Bab 1

1.7K 117 22
                                    

[ In editing. Some plot and storyline might changing. Thankyou for reading this cliche story. ]

♚♚♚

      NAJIHA melihat pantulan dirinya di cermin untuk melihat penampilan aku. Sekejap dia berpusing ke kiri kemudian ke kanan.

      Ingin memastikan penampilan pada hari pertama dirinya bersekolah kelihatan kemas dan teratur.

     Nametag di kemeja turut dibetulkan sedikit.

      Tertera nama yang diberi oleh Mama,

       'T. Najiha Qistina'

      "Qistina, cepat turun! Nanti lewat!"

      "Sekejap, Mama!" laung Najiha yang masih berada di hadapan cermin tiga sisi seperti puteri raja di dalam cerita Disney.

       Setelah berpuas hati, bibirnya mengukir satu senyuman lebar. Buat kali terakhir dia membetulkan sedikit awning tudung sekolah yang hampir roboh.

      Kemudian beg galas ditarik kasar dan derapan kaki laju melangkah turun daripada tangga.

       "Cepat sikit sarapan tu. Najmi dah bertolak awal, ada tugas katanya. Qistina nanti pergi dengan Pak Mail ya." Sempat Puan Qaisara berpesan.

       Najiha membalas dengan anggukan.

       Cepatnya Najmi tinggalkan dia. Tak guna punya kembar!

       Pipi Najiha mula mengembung dengan udara. Roti disapu dengan kaya digigit rakus.

       "Tak payah nak protes sangat. Siapa suruh lambat." Puan Qaisara menjeling dari tepi.

        "Alah, baru nak flex ada abang hesmes." Najiha tergelak kecil.

        Tengku Najmi Qusyairi, abang kembar tua tiga minitnya.

       "Macam-macam lah kamu ni. Elok-elok sikit, kalau ada apa-apa terjadi dekat sekolah nanti, Mama tarik balik permintaan Qistina nak pergi sekolah," ujar Puan Qaisara.

      Mata Najiha membuntang. "NO!"

      Roti ditangannya tadi dihentak ke dalam pinggan dengan dramatik.

       "Mama tahu tak ni lah satu-satunya peluang terakhir Qistina nak merasa alam persekolahan. At least, bagi la enam bulan dulu. Please... please...," rayu Najiha sambil menggosok-gosok kedua belah tapak tangannya.

          "Fine." Puan Qaisara tersenyum nipis apabila melihat anak perempuan tunggalnya gembira.

          Kerana ini merupakan hari pertama dirinya menjejakkan kaki di sekolah selama bertahun-tahun belajar di rumah secara peribadi.

         Tidak seperti Najmi yang bebas ke sana sini. Sebenarnya Najiha boleh sahaja hidup macam tu. Tapi dia tak boleh penat.

         "Qis pergi dulu," kata Najiha sambil menyalam tangan Puan Qaisara.

        Tidak sempat dirinya melangkah keluar dari rumah, dia bertembung dengan seorang jejaka tampan.

       "Papa! Qis pergi dulu." Najiha bersalaman dengan 'Papanya' atau nama sebenarnya Nazri.

        "Iye lah, hati-hati. Ubat tahan sakit dah bawa?" soal Encik Nazri, risau.

       Najiha mengangguk. "Dah."

       Dia tersenyum nipis. Risau sangat.

        Najiha menyapa Pak Mail yang menunggu di kereta.

       Beberapa minit kemudian, dia meninggkan kediaman N.Q menuju ke sekolah.

       "Bye Pak Mail." Najiha melambai setelah turun dari kereta. Setelah menghantar pemergian kereta yang dinaikinya, dia kembali memandang bangunan sekolah yang akan dia duduki sebentar lagi.

       'Violet Highschool.'

       Sebuah sekolah yang besar dan antara private school yang terkemuka di Malaysia.

       Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di sekolah ini semestinya mempunyai latar belakang yang kaya.

       Ada juga yang kurang kemampuan dan bergantung kepada biasiswa untuk terus bersekolah disini.

       Najiha memegang kemas beg galas dibahunya. Langkah kaki dilajukan sedikit kerana mengejar masa.

       Setelah tiba ke dalam bangunan besar dan gah tersebut, mata Najiha meliau ke sekeliling.

       "Mana pejabat eh?" gumamnya sendirian.

      Papan tanda yang disangkut di atas setiap pintu dibaca dengan teliti.

       "Awak!" Najiha memanggil seorang murid lelaki dihadapannya.

       Murid lelaki tersebut melihat Najiha kemudian melihat ke kiri dan kanannya lalu menunjuk ke arah dirinya sendiri.

       "Ye awak. Tak ada orang lain dah tepi tu. Hantu je ada lah," balas Najiha dengan selamba. Baru kenal dua saat sudah dibuat macam kenal dua minggu.

       "Kenapa kak?" soal murid lelaki tersebut. Najiha melihat tali lehernya berbelang hijau dan kuning. Sudah pasti murid tersebut junior.

       Tingkatan satu hingga tiga akan memakai tali leher berbelang hijau dan kuning.

       Manakala tingkatan empat hingga enam memakai tali leher berbelang merah dan hitam.

       Dan dipakai oleh semua pelajar lelaki dan perempuan.

       "Pejabat dekat mana?" soal Najiha dengan berhati-hati.

       "Akak belok kanan, lepastu pusing kiri, nanti nampak pokok pisang tu akak pergi depan lagi lepastu belok kiri lagi. Dekat situ lah pejabat."

       Mata Najiha berkelip beberapa kali. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.

      "Err, terima kasih." Murid lelaki tersebut mengangguk lalu meninggalkan Najiha yang terkaku. Entah faham entah tidak minah ni.

       "Biar betul." Najiha berkata sendirian.

       Setelah penat lelah berpaksikan kata-kata pelajar tadi, pejabat dijumpainya. Pintu dikuak dari luar dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam pejabat.

      "Assalamualaikum."

       "Waalaikumsalam." Seorang kerani di kaunter menjawab.

      "Ye, ada apa yang boleh saya bantu?" soal kerani tersebut.

       "Saya murid baharu." Najiha menjawab.

      Kerani tersebut laju menekan-nekan papan kekunci.

      "Nama?"

      "Tengku Najiha Qistina."

     At least dia tak bagi nama fake daftar acah nak sorok nama depan.

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

[Edited]



Hingga Nadiku Terhenti [REVAMP]Where stories live. Discover now