Bab-14

498 48 14
                                    

      Bam!

      Pintu bilik Najmi ditendang oleh Najiha daripada luar.

       "Qis? Kenapa tu?" soal Puan Qaisara. Sejurus sahaja Najiha berpaling wajah ke arah Mamanya, hampir dia melatah.

       "Mama! Terkejut Qis!" Siapa je yang tak terkejut pukul 11 malam macam ni tengok muka manusia yang penuh dengan mask mugwort warna hitam?

     "Qis buli Naj!" jerit Najmi dari dalam bilik. Sekali lagi Najiha menendang pintu bilik tersebut. " Oh? Hidup lagi!"

    "Aish. Pergi masuk bilik awak sana. Malam-malam macam ni jangan bising sangat," pesan Puan Qaisara. Najiha memperlihatkan wajah cemberut.

    "Tapi Naj tu...."

    "Dah takde tapi."

     Nak tak nak, Najiha masuk ke dalam biliknya semula.

    Tak puas dengan apa yang berlaku tadi, dia call Najmi pula.

   "Oi bangla. Kau biar betul bagi nombor aku dekat si Irsyad tu. Hear me out. Aku tahu kau best friend forever till Jannah dia tu tapi what is this behavior, Najmi Qusyairi?" Terus Najiha membebel sebaik sahaja Najmi angkat panggilan tersebut.

    "Lah? Aku saja je nak eratkan hubungan silaturahim kau berdua. Kan dah habis gaduh. Berbaik lah semula," ujar Najmi.

    "Kepala kekek engkau!"

     Teeeet!

     Najmi tutup panggilan tersebut. Najiha dengan mulut ternganga dan nafas yang turun naik memandang skrin telefon dengan tidak percaya.

    Najmi!

     Sekarang dia merenung pula chat diantara dia dan Irsyad. Setelah mengetahui bahawa itu Irsyad, makin seram pula jikalau ada ayat 'typing' naik di atas nombor yang belum di'save' tersebut.

     0111560000 is typing...

     Terus Najiha menyembamkan telefonnya ke atas bantal.

    Ting!

0111560000
Kau dah lelap ke?
ಠ_ಠ

Najiha ambil semula telefonnya. Lama dia berfikir sebelum menaip sesuatu.

You
Uh... Pehal kau cari aku?
Aku kan dah minta maaf.
Stop lah wey.
Aku...
Aku tachod
ಥ‿ಥ

Seen

     Najiha baca balik ayat yang dihantar tadi. Belum sempat dia tekan delete for everyone, Irsyad sudah membalasnya.

0111560000
Excuse me?
What?

      Kali ini, Najiha biarkan sahaja. Terus dia tutup data internet dan tutup lampu. Mengharapkan ini semua adalah mimpi!

     Hari ke sekolah pada pagi ini terasa lain macam auranya. Najiha dapat rasakan yang Irsyad ada di mana-mana! Tanpa memandang kiri dan kanan, Najiha berjalan di sepanjang lorong pejalan kali sekolah.

    Pap!

    Seorang lelaki melompat pagar sekolah dan mendarat tepat di hadapan Najiha.

    "Yo?" Irsyad memberi sapaan dengan menyengetkan kepalanya. Mulut Najiha ternganga.

    Tanpa berlengah, Najiha rapatkan beg galasnya ke bahu dan memecut laju. Irsyad hanya membiarkan Najiha pergi melarikan diri. Nak ikut lari? Beberapa langkah sahaja Irsyad dapat tangkapnya. Lagipun Najiha tu jogging je. Dia sakit, mana boleh lari kuat sangat.

    "Qai tolong aku," ujar Najiha sebaik sahaja tiba ke dalam kelas. Seperti biasa, Najwa sudah berada disitu.

    "Kau kenapa pucat lesu? Kena sampuk hantu? Ke nampak hantu kacak?" soal Najwa.

    "Dua-dua betul fuhlamak."

    "Wow." Najwa sedikit pun tidak teruja.

    "Aku rasa aku dah tak selamat. Boleh tak aku minta Mama nak berhenti sekolah sekarang? Aku okey je homeschool balik. Siyes!" kata Najiha bersungguh-sungguh.

     "Jap... Jap. Cerita dulu kau nampak apa, Qis. Mana tahu aku boleh bagi hipotisis terhadap masalah kau ni," ujar Najwa.

    "Si Irsyad tu dah ada nombor aku. Dia chat aku semalam!" Najiha menjerit kecil di hujung ayatnya.

     "O.M.G!" Satu persatu huruf tersebut Najwa sebut. "Ni dah macam horror movie! Lagi-lagi? Eh bangang betul la kan siapa yang sebar nombor kau tu."

     "Najmi yang kasi."

     "Oh... Tapi memang tak salah lah tu. Dia memang bangang macam tu," kata Najwa tanpa rasa bersalah.

    "So, apa dia nak dari kau?"

    Najiha angkat bahu. Tak tahu.

Ting!

    Serentak satu mesej masuk ke dalam telefon Najiha dan Najwa. Mesej tersebut tertulis undangan ke majlis hari jadi Arisa.

    "Siapa Arisa? Awek dia ke?"

    "Adik bongsu dia, Qis."

    "Oh."

   Seminit kemudian, Aiman masuk kedalam kelas bersama Najmi. "Oh kau dapat juga? Bagus lah Syad sekarang. Dah reti bersosial." Najmi terangguk-angguk.

    "So he's just an introvert guy who looked like a lion but actually a potato?" soal Najiha.

    "Erk. Perumpamaan kau pelik sikit tapi okey lah tu."

     Najiha perasan yang Aiman sedang tengok dia, terus dia angkat muka memandang Aiman. Sejujurnya Najiha merasakan sedikit awkward dengan lelaki ini. Rasa macam ada sesuatu yang Najiha mahu ungkapkan namun tidak dapat disebut dibibirnya.

        "Kau dapat juga?" soal Najiha kepada Aiman. Lelaki itu tersenyum nipis dan mengangguk.

    

ฅ^•ﻌ•^ฅ

To Be Continued....

Hingga Nadiku Terhenti [REVAMP]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα