Bab-11

546 60 29
                                    

              JAM di dinding dipandang sekilas. Jarum jam menunjukkan ke arah nombor 3 membuatkan Najiha mengusap wajahnya yang masih mengantuk. Tiba-tiba sahaja dirinya terbangun pada awal pagi seperti ini. Dia menggagahkan kaki dan melangkah turun ke dapur kerana dahaga.

     Ktang!

     Ktung!

    Dahi Najiha dikerutkan. Bunyi apa tu? Kalau dengar betul-betul macam datang dari dapur. Takkan lah ada hantu main masak-masak?

      "Apa benda tu?" gumam Najiha sendirian. Senduk berdekatan dengannya dicapaidan dipegang dengan gaya memegang kayu baseball.

      Tanpa melakukan sebarang bunyi,  Najiha mula mendekati dapur. Daripada sudutnya, kelihatan seorang lelaki sedang berusaha memegang kualinya daripada jatuh. Najiha memejamkan matanya dan berlari ke arah susuk tubuh tersebut.

     Pang!

    "Aduh!"

    Najiha membuka matanya. Wajh Najmi terpampang di hadapannya membuatkan Najiha hampir melatah.

    "Erk, Naj... Kau buat apa ni?" Pandangan Najiha jatuh pada kuali yang dipegang oleh Najmi.

    "Ni? Oh... Ni aku lapar la." Najmi mengangkat kuali tersebut kemudian dia hulur kepada Najiha. "Masakkan untuk aku please. Kau kan adik aku yang baik, lawa, cantik budi pekerti."

     Najiha manayangkan wajah jengkel. "Kau lapar pandai-pandai lah kau isi pertu kau sendiri."

     "Alah, kau nak pahala tak? Tak baik buat abang kau macam ni," balas Najmi. Kening belah kanan dia naikkan beberapa kali.

    "Taknak. Kau tu yang layak kena topup pahala banyak-banyak. Oh... Baru sekarang kau nak mengaku abang?" Najiha memeluk tubuh.

    "Sampai hati kau eh." Najmi memuncungkan bibirnya. Boleh sangkut tiga hanger baju.

     "Eish yelah, tepi sikit." Najiha rampas kuali yang dipegang oleh Najmi dari tadi. "Kau nak kari ke tomyam?"

       "Tomyam."

       Najiha mencapai sebungkus maggie tomyam dan sebiji telur. Walaupun hanya maggie, tapi ada lah juga gaya tu. Dah boleh slow-slow masuk masterchef. Chef tanya nak masak apa? Kau masak la maggie.

           Seusai sahaja makanan tersebut dimasak, Najiha menghulurkannya kepada Najmi. "Jangan lupa basuh. Nanti mama marah kang anak jantan dia buang tabiat lapar pagi buta. Nanti keluar la ayat sendu dia tak bagi anak dia makan."

       Sambil mencapai sudu dan garfu di atas meja, Najmi tersengih seperti kerang busuk. Maggie buat sendiri tak sedap, orang lain buatkan pergh sedap tu menusuk kalbu.

       JAM menunjukkan waktu hampir mencecah pukul 8 pagi. Alamak! Lewat 15 minit!

     Ini semua salah Najmi.

     Baru sahaja Najiha ingin drift masuk ke dalam pagar sekolah, tiba-tiba ada angin laju di sebelahnya.

      Dengan reflek yang cepat Najiha berpaling dan kelihatan seorang Irsyad Fahim melompat masuk ke dalam pagar sekolah.

       Buk!

      Kedua-duanya jatuh kerana berlanggar.

      "Argh! Kau ni memang kan!" Irsyad mengerang kesakitan sambil memegang lututnya. Najiha pula menggosok-gosok dahi. Nasib tak benjol.

Hingga Nadiku Terhenti [REVAMP]Where stories live. Discover now