"Tahu, nanti hari Ahad, aku angkut barang aku pergi rumah kau" balas Sooyoung sambil mencapai alat kawalan televisyen.

"Nasib baik rumah kita sebelah-sebelah je. Kalau tak penat aku nak angkut" ujar Jungkook.

"Aku tak suruh kau angkut pun" balas Sooyoung.

Maka, bermula lah perang dunia ketiga.

"Buat apa aku nak ikut arahan kau? aku nak angkut, suka hati aku lah!" balas Jungkook.

"Serabut siot kau ni!" balas Sooyoung pula.

Baru sahaja Jungkook mahu menjawab tiba-tiba sahaja telefon milik Sooyoung berbunyi. Terpapar nama Song Haesoo pada skrin itu.

Terus terhenti pergaduhan mereka berdua.

☆☆☆☆

Kang Sooyoung meletakkan buku latihan matematik diatas meja lalu memandang kearah Jimin dan Haesoo yang sedang duduk dikerusi itu.

"Baiklah, kita mula dengan soalan senang dulu" kata Sooyoung lalu memandang kearah Jungkook.

"Nak mula dengan tajuk apa dulu ni?" soalnya kepada Jeon Jungkook.

"Lukisan berskala, sebab yang tu antara topik yang akan keluar mid-term nanti" balas Jungkook.

Sooyoung membelek buku itu untuk mencari soalan, akhirnya dia jumpa satu soalan yang sesuai untuk Jimin dan Haesoo.

Tinggi sebuah kereta ialah 1.4 meter dan diwakili oleh 4 cm pada lukisan berskala. Cari skala yang digunakan.

"Aku bagi masa 5 minit, selesaikan" kata Sooyoung.

Haesoo terus mencapai pensel dan kertas untuk mengira.

"Seriously, 5 minit tu sekejap sangatlah!" ujar Jimin kerana tidak berpuas hati.

"Soalan tu senang jelah!" balas Jungkook. Mahu sahaja dia cepuk kepala Jimin akibat banyak merungut.

Jimin mula mengira.

Setelah 5 minit berlalu Sooyoung meminta mereka berdua berhenti mengira.

"berapa jawapan dia?" soal Sooyoung.

Kedua-duanya diam. Tiada jawapan, mereka berdua buntu.

"Biar betul! soalan tu senang jelah" kata Jungkook sambil mengerutkan dahinya lalu mengambil sebatang pensel dan sehelai kertas.

"Tengok ni" ujar Jungkook lalu mula menulis.

"Tinggi kereta tu 1.4 meter, jadi tukarkan dulu kepada cm. 140 cm. Soalan kata diwakili 4 cm, maksudnya 140 cm ÷ 4 cm, dapatlah 35. Formula lukisan berskala 1:n jadi 'n' tu tukarkan kepada 35. Jawapan dia '1:35'. Bukannya susah sangat pun" terang Jungkook lalu menghempaskan pensel itu pada meja akibat geram.

"Faham tak?" soal Sooyoung kepada Jimin dan Haesoo.

Lambat-lambat mereka berdua menggeleng. Kelemahan mereka bukannya dari segi tidak tahu mengira. Tapi bila dapat soalan yang masalah panjang lebar, mereka tidak tahu untuk guna formula apa.

"Korang ni hafal formula ke tak?" soal Jungkook pula.

Sekali lagi mereka berdua menggeleng.

Jungkook berlari mendekati dinding lalu mengehentakkan kepalanya perlahan akibat stress dengan mereka berdua.

Sooyoung menggeluh perlahan lalu berkata

"Baiklah, kita akan mulakan dengan soalan basic dulu"

TBC

Weh, silakan komen dan vote supaya aku bersemangat nak update panjang macam ni.

Nak tanya, korang suka subjek apa? waktu rehat dan balik dikecualikan😂

❤❤❤

Promote

diraxmy

diraxmy

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

❤❤❤

💜  hwangtimental 💜

💜  hwangtimental 💜

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
✔ Tom And Jerry Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora