mereka.

" gempak sangat ke ? " soal aku ingin tahu.

" kau patut datang dan kau akan tahu jawapannya ! " dia goncang-goncang badan aku.

" okey, tengoklah macam mana. Nanti aku message kau. " jawab aku masih tak pasti. Mungkin aku patut cuba pergi ?

" jangan tak datang pula ! Okay aku gerak dulu, nak terus pergi boutique cari dress untuk malam ni " Sarah pikul beg dia dan kemudian melambai-lambaikan tangannya ke arah aku sebelum keluar dari kelas.

Heh, orang kaya. Senang sahaja hidupnya. Aku ini, entah apa yang patut aku pakai untuk malam ni. Tak kan nak beli baru ? Berat hati pula nak minta mama duit semata-mata nak beli dress untuk malam ni.

" kau pergi ke malam ni Tinker Bell ? " Luke menegur aku dari belakang.

" mungkin. " aku angkat bahu.

" seorang sahaja ? " kali ini Dennis datang pula diikuti dengan Keith. Jackson masih belum hadir ke sekolah.

" Of course I won't go alone. I shall take Sarah with me. " gila lah aku kalau nak pergi seorang diri. Sudah lah ini kali pertama !

" No. " suara garau milik Rafael berbunyi dari arah belakang aku. Betul-betul di cuping telinga aku

" you will take me " kedua belah tangannya di tongkat pada meja aku dan kedudukan kami seakan-akan Rafael sedang memeluk aku dari belakang.

Tidak semena, degupan jantung aku kuat berbunyi.

**🌙**

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now