"Weh, tolong masakkan pancake tu, aku dah buat adunan dia, ada dalam mangkuk tu" pinta Sooyoung sambil tangannya sibuk membasuh pinggan yang ditinggalnya malam semalam.

Jungkook tidak menjawab sebaiknya dia hanya berjalan menuju kearah dapur untuk memasak pancake itu.

☆☆☆☆

"Lapisan struktur bumi ada berapa?" soal Sooyoung sambil mengunyah pancake yang dituang dengan madu.

"Mana lah aku tahu, weh! aku nak sikit" kata Jimin sambil cuba mengambil pancake itu sedikit.

Lantas Sooyoung menampar tangan Jimin

"Tak boleh, jawab dulu sampai betul, baru boleh sarapan" balas Sooyoung.

"Apahal Haesoo dah boleh makan tapi aku tak boleh?" soal Jimin dengan tidak puas hati.

"Dia dah jawab soalan Jungkook tadi. Kau tu, satu soalan belum jawab lagi" kata Sooyoung.

Park Jimin berpeluk tubuh akibat tidak berpuas hati.

"Lapisan struktur bumi ada empat, kerak bumi, mantel, teras dalam dan teras luar" kata Sooyoung kepada Jimin.

Jimin hanya mengendahkan sahaja kata-kata gadis itu. Nak merajuk!

"ulang apa yang aku cakap tadi" kata Sooyoung.

"Err... kerak bumi, mantel, teras dalam dan teras luar" Jimin mengulanginya.

"Nah" Sooyoung menolak pinggan yang berisi pancake itu kepada Jimin.

Jimin tersenyum sumbing kearah Sooyoung.

"Tch, manja" kata Sooyoung perlahan.

Jungkook memandang kearah Sooyoung buat seketika.

☆☆☆☆

Setelah masa berlalu akhirnya tiba masa untuk Jimin dan Haesoo pulang ke rumah, memandangkan hari ini hari Ahad, esok sudah mula bersekolah.

Sooyoung dan Jungkook melambai kearah kereta milik Haesoo dan Jimin sebelum mereka berdua bergerak pulang ke rumah.

Setelah kelibat kereta itu sudah tidak kelihatan lantas Jungkook dan Sooyoung terduduk diatas tanah.

"kepala aku sakit, beb" kata Jungkook sambil memicit kepalanya.

"Aku rasa aku dah kena darah tinggi sebab asyik hilang sabar dengan si Jimin tu" balas Sooyoung pula.

"Eh! apa kamu berdua buat duduk atas tanah tu?!" soal ibu Jungkook yang sedang menyiram pokok bunga di laman rumah Jungkook yang terletak bersebelahan dengan rumah Sooyoung.

"Kejap ibu! kitorang tengah penat ni!" balas Jungkook pula.

Sooyoung sudah merebahkan badannya baring di atas rumput laman rumahnya.

"Oi, bangunlah setan, nak angkut barang kau masuk rumah aku pulak ni" kata Jungkook sambil menarik jari kelingking milik Sooyoung.

☆☆☆☆

"Weh, tolong ambilkan beg baju dalam bilik aku" kata Sooyoung sebelum dia memasuki tandas untuk mengambil berus gigi dan sabun.

Jungkook hanya mengangguk lalu berjalan menuju kearah bilik Sooyoung.

Sooyoung memasukkan sabun badan dan pencuci muka serta shampoo kedalam plastik untuk dibawa kerumah Jungkook.

Dan ketika itulah dia teringat sesuatu yang berada diatas katilnya. Lantas Sooyoung berlari menuju ke arah biliknya.

"JUNGKOOK JANGAN MASUK!" Teriak Sooyoung sambil berlari kearah biliknya.

Tak sempat, Jungkook sudah berada didalam biliknya.

"Pfft AHAHAHA! weh! kenapa bra kau bersepah atas katil?"

TBC

Yang pertama sekali, aku nak minta maaf sebab kebosanan fanfic ni.

Yang kedua aku nak minta maaf sebab penggunaan ayat aku yang mungkin buat korang pening sebab berbelit T-T sori gais.



✔ Tom And Jerry Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu