Bab-12

536 55 17
                                    

     .    "JUST making sure you didn't die there," ujar Najiha dengan selamba.

      "It's not your business even if I die." Irsyad melangkah setapak ke hadapan meninggalkan Najiha di belakangnya.

      "Well... I'm sorry for everything. Aku harap kita tak jadi musuh di masa hadapan." Kata-kata Najiha membuatkan langkah Irsyad terhenti.

      Irsyad berpaling sedikit ke arah Najiha. "You fool. Don't made the 'sorry' word looks cheap."

      "Then I will take that as yes?"

     "Tch, whatever." Irsyad meninggalkan Najiha yang sudah bersandar di koridor.

      "Oh fish, aku lewat," gumam Najiha sendirian selepas mengintai jam tangannya. Dengan pantas dia berlari kecil masuk ke kelas yang tidak jauh daripada keberadaannya.

     Bam!

    Beg dihentak ke atas meja. Najwa memandang Najiha pelik.

    "Engkau kenapa jebon? Satu lagi engkau sedar tak engkau satu jam lewat?" bebel Najwa.

    "Pembetulan. Aku lewat berapa minit je. Cikgu disiplin yang tahan aku tu buat aku lewat berjam-jam lamanya!" Suara Najiha naik seoktaf.

    "Oh kau jumpa cikgu botak tu?"

     "Tak baik do kau," balas Najiha sambil menahan tawa.

     "Apa? Betul la? Kepala dia shining sangat. Silau mata aku kalau pandang. Tu semua student elak dari encounter dengan dia," ujar Najwa tanpa rasa bersalah.

     "Oh ye. Tadi aku nampak Irsyad tu lalu sekali dengan beg? Wait... Dont tell me..." Ayat Najwa jeda sebentar sebelum kedua tangan dia naik menekup mulut. "Gasp!"

      "Kau... Kena tahan dengan dia sekali ke?" Najiha angguk.

     "Aku takut sangat sampai nak terkuncil tadi tau. Tak pandang kiri kanan terus aku mintak maaf taknak jadi enemy," balas Najiha. Najwa pula terangguk-angguk mendengar kisahnya.

     "Ouh, so you realized what happen if you mess up with Irsyad Fahim?"

     "Yep."

    Najiha meraup wajahnya. Dia toleh ke belakang. Dua tempat duduk itu kosong. "Mana beruk tu?"

    "Naj? Cikgu panggil dia tadi. Rasanya cikgu botak tu," balas Najwa.

    Sekali lagi Najiha meraup wajahnya. "Mampus."

      "Nasib kau lah Qis." Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya.

     "Bangun! Selamat pagi cikgu!"

   

       "NAJMI!" jerit Najiha. Jeritannya tidakdal kuat tapi gemaannya cukup membuatkan Najmi berpaling.

     "Shhh!" Najmi meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

      "Kau dah kenapa setan? Buang tabiat lagi?" Najiha mula mempersoalkan tindakan Najmi yang diluar jangkaannya itu. Makin tambah risau dia dengan Najmi sejak dua menjak ini.

      Najmi menarik tangan Najiha merapati dirinya kemudian bersembunyi belakang batu besar. Dengan tak relanya Najiha terpaksa berhimpit dengan abangnya.

      "Ish babun! Peluh! Ya allah! Naj!" jerit Najiha sambil menolak Najmi ketepi.

       "Senyap sikit, please." Najmi memanjangkan lehernya untuk mengintai sesuatu disebalik batu.

Hingga Nadiku Terhenti [REVAMP]Where stories live. Discover now