"Ok!" balas Haesoo sambil melambai kearah Sooyoung dan Jaehee. Setelah itu, Haesoo memasuki kedalam kereta milik ayahnya itu.

Jaehee hanya tersenyum sambil memandang kearah Sooyoung.

"Kenapa?" soal Sooyoung.

"Tak ada apa" balas Jaehee sambil tertawa kecil.

Sebenarnya dia amat kagum dengan sikap Sooyoung yang selalu mendahulukan orang lain sebelum dirinya. Bukan semua manusia sanggup berkorban.

"Eish, mula dah perangai pelik kau tu" ujar Sooyoung lalu menarik muncung kecil tanda tidak puas hati dengan Jaehee.

"Sooyoung, aku nak tanya sesuatu ni" kata Jaehee.

Sooyoung hanya mengangguk tanda dia sedia mendengar soalan daripada Jaehee.

"Kalaulah satu hari nanti, aku khianat kau. Apa yang kau akan buat?" soal Jaehee.

Sooyoung menjongketkan keningnya akibat pelik dengan soalan Jaehee itu.

"kenapa? kau nak khianat aku ke?" soal Sooyoung.

"Aku kata 'kalau'. Janganlah salah faham" balas Jaehee.

Sooyoung berfikir sejenak untuk memberikan jawapan kepada soalan Nam Jaehee tadi.

"Apa yang kau akan buat?" Jaehee mengulang soalannya.

"Aku akan bagi peluang kedua untuk kau" jawab Sooyoung.

"Kenapa?" soal Jaehee lagi.

"Kau jadi kawan aku dah dekat 5 tahun beb! Tak akanlah hanya sebab kau khianat aku sekali tu, aku nak putuskan hubungan kita" kata Sooyoung dengan nada yang agak tinggi bermaksud dia serious.

Entah mengapa Jaehee rasa ingin menangis disitu apabila mendengar jawapan daripada sahabatnya itu.

Lantas Jaehee mengalihkan pandangannya ke tempat lain kerana matanya sudah berair. Dia mengeluarkan tawa palsu kepada Sooyoung.

"Aku tanya je, janganlah take serious" kata Jaehee.

Sooyoung hanya memandang kearah Jaehee tanpa membalas apa-apa.

Memang Sooyoung tahu yang Nam Jaehee itu berpotensi untuk menjadi mangsa depression. Lihat sahaja cara ibunya melayannya, itu sahaja sudah memberikan tekanan yang hebat kepada Jaehee.

"Jaehee-ah" Sooyoung memanggil rakannya itu.

Lantas Jaehee memandang kearah Sooyoung apabila dia meraut lengan milik Jaehee itu.

"Walaupun apa yang berlaku, kau kena ingat yang aku sentiasa ada untuk kau. Jadi, kalau kau ada masalah, aku ada" kata Sooyoung dengan harapan yang Jaehee tahu bertapa sayangnya dia terhadap rakannya itu.

Jaehee sekadar mengangguk. Tipulah kalau Jaehee tidak terharu dengan kata-kata Sooyoung itu. Ibunya sendiri pun tidak pernah berkata sedemikan.

"Oi! setan! cepatlah! aku nak balik dah ni" teriak Jungkook yang berada tidak jauh dari situ.

Lantas Sooyoung memandang kearah lelaki itu. Mengganggu sungguh.

"Jilake betul dia ni" kata Sooyoung perlahan.

Jaehee tertawa kecil akibat reaksi Sooyoung yang bersahaja itu.

"Dahlah, pergi balik. Nanti teman lelaki kau tinggalkan kau pulak" ujar Jaehee.

Sooyoung memberikan jelingan tajam kepada Jaehee apabila dia berkata sedemikian.

"Ni sorang lagi, jilake jugak" ujar Sooyoung.

Makin kuat Jaehee ketawa. Setiap reaksi yang diberikan oleh Sooyoung apabila gadis itu bersama Jungkook memang comel dan kelakar.

☆☆☆☆

Jungkook dan Sooyoung berjalan menuju ke kawasan perumahan mereka.

Tetapi langkah mereka terhenti di kawasan terpencil apabila mereka ternampak ada sekumpulan remaja dalam 5 orang lelaki sedang menconteng dinding di situ.

Pada mulanya Jungkook dan Sooyoung ingin mengendahkan mereka. Tetapi, jumlah mereka yang agak ramai itu menyebabkan laluan itu tidak dapat dilalui.

Dahlah tu laluan yang paling dekat untuk sampai kerumah. Jadi, Jungkook dan Sooyoung terpaksa melalui juga jalan itu.

"Maaf ya, boleh ketepi sikit tak? kami nak lalu" ujar Jungkook dengan penuh sopan.

Mereka hanya buat tak tahu sahaja dengan kata-kata Jungkook itu.

"Boleh beri laluan, tak?" kata Sooyoung dengan nada yang normal.

Akhirnya remaja itu memandang kearah Sooyoung dan Jungkook.

"Kalau tak boleh?" tanya salah seorang remaja itu.

Jungkook memerhatikan sekeliling. Tiada orang lain, hanya mereka sahaja.

Jeon Jungkook mengangguk kearah Sooyoung tanda line clear.

"Macam nilah, kami tak nak panjangkan cerita. Kami cuma nak lalu je" Kang Sooyoung masih menggunakan cara baik.

"Kalau tak, korang berdua nak buat apa?" tanya remaja itu.

"Korang tak nak bagi kerjasama?" soal Jungkook buat kali terakhir.

Remaja-remaja itu ketawa besar dan mereka masih lagi belum berganjak.

Jungkook dan Sooyoung mula membuka beg sekolah mereka dan letakkannya ditepi.

Jungkook melipat sedikit lengan baju kemeja sekolahnya itu dan Sooyoung membetulkan rambut pendeknya itu.

Mereka berdua mula menggengam penumbuk lalu menghalakan penumbuk itu kepada remaja-remaja itu.

"Korang dah cari malasah, dengan orang yang salah" kata Jungkook sambil tersenyum sinis.

Jangan lupa, Jeon Jungkook dan Kang Sooyoung amat handal dalam seni bela diri.

TBC

Pergh, seribu words aku type. Maaflah, syok pulak tulis ni ehehe.

Nak tanya, cerita ni, cliche ke?? jujurlaaaa

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now