Bab-13

528 48 6
                                    

            IRSYAD menyangkut kunci motornya di peti kunci sejurus sahaja dia masuk ke dalam rumah. Setelah meletakkan kasut di atas rak, dia merebahkan tubuhnya ke sofa bersebelahan dengan pintu. Lengannya direhatkan di atas kepala sambil menutup kedua matanya.

     Lama dia dalam keadaan seperti itu.

      "Well... I'm sorry for everything. Aku harap kita tak jadi musuh di masa hadapan." Kata-kata Najiha membuatkan langkah Irsyad terhenti.

     Tiba-tiba Irsyad teringatkan tentang apa yang berlaku pagi tadi. Bibirnya perlahan-lahan mengukir satu senyuman.

   Bam!

   Bantal dibaling tepat mengena ke arah kepala Irsyad. Membuatkan lamunannya terhenti.

    "Kau dah kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk. Buat tabiat?"

  Irsyad kemudian memandang empunya suara tersebut dengan pandangan tidak puas hati. "Ikut suka hati aku la. Hidup aku takdelah sesendu macam hidup kau Along."

    Arshad bercekak pinggang. "Mama! Tengok Angah ni! Dah gila!" laung Arshad ke dapur.

    "Apa? Angah dah gila! No! Jangan gila lagi Angah! Ica taknak Angah gila!" Suara budak kecil pula mencelah.

   "Arisa! Rambut tu basah lagi, Ya Allah!" Puan Fazilah pula muncul bersama kain tuala untuk mengeringkan rambut anak bongsunya, Arisa.

     Irsyad menepuk dahi. Apa yang dah berlaku ni? Macam ini lah hidup Irsyad sebagai middle child dalam keluarga.

     Arshad pula ketawa mengekek di dapur. Ingatkan mak dia ada di dapur. Rupanya tengah mandikan Arisa.

    "Ni dah kenapa berkumpul ramai-ramai dekat ruang tamu ni?" soal Encik Irfan di muka pintu.

    "Ada party!" jerit Arisa sesuai dengan umurnya iaitu 6 tahun.

     Tanpa berlengah, Irsyad membaling semula bantal ke arah Arshad yang baru sahaja keluar daripada dapur. Sempat Arshad mengelak tetapi bantal tersebut terkena ke arah Mama mereka.

     "Budak bertuah! Irsyad!"

     Makin kuat Arshad ketawakan Irsyad. "Pandai-pandai la kau Angah menjawab dengan Mama."

    "Along ni pun satu. Cuba la jadi manusia berguna sikit dalam rumah. Ni cuti semester bukan nak tolong-tolong Mama dekat rumah. Duduk dalam bilik ternak lemak tu sampai beranak pinak. Cuba la bawa balik menantu ke apa dekat Mama ni," bebel Puan Fazilah.

    "Lah Mama? Apa kena mengena cuti semester dengan menantu? Arshad cuba loading tiga benda Mama sebut tu semua tak boleh nak hadam tau Ma." Arshad mengutip bantal tadi.

     "Sia-sia belajar sampai PhD." Puan Fazilah menggelengkan kepalanya seraya itu menarik bantal dari tangan Arshad kemudian dipukul pinggul Arshad menggunakannya.

     "Mama, ni sexual harassment!"

     "Banyaklah kau sexual harassment. Meh sini aku raba kau baru kau kenal macam mana sexual harassment berfungsi," kata Irsyad yang berura-ura hendak mendekati Arshad.

     "Mama! Tengok Angah ni nak raba kita!"

     Puan Fazilah sudah mengurut pelipisnya. Ni baru dua anak jantan. Kalau nanti Arisa tu dah besar? Meletup rumah!

    "Oh ye. Daripada Mama minta menantu dengan Along, lagi better mama minta dekat Angah tu, " kata Arshad sambil menjuihkan bibirnya ke arah Irsyad yang baru sahaja menaiki satu anak tangga. Langlah Irsyad terhenti.

    "Masalah rumahtangga kau jangan libatkan aku please." Irsyad menjeling.

     "Ha elok lagi Mama suruh dia bawa awek dekat majlis hari lahir Arisa minggu depan." Makin galak Arshad menambah rencah.

    "Angah dah ada girlfriend?" soal Puan Fazilah. Laju Irsyad menggeleng.

   "Mana ada Mama. I deserve better la."

    "Macam-macam lah kamu berdua ni. Pening kepala Mama. Dah la, Ica mana Ica? Arisaaaa!" Puan Fazilah kemudian keluar daripada pentas drama anak beranak tersebut sambil mencari anak bongsunya yang kelihatan sudah melekat dekat Papa mereka diluar.

    "Jangan lupa bawa awek kau," ujar Arshad seraya itu berlari keluar. Tak padan dengan umur yang beberapa tahun lagi nak masuk 30 tahun.

     "Gimampos." Irsyad menaiki tangga rumah dengan langkah yang laju. Makin kuat Arshad ketawakan adiknya.

      Lama Irsyad merenung telefon pintarnya sebelum mencari nama Najmi di dalam kenalan. Beberapa saat kemudian Najmi mengangkat panggilan tersebut.

     "Kau kenapa call aku malam-malam? Nak nightcall ke?"

    "Gimampos dengan nightcall kau tu," balas Irsyad.

     "Dahtu kenapa kau call aku? Nak tanya jawapan homework matematik? Entah lah weh, algebra pun aku ingat-ingat lupa." Kedengaran hilaian tawa dihujung ayat.

     Mahu sahaja Irsyad maki Najmi. Tak ingat algebra? Dah tu macam mana boleh score markah perfect dalam matematik?

     "Dah la tu bangang. Aku penatlah tadi Arshad. Sekarang engkau."

     "Okey-dokey aku serius. Cepatlah, dah pukul 11 malam ni. Aku nak tidur awal. Nanti kulit berkedut."

     "Lol. Kau tahu kan minggu depan birthday Arisa?"

    "Haah kenapa dengan birthday adik kau tu?" soal Najmi.

     "Mama aku ingat nak buat majlis. Kau ajak ah whatsoever name tu datang sekali." Dah cukup rendah ego Irsyad turunkan ni.

     "Who is whatsoever tu? Jiha? Wooo my friend yang tu kau ajak sendiri. Kalau aku? Okey sure aku datang semestinya. Nak pinjam PS4 kau baru beli tu. Cau lu muah," kata Najmi sebelum mematikan panggilan.

     2 Unread messages...

Irsyad buka mesej daripada Najmi dan melihat nombor yang tidak dikenali yang dihantar oleh Najmi.

     Najmi
0112345xxxx
Tu nombor jiha. Pape roger la ^_^

     Irsyad meraup wajahnya. Dia menekan nombor tersebut dan save.

You
Hoi.

Jiha kot?
Uh???
Kau sape?

      Sekali lagi Irsyad merenung lama chat diantara mereka. Macam mana nak hantar mesej dekat perempuan? Ni kalau minta Arshad tolong, mesti dah kena hentam pakej dengan Mama.


    Irsyad membiarkannya dan hanya memberi bluetick sahaja.

     "Anak pakistan mana pula ni ya Allah..." Najiha dari tadi buka tutup mesej daripada orang yang tidak dikenalinya. Tapi terhenti apabila dia mendapati nombor tersebut menyertai grup sekolah yang sama dengannya.

    "Naj! Kau ada jual nombor aku dekat siapa harini!" jerit Najiha sambil keluar dari bilik. Memandangkan bilik mereka bersebelahan, memang jelas lagi nyata lah Najmi mendengar jeritan nyaring tersebut.

     "Dekat Irsyad." Selamba Najmi membalas. Mulut Najiha melopong.

    Ni baru betul keluar mulut buata masuk mulut harimau. Eh.

    

♚♚♚

To Be Continued...

Hingga Nadiku Terhenti [REVAMP]Where stories live. Discover now