Bab-10

612 63 17
                                    

          NAJIHA duduk bersila di atas sofa sambil tangannya diangkat ke lutut untuk menongkat dagu. Matanya pula tidak lepas daripada melihat seseorang lelaki yang berjalan ke kanan kemudian ke kiri di depannya.

         Keningnya diangkat tinggi. Demam ke abang aku ni? Itu yang fikirkan oleh Najiha ketika ini. Iyelah dah kalau buat itu tak kena, buat ini tak kena. Kalah perempuan!

      Najiha kemudian menukarkan posisi dari bersila kepada kedudukan biasa. Tangannya pula naik memeluk tubuh. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

      Ding dong!

      Sejurus itu dengan serentak kepala Najiha dan Najmi berpaling ke arah pintu rumah mereka.

       "Ha, tu. Panjang umur. Pergi la buka pintu ajak diorang masuk." Najiha menyuruh Najmi. Tapi nasib baik dia sudah lengkap bertudung. Tak adalah terhegeh-hegeh gelabah nak ambil tudung dekat atas.

     Najmi dengan malas, melangkahkan kakinya ke pintu lalu membuka kunci pintu tersebut.

        "Assalamualaikum tuan rumah. Ni apehal lama sangat nak buka pintu? Nasib baik tak jadi sotong kering kitorang ni." Seperti rumahnya sendiri, Najwa melangkah masuk ke dalam rumah. Nak malu-malu buat apa? Rumah sepupu sendiri kan?

       "Waalaikumsalam. Ewah-ewah sedap engkau masuk macam tu je?" Najmi memandang Najwa yang sudah terduduk di atas sofa bersebelahan dengan Najiha. Najwa hanya menayangkan sengih kambing.

       Najmi berpaling semula ke arah pintu tadi. "Apa tunggu lagi? Masuk lah."

        Aiman diikuti dengan Raihani, Irsyad dan Farhan turut melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

      Raihani tanpa berlengah lagi terus mengambil tempat di sebelah Najwa dan Najiha.

      "Psst, kau nak tahu tak. Si Naj tu dari tadi tak senang duduk. Macam nak jumpa crush!" bisik Najiha kepada Najwa.

      "Oh, kau tak tahu eh? Naj tu suka Rai," bisik Najwa kembali. Najiha membuntangkan matanya. Dia memandang Raihani sehinggakan Raihani pula yang rasa tak senang duduk.

     "Apa? Kau pehal tengok aku macam tu?" Raihani pandang Najiha atas bawah. Cuak dah.

     "Tak ada apa. Abang aku tu diam-diam ubi berisi," ujar Najiha. Dalam otaknya sudah terbayang Raihani sebagai kakak iparnya. Hancur rumah ni nanti sebab asyik nak bertekak dengan kawan sendiri.

      "Ko sabar sat. Aku terkejut lagi si Najmi tu abang kau," kata Raihani. Sepanjang dia memegang jawatan sebagai penolong ketua pengawas, tidak pernah pula tahu Najmi ada adik kembar.

      "Bapak kitorang dekat IC nama sama. Kau expect apa?"

     Raihani tersengih. Betul juga. Maka faham lah Najiha mengapa Najmi bertindak seperti kucing hilang anak tadi. Crush datang rumah rupanya.

    "Aku boleh faham kalau Rai ikut sebab dia dah bestfriend dengan Jiha. Yang kau berdua melekat sekali kenapa?" soal Najmi pada Irsyad dan Farhan. Aiman pula hanya mengangkat bahu. Dia pun tak tahu. Tahu-tahu dah muncul dekat belakang.

      "Kitorang bosan. Alah, lek ah. Macam tak biasa kitorang lepak rumah kau," ujar Farhan dan Irsyad hanya mengangguk setuju. Farhan atau nama penuhnya Syed Farhan Naim merupakan anak kelahiran Arab Melayu. Hampir sahaja Najiha jatuh hati padanya. Kacak mat.

     Najiha yang curi-curi dengar pula terdiam. Jadi yang selamani bising memekak tu diorang lah? Sebabnya masa Najmi ajak kawan dia, Najiha tak pernah sekalipun jejak kaki keluar bilik. Sebab itulah dia tak pernah counter dengan Irsyad mahupun Farhan.

Hingga Nadiku Terhenti [REVAMP]Where stories live. Discover now