"Aku kena lapor diri."

"Lapor diri? Sebagai?"

"Doktor la, Min. Aku kan dah 6 tahun belajar medic dekat Jepun!"

"Ya ke? Congrats!"

Sumayyah hanya tersenyum.

"So, lepas ni kau Dr. Sumayyah la?"

"Maybe!" Balas Sumayyah.

Jasmine tersenyum.

🌸🌸🌸

Hazrin merenung wajah Jasmine yang sedang termenung. Sejak keguguran, isterinya banyak menghabiskan masanya dengan termenung.

"Min!" Panggil Hazrin.

Jasmine menoleh.

"Masa saya tak ada, apa sebenarnya yang dah jadi? Cerita kat saya!" Soal Hazrin.

Jasmine terpaku. Takkan la aku nak bagitahu yang Kak Irah datang? Aku tak nak aibkan Kak Irah depan adiknya sendiri.

"Tak ada apa yang saya perlu cerita. Saya jatuh, that's it. Itu je!"

"Dalam situasi macam ni pun, awak masih nak berahsia dengan saya? Please la, Min."

Jasmine serba salah. Nak bagitahu ke tak ni?

"Saya dah tanya Wani, dia cakap dia nampak awak terbaring depan tangga. Awak mesti jatuh dari tangga kan? Dan tak mungkin awak boleh jatuh tiba-tiba!"

Jasmine masih membisu. Tidak sanggup dia hendak bercerita buruk soal Hazirah meskipun wanita itu sudah berbuat macam-macam terhadapnya.

"Min, saya tanya ni!"

Jasmine memandang suaminya.

"Okey, saya bagitahu. Dua hari lepas masa Wani tak ada, Kak Irah datang rumah!" Ucap Jasmine.

Hazrin mengangguk. Dia dah agak!

"Then?"

Jasmine menarik nafas dalam.

"Dia suruh saya keluar dari rumah tu tapi, saya tak nak. Lepas tu, dia terus nak naik atas. Saya kejar dia, saya pegang tangan dia dan dia tepis tangan saya!"

"Jadi, maknanya dia la yang buatkan awak jatuh?" Soal Hazrin.

"Bukan dia, Hazrin. Saya terjatuh, salah saya sendiri." Jasmine masih mahu membela kakak iparnya.

"Sudah la, Jasmine. Awak tak perlu nak pertahankan dia lagi. Dia dah buat macam-macam pada awak, awak still nak jaga aib dia. Awak ingat dengan awak buat macam ni, dia akan sedar ke? Tak, Min. Orang macam Irah tu takkan sedar sebelum benda yang dia buat tu kena balik dekat dia!" Ujar Hazrin.

"Tapi, dia takkan berubah kalau kita balas kejahatan dia dengan kejahatan, Hazrin!" Balas Jasmine.

"Dia dah buat kita hilang anak kita, Min!"

Jasmine terdiam. Mesti sakit untuk Hazrin menerimanya. Yelah, kakak sendiri penyebab kepada kematian anaknya.

"Saya tak sangka saya ada kakak macam dia!" Ucap Hazrin perlahan.

"Hazrin, walau macam pun, dia tetap kakak awak."

Hazrin tidak membalas. Jasmine memegang tangan suaminya. Hazrin menoleh ke arah Jasmine.

"Hazrin, satu je saya nak minta pada awak." Ujar Jasmine.

"Apa dia?"

"Tolong rahsiakan pasal benda ni dari keluarga awak? Saya tak nak diorang tahu!" Pinta Jasmine.

"Min!" Hazrin tak puas hati. Kalau macam ni, makin sedap la hidup perempuan tu!

"Please!"

Hazrin menghembus nafas perlahan.

"Saya tak janji!" Hanya itu balasan Hazrin.

Jasmine mengangguk.

"Eh, semalam kawan awak tegur saya. Itu ke kawan lama awak yang awak cerita kat saya tu?" Soal Hazrin.

Jasmine tersenyum.

"Haah. Sorry, saya tunjuk gambar awak pada dia masa saya kat kampung hari tu!"

"It's okay. By the way, dia buat apa dekat sini? Bukan dia duduk Kedah ke?"

"Dia kerja kat sini sekarang, doktor dah dia!"

Hazrin angguk.

"Oh..."

"Boleh kita kenenkan Su dengan achik." Ujar Jasmine tiba-tiba.

Hazrin tersentak.

"Hish, awak ni. Sejak bila jadi matchmaker?"

Jasmine tersengih.

"Saya gurau jelah. Tapi, kalau ada jodoh tak ke mana kan? Kita aturkan la pertemuan diorang. Buatkan tu macam kebetulan!" Jasmine mulai berangan.

"Amboi! Awak ingat ni drama? Dah, tak payah nak berangan. Saya kenal achik tu macam mana. Dia paling tak suka orang aturkan hidup dia. Ini lagi nak carikan pasangan hidup? Biar la dia cari sendiri." Balas Hazrin.

"Fine!" Ucap Jasmine.

Hazrin memandang wajah Jasmine. Aik, baru sekejap tadi dia termenung. Ini dah happy pula.

"Awak dah okey ke ni?" Soal Hazrin.

Jasmine menoleh sambil melemparkan senyuman.

"Buat apa nak sedih lama-lama? Keluar air mata darah sekali pun, anak kita takkan kembali kan? So, saya redha!"

"Betul. Kita cuba lagi ya?"

Jasmine hanya mengangguk.

Seharum Bunga JasmineWhere stories live. Discover now