』18『

5.5K 362 64
                                    

"Berapa helai yang awak dah ambilkan tu?"soal Jungkook sambil membelek helaian baju yang tergantung pada rak baju tersebut. Matanya melilau melihat pakaian sekeliling di butik tersebut.


Sebagai seorang model, Jungkook amat ahli dalam pakaian dan aksesori tetapi...

Entah. Kemeja dan seluar slack hitam juga menjadi pilihan hati si dia.

"Ada la dalam lima helai. Saya nak bayar dah ni. Awak jaga jelah troli tu-" kata-kata Jiyeom terhenti apabila melihat figura yang amat dikenalinya.

Kim Taehyung!

Lelaki itu segak mengenakan hoodie hitam dan berkaca mata hitam. Sebaik sahaja dia terpandang Jiyeom, seulas senyuman diukirkan buat wanita tersebut. Jiyeom terkesima.

Apakah yang patut dirinya lakukan?

"Hei! Shopping dengan Jungkook ya?"sapa Taehyung sambil mendekati Jiyeom. Jari-jemarinya membelek beberapa helai pakaian yang sedang Jiyeom pegang.

" Uhm, nampaknya macam tulah."kelat senyuman Jiyeom buat Taehyung. Taehyung memandang ke arah luar butik. Kelihatan Jungkook ralit bermain telefon pintarnya.

"Kau fikir kau boleh bahagia ke dengan Jungkook?"

Jiyeom mendiamkan diri. Membiarkan Kim Taehyung meneruskan kata-katanya. Sedikit sebanyak, hatinya juga meragui kata-kata Kim Taehyung.

Apakah dirinya boleh membahagiakan rumah tangga mereka?

"Kau kahwin paksa dengan dia. Kau tak ada apa-apa pun kalau nak dibandingkan dengan dia. Macam burung pipit nak bersama dengan enggang."

"Encik Kim, dah habis bercakap ke? Apa hak encik nak berkata-kata sedemikian? Saya tak faham. Saya pernah bermimpi kalau rumah tangga saya dengan Jungkook akan musnah kerana di porak-perandakan oleh seseorang."

"Tapi tak sangka, Tuhan kirimkan seorang lelaki yang cuba merebut suami saya."Jiyeom merempuh bahu Taehyung lantas berlalu ke arah kaunter pembayaran.

Kim Taehyung merenung tajam dengan wajah yang kian memerah.

"B*TCH!"

*****

"Aku penatlah weh dengan Taehyung tu. Aku macam, ugh! Damn, so f*cking annoying!"bebel Jiyeom. Air kotak yang berada di dalam genggaman tangannya diremukkan dengan kuat.

Geram.

"Kau bagitahu la dekat suami kau. Slow talk dengan dia. Laki kau tu bukannya bebal sangat. Kalau nak diikutkan dia tu pentingkan kau... takkanlah dia tak percaya dekat kau."

"Kau sindir dia eh? Aku report kang!"balas Jiyeom sambil tersenyum nakal.

"Macam kau sorang je ada tempat nak mengadu. Aku pun ada lah!"ujar Jimin lantas membuka galeri telefonnya. Gambar seorang wanita disuakan buat Jiyeom.

"Awek aku tu. Halla namanya. Cantik kan?"

Jiyeom tersenyum mengiyakan. Memang cantik! Sepadan dengan Jimin, bagai pinang dibelah dua.

Buat seketika Jiyeom termenung. Membiarkan Jimin bermain telefon pintarnya. Fikirannya menerawang entah ke mana.

"Kau tak nak ada anak ke? Aku tanya je ni."tanya Jimin sambil mencucuk pinggang Jiyeom. Jiyeom ketawa kecil.

"Aku baru je kahwin gila. Takkan nak ada anak dah. Kita kena merancang-"

"Tak nak, cakap jelah lagi. Tanya je. Sebab ni haa. Aku tertengok dalam twitter Jungkook."Jimin tersenyum nakal sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Jiyeom.

"Nuckal eh Jungkook sekarang-"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nuckal eh Jungkook sekarang-"

"JEON ANAK TAK GUNA!"

Overprotective Husband 『J.J.K』Where stories live. Discover now